Skip to main content

SEJARAH AYAT KURSI



Petikan yang diambil dari forward email yang I dapat….just to share!!

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia  telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."


  • Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  • Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  • Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya &ahli rumah2 di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

-------------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tanpa cagaran di mana kemudahan yang ditawarkan oleh pihak

Plaza GM Klang

Cuti hujung minggu kalau tak keluar rumah sure tak sah...paling tidak Giant, Tesco, Jusco tak pun jalan pusing tasik Shah Alam....tu jek  la aktiviti hujung minggu...tapi kali nie terasa nak explore jauh sikit...tu dia kat Bukit Tinggi, Klang....Plaza GM. Kalau sebelum ni ada gak la pi Plaza GM kat Chowkit..yang parkingnya kereta kena naik lift...gila ok!! first time ever bawak kereta masuk naik lift....apa yang bezanya dengan Plaza GM Klang nie? Hah ianya lebih besar dan baru...selesa lah kalau nak bawak budak-budak. Actually Plaza GM Klang ni dulunya satu tingkat jer... Plaza GM yang baru ni terletak berhampiran sahaja dengan yang lama tu...lebih besar dan mempunyai parking yang banyak. Kalau pergi Klang menggunakan KESAS Highway sangat mudah, dari jauh lagi dah nampak Plaza GM ni...terletak dekat je dengan Jusco Bukit Tinggi tu.... Ruang kedai dalam Plaza GM ni agak teratur dan setiap tingkat dilengkapi dengan kemudahan lift, escalator dan juga toilet.  Setiap

Plants vs Zombies

Pernah dengar or pernah main game ni? heheheh ni memang favorite game kita ok!!...kalau berasaskan Zombie memang kita suka!! cakap jek filem zombie semuanya memang kita layan, The Walking Dead? Warm Bodies? I Am Legend?, Resident Evil 1 - Resident Evil 6? last but not least Zombie Kampung Pisang walaupun tak se-ngeri citer omputeh tetap kita layan gak....;) Apa yang bestnya game nie? erm nama pun game kan...for sure la mengasah bakat kita dalam mengatur strategy macam mana nak protect dari zombie tu masuk rumah menggunakan plants...hehheeh bila dah start memang takleh nak berhenti ok!....kalau dulu lepas pantang memang layan game nie jek...  Season kali ni baru dapat Silver, nampak tak sunflower belah kiri tuh? hah last round masa pantang dah dapat Gold dah...ni baru nak repeat balik hehehehe tetiba ntah kenapa 3 hari lepas tangan ni gatai ter"click" kat game nie masa nak buat pembersihan laptop nie..hah jadinya terus la  TER "addicted" plak....tak p