Skip to main content

Orientasi Tahun 1 Sesi 2014 - SK Seksyen 9


Sabtu, 28hb December 2013 adalah hari pertama Kakak ke sekolah...orientasi!!! hehehehe rasa Mama dulu masuk darjah 1 takde orientasi-orientasi nie....atuk hantar first day jek pastu besok pergila kau sendiri..balik sendiri ok!!...tapi sekarang beza...mak bapak kena pikir cane anak nak gi sekolah...cane plak balik nanti...pastu kena amik cuti 3-4 hari nak ajar naik van sekolah....manja tau budak zaman sekarang nie!! tak pun mak bapak yang terlebih over kot!! tapi apa yang penting keselamatan anak-anak didahulukan...in syaa Allah...takmo citer lebih pasal nie....

Berbalik semula pasal orientasi Kakak kali nie...pagi-pagi lagi dah kena bangun siap nak gi sekolah...persediaan kali nie tak la beriya sangat...beli sekadar untuk pakai dan tukar...beg pun tak beli pun...bila tanya Kakak," sekolah nanti Kakak nak beg apa? Beg Barbie?"..."tak Ma...Kakak nak beg sport"....amboi dah pandai demand plak nak beg sport !!! hah nak beg sport ek...guna je la beg laptop Papa nie...nampak sporty...rock skit!! hehehehe kan dah jimat takyah nak beli2 lagi...



Pagi-pagi lepas subuh...Mama ko baru terhegeh-hegeh nak gosok baju sekolah......siap baru nak jahit lencana lagi ok!!....hehehhehehe belasah je la ek..janji ko ada lencana...baju tak kosong!!...



Tepat jam 8 pagi..sampai di SK Sek 9...terus check nama and amik fail murid...dalam tu ada buku rekod pergigian, declaration parent untuk benarkan rawatan pergigian dan imunisasi....borang soal selidik and few forms la nak kena isi sebelum masuk dewan untuk taklimat ibubapa...



Semua borang-borang tuh kena isi sendiri ok!! so sebelum masuk dewan kena isi siap2...





Taklimat nie actually nak beri penerangan kepada ibubapa tentang:-

  1. KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
  2. JQAF ( Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab, Fardhu Ain)
  3. Taklimat Sarana

Actually PBS bagi KSSR untuk tahun 1 ni bermula pada tahun 2011. Kira PBS nie lebih kurang macam sistem KPI kita la...ada rating untuk dapat bonus...so bagi budak sekolah rendah nie...diorang akan dinilai bukan sekadar pada waktu exam sahaja tetapi melalui sistem PBS iaitu penilaian standard prestasi yang dipanggil "Band". No more exam oriented nie....kalau ko pandai mana sekalipun tapi "Band" rating sikit tak guna gak....so to be more competitive anak-anak kita sekarang nie kena sejajar..."Band" or rating kena bagus plus keputusan periksa tip top...hah baru di kira baguih....heheheheh jenuh nak memahami nya....

Sistem PBS ini di kira efektif sebab penilaiannya menyeluruh mengikut kaedah penaksiran yang sesuai contohnya rubrik yang digunakan....macam pernah dengar jek rubrik nie...masa buat MBA rasa format ni pun digunakan oleh lecturer...so tak akan ada markah pilih kasih nie....semua penilaian mengikut rubrik and  "Band" rating tu akan dikira melalui point-point yang kita dapat...cthnya kalau nak senang paham macam KPI kitala...rating kat mana meet expectation? exceed expectation? below expectation?....hah dari point-point rating tu baru le dapat tau kita prestasi kat rating mana... paham-pahamkan je la ek...tak reti dah nak explain.....so macam budak-budak ni gak....rating dia seperti yang tertera di bawah:-
  • Band 1     =     Tahu
  • Band 2     =     Tahu dan paham
  • Band 3     =     Tahu, paham dan boleh buat
  • Band 4     =     Tahu, faham dan boleh buat dengan beradap
  • Band 5     =     Tahu, faham dan boleh buat dengan adab terpuji
  • Band 6     =     Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali
Hah cane tu nak dapat "tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali"? mithali tu? erm nak tahu lebih lanjut bole dapatkan info di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia....

JQAF? actually JQAF ni adalah model yang digunakan untuk tujuan memperkasakan subject pendidikan islam. Memperkasakan dalam erti kata yang lain..... walaupun subject pendidikan islam ni diajar di sekolah namun  laporan pemantauan mendapati ramai anak-anak sekarang nie lemah dalam membaca dan menulis jawi...bukan setakat itu penekanan asuhan membaca al-quran pun setakat "membaca" sahaja bukan khatam al-quran....bahasa Arab pula hanya diajar setakat basic dan terhad di sekolah-sekolah tertentu....hah cane tu? tambahan lagi penguasaan anak-anak dalam bab solat juga agak sukar untuk mencapai tahap yang memuaskan....jadi sebab itulah JQAF ni diperkenalkan untuk memperkasakan pendidikan islam yang sedia ada....cek setuju sangat ok!! bagus..bagus...bagus...syabas pihak kementerian pelajaran...kalau nak info lebih lanjut boleh layari (http://www.bpi.edu.my/)

Apa itu Sarana? Sarana = medium yang digunakan oleh sekolah untuk meningkatkan kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan komuniti bagi bagi mengalakkan ibu bapa dan komuniti lebih terlibat dalam pembelajaran murid. Contohnya macam PIBG, persatuan alumni yang aktif, program khas....dan banyak lagi la...so dengan adanya medium interaksi antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan komuniti nie secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi sekolah untuk melahirkan murid yang cemerlang, terbilang dan gemilang...kata sekolah berprestasi tinggi so Sarana nie sangat penting ok untuk bersaing maju dan kekalkan prestasi.....

wahhhh kelas kau boleh ulas balik taklimat semalam ok!!! phewwww

Peace Kakak!!! Aduhai...lupa pulak Mama nak ajar ko suh angkat baju putih tu bila duduk kat lantai...


Kakak n adik with selimut bucuk n susu....

Kakak with her new friend....ala comel2!!!



Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tanpa cagaran di mana kemudahan yang ditawarkan oleh pihak

Plaza GM Klang

Cuti hujung minggu kalau tak keluar rumah sure tak sah...paling tidak Giant, Tesco, Jusco tak pun jalan pusing tasik Shah Alam....tu jek  la aktiviti hujung minggu...tapi kali nie terasa nak explore jauh sikit...tu dia kat Bukit Tinggi, Klang....Plaza GM. Kalau sebelum ni ada gak la pi Plaza GM kat Chowkit..yang parkingnya kereta kena naik lift...gila ok!! first time ever bawak kereta masuk naik lift....apa yang bezanya dengan Plaza GM Klang nie? Hah ianya lebih besar dan baru...selesa lah kalau nak bawak budak-budak. Actually Plaza GM Klang ni dulunya satu tingkat jer... Plaza GM yang baru ni terletak berhampiran sahaja dengan yang lama tu...lebih besar dan mempunyai parking yang banyak. Kalau pergi Klang menggunakan KESAS Highway sangat mudah, dari jauh lagi dah nampak Plaza GM ni...terletak dekat je dengan Jusco Bukit Tinggi tu.... Ruang kedai dalam Plaza GM ni agak teratur dan setiap tingkat dilengkapi dengan kemudahan lift, escalator dan juga toilet.  Setiap

Plants vs Zombies

Pernah dengar or pernah main game ni? heheheh ni memang favorite game kita ok!!...kalau berasaskan Zombie memang kita suka!! cakap jek filem zombie semuanya memang kita layan, The Walking Dead? Warm Bodies? I Am Legend?, Resident Evil 1 - Resident Evil 6? last but not least Zombie Kampung Pisang walaupun tak se-ngeri citer omputeh tetap kita layan gak....;) Apa yang bestnya game nie? erm nama pun game kan...for sure la mengasah bakat kita dalam mengatur strategy macam mana nak protect dari zombie tu masuk rumah menggunakan plants...hehheeh bila dah start memang takleh nak berhenti ok!....kalau dulu lepas pantang memang layan game nie jek...  Season kali ni baru dapat Silver, nampak tak sunflower belah kiri tuh? hah last round masa pantang dah dapat Gold dah...ni baru nak repeat balik hehehehe tetiba ntah kenapa 3 hari lepas tangan ni gatai ter"click" kat game nie masa nak buat pembersihan laptop nie..hah jadinya terus la  TER "addicted" plak....tak p