Thursday, 30 May 2013

Sushi King

 Jom makan Sushi King….. Sushi King ni actually pertama kali bertapak di Malaysia pada tahun 1995, tapi inilah pertama kali bawak anak-anak makan kat sini…hehehehhe biasa beli sushi kat Jusco je…sebab kalau di beri pilihan di shopping kompleks mana sekalipun, sure la nak makan western kan tak pun fast food…takdenya budak2 nak makan sushi2  nih!!...hah meh Mama nak ajar makanan kesihatan ni!!



Actually Sushi adalah makanan Jepun yang terdiri daripada beras vinegared yang dimasak dan digabungkan dengan bahan-bahan lain seperti ikan mentah atau makanan laut yang lain. Tapi kitorg biasa beli yang ada crabstick dan juga telur ikan...tu memang favorite Adik dan Kakak. Bahan-bahan lain tu dipanggil “Neta” dan bentuk persembahan sushi ni agak berbeza2.



Jom menjamu selera di alam maya….




 <Green Tea ni percuma>


 <Pink Guava Yakult…Adik boleh minum air ni 2 gelas ok!! Nasib baik nutritional drinks….>



Budak-budak selalunya kalau makan mesti tak habis..jadi kena janjikan aiskrim baru ada semangat skit…. jadi desserts aiskrim mesti ada…ok not bad kat Sushi King ade aiskrim…murah plak tuh!!



Tempura Moriawase…cuma 441Kcal sahaja….gabungan deep fried prawns, mushroom, eggplant, seaweed, long bean and sweet potatoes


Ten Cha Soba – 542Kcal sahaja…kalau makan mee ni hari-hari sure kurus!!…..mee sejuk atau dipanggil “green tea buckwheat noodles” yang dihidangkan dengan kicap soya based soup bersama inari sushi, prawn and vegetables tempura

Papa pun kena cuba rasa tau!! Walaupun allergic dengan Japanese food…Lulus!!!


Adik…kena psycho dengan Mama  minum Green Tea sebab dah makan aiskrim banyak…heheheh habis satu cawan

Kesimpulannya di sini…kalau makan Japanese food sure bole kurus…sangat rendah kalori!! Nampak je macam tu tapi kenyang. Memang makanan kesihatan sungguh…tanpa rasa yang kuat dan pewarna..raw…perghhh!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...