Wednesday, 26 February 2014

Penangan MasterChef Malaysia Allstar….


Sebelum-sebelum ni dalam rancangan musim-musim yang lepas…akak tak berapa nak follow sangat Master Chef….kalau Master Chef Malaysia  1 masa chef Ezani menang, memang akak tak follow langsung tau tau gitew jek…MasterChef Malaysia 2 pun sama….tapi bila MasterChef Selebriti ditayangkan barulah akak start follow….dari musim 1 sampai la ke Musim ke-2…dan yang paling latest nie MasterChef Malaysia Allstar….wahhhh boleh plak kannnzzzz….padahal takdela akak nie MasterChef pun…Masak? Ala kadar jek…kek? Asyik fail jek….pastry? lagi la jauh kannzzzz….tu belum lagi lauk pauk yang grand grand tu….asyik masak benda yang sama jek….boring kanzzzzz….

Tapi bila dah tengok MasteChef ni terus tetiba nak memikirkan sesuatu dengan serious nya…hah akak pantang nie kalau ada benda nak pikir…abih semua akak korek n study…tu yang payah tu….kalau kata minat nak travel….sampai ke peta-peta dan nama-nama tempat akak study tau…se details details itu akak akan pergi….

hah bila cerita pasal nak masak nie….macam best jek tengok chef-chef kita tu buat pastry….tu yang akak paling berkenan….”pastry” …ya “pastry”……yang lain-lain tu belum lagi ok!!... belum nak terpikir lagi….udahle tak pandai masak….jauh lagi perjalanan ni rasanya….so kita focus kat apa yang kita minat jer la ekkk….

Bila masuk bab “Pastry”…..erm apa tu Pastry? Hasil pencarian Google, Pastri adalah nama yang diberikan kepada pelbagai jenis “baked produk” yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung, gula, susu , mentega, lelemak , serbuk penaik, dan telur. Selain itu, Pastry juga boleh dirujuk kepada “doh”. Biasa orang guna pastry nie untuk hidangan pai, tart, quiche dan sebagainya. Actually pasrty ni kandungan lemak nya adalah lebih tinggi berbanding roti…oopppsssss….tak pe kita nak belajar tau buat jer kannzzzz….hehehehehehe patutla akak exercise hari-hari tapi badan tak turun2…sebab banyak buat pastry la nih….banyak buat la konon kannzzzz…..takde makna nya….

Ok sebelum nak pandai dalam membuat pastry nie…..actually memang ada bercadang nak pi kelas pastry tapi belum berkesempatan lagi…in syaa Allah bila ada masa dan peruntukkan akan diusahakan untuk masuk kelas pastry tuh hah….sebelum tu sebagai permulaan kita guna je apa yang ada sekarang kat market…yang mudah didapati dan senang nak buat….contohnya…pastry jenama Kawan…




Ni antara pastry yang akak guna sebagai permulaan untuk cuba2 resepi yang boleh dibuat melalui pastry….guna yang segera jek dulu ek……next next nanti bila dah pandai skit…..kita cuba buat sendiri plak….puiii poyo plak rasa nya….whatever la kanzzz asalkan akak bahagia….tu memang tagline I …asalkan akak bahagia…

Masa beli puff pastry kat Cold Storage KLCC haritu…boleh pulak terserempak dengan Chef Adu….oooiiii memang dah jodoh nak jumpa kannnzzzzz…apa lagi snap ler gambo…harap-harap perjalanan yang jauh ni untuk menimba  ilmu dan mencuba resepi baru dalam bidang masak-memasak dipermudahkan-Nya.




Tuesday, 25 February 2014

Kek Batik / Batik biskut Marie / Kek Lapis


Salam uolss….harini I nak cuba resepi mudah yang cepat dan sedap di makan….bagi budak2 sure diorang suka…but for me tak berapa lah sangat sebab I sensitive skit dengan manis-manis nie…tekak xbape nak terima… boleh buat pening tau!!! Serious!!!!
So google punya google, banyak sangat dan bermacam-macam pesyen dan cara yang di sharekan….sampai taktau nak follow mana satu….sudahnya en. Hubby suruh jek ikut blog Nani Rostam punya resepi…..ok!!! I follow…

Bahan-bahan:-
(Sumber: Blog Nani Rostam)
250gm buttercup
250gram serbuk Milo
1 tin susu pekat manis (450gm)
1 bungkus biskut marie brand Tiger

Ok!!! Seperti saranan kak Nani Rostam, “ikut bulat-bulat kek batik nie termasuk jenama product yang dia gunakan maka….kek batik akan jadi lemak manis, sedikit chewy dan rangup”….wah betul sangat kak!!! Memang rangup…I like!!!!

Caranya:-
Cairkan butter dalam periuk, setelah cair masukkan susu pekat manis, kacau dan masukkan serbuk milo, kacau sehingga adunan mendidih dan menegeluar gelombong gelembong. Tutup api dan masukkan biskut marie yang dipatah dua. Kacau sehinga sebati dan masukkan kedalam loyang empat segi yang dilapikkan plastik supaya mudah mengeluarkan kek itu nanti. Ratakan adunan ke dalam loyang sambil menekan-nekan sehingga padat. Biarkan semalaman di suhu bilik sebelum dipotong.
Kakak & Adik memang suka no kaco Mama dia kalau nak buat something yang related to baking….so tolong pecahkan biskut pun jadila kan….bagus Alhamdulillah…kecik-kecik lagi dah rajin tolong Mama!!







Alhamdulillah…menjadi!! Poyo kanzzz org lain buat tak bising pun…muahahahaha maybe for uols are nothing…but for me it’s SOMETHING ok!!!...so peduli apa orang nak kata…. whatever la kanzzz asalkan akak bahagia!!! 


Jom buat Pie Daging



Salam uolss……akak ni bukannya pandai sangat pun nak buat pastry yang gempak-gempak macam chef yang ada sekarang nie….cewahhh…bila cerita pasal masak jek terus keluar “akak” ok!! Sebab rasa macam mak-mak plak nak bercerita panjang pasal hal masak nie….layankan jela ek….janji akak bahagia…..

Actually ini cuma sekadar untuk berkongsi pengalaman yang baru first time cuba nak buat Pie Daging…..ala bukan susah pun guna Puff Pastry Kawan tu je hah…apa yang penting cuma uolss kena ada kegigihan dalam meluangkan masa yang konon nya sangat padat la bagi seorang ibu yang bekerja….ye la kan…ko la working mother, ko la bibik kat umah nak gosok baju… ko jugakla yang kena menyediakan bahan2 masak pehtu ko la yang kena masak…dan seterusnya pulak nak mengemas lepas masak…hah memang tangan kiri kanan akan ku hayun ke sana sini ok….bukan nak tunjuk hebat tapi itulah hakikatnya…bak kata en. Hubby tu “tanggungjawab”….erkkkk actually sebelum2 nie takde la nak merajinkan diri masak benda-benda sampingan macam ni cuma masak yang basic untuk harian jek…boleh dikatakan bila nak suh masak tu memang malas tahap gaban ok!!!


Ok berbalik semula pada cerita Jom buat Pie Daging nie….actually akak buat untuk bekal anak gi sekolah…kenyang dan berkhasiat compare to makan nugget, sausage or jajan2 yang jual kat sekolah tu ;).

Bahan-bahan Inti:-
250gm Daging (akak guna batang pinang & dipotong dadu)
1 tin Campbell’s Mushroom soup with potato
1 biji Bawang Holland (dipotong dadu)
1 cawan Mixed Vegetables
2 camca teh Tepung Jagung
1 camca teh serbuk Lada Hitam (diperap dengan daging)
1 camca besar mentega
Garam secukup rasa
Untuk Pastry : Guna Puff Pastry Kawan (belum pandai buat pastry sendiri lagi)

Cara membuatnya:

  1. Untuk masak inti pie, panaskan mentega dan masukkan daging. Kacau hingga rata dan masak hingga berubah warna. Kemudian masukkan Bawang Holland yang dipotong dadu. Gaul hingga sebati.
  2. Masukkan Campbell’s Mushroom soup with potato dan kacau rata. Kemudian masukkan Tepung Jagung dan kacau lagi.  Masak hingga kesemua bahan tadi hingga pekat dan taburkan garam secukup rasa. Jika ok, matikan api dan sejukkan.
  3. Masukkan puff pastry Kawan ke dalam bekas pie, dan seterusnya terap dengan acuan untuk menutup permukaan pie. (seperti dalam gambar di bawah).
  4. Isi inti daging tadi ke dalam bekas pie dan kemaskan dengan pastry yang diterap tadi. Bila siap semuanya, bole sapukan telur pada permukaan pie kita tadi dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan. Suhu 220°C selama 30 minit atau masak hingga kekuningan (ikut kesesuaian dengan oven masing-masing dan jenis oven yang digunakan).





So..Jom Buat Pie Daging!!


Croissant Coklat


Salam uolss….jom cuba resepi mudah untuk anak-anak bawak bekal ke sekolah!!...actually mula-mula terdetik nak buat tu datang bila scroll member I punya fb..dia ada share kan cara untuk gulung dan membentukkan croissant….wah bila tengok gambar tu macam senang jek tau…dah tu boleh pulak ada yang share kan resepi mudah menggunakan Plain Paratha jenama Kawan. Haihhhh…apa lagi harusla akak cari Plain Paratha tu kannnzzzz…..hah kan dah sebut akak…bila jiwa mak-mak datang ni terus sebut akak tau!!! 


Bahan-bahan:-

  1. Plain Paratha jenama Kawan (belum pandai lagi nak buat pastry sendiri)
  2. Nutella Ferrero (Hazelnut cocoa spread)
Hah??? Ni jek? Yes ni jek ok!!! Sangat mudah and simple!!

Cara membuat:-

  1. Potong paratha tu mengikut gambar di atas.
  2. Letakkan coklat Nutella sebanyak mana mengikut kesukaan masing-masing
  3. Then boleh start menggulung
  4. Dah siap gulung, bolehla bakar di dalam oven, pada suhu 220°C selama 20mins (mengikut kesesuaian jenis oven masing-masing)
  5. Jangan lupa sapukan telur kuning untuk lebih nampak menarik….
Jom kita lihat apakah hasilnya….Tadaaaa dah siap!!





Hah amacam? Mudah tak…bagi yang creative boleh gantikan coklat Nutella tu dengan butter ke....i dah cuba…sedap tapi personally gandingan Plain Paratha ni lebih sesuai jika digandingkan dengan inti coklat sebab rasanya lebih menarik. Jika dibandingkan dengan inti butter, rasanya lebih kepada roti canai yang digulung….

Apa nak buat dengan lebihan potongan paratha tu?

So bagi sesiapa yang creative bolehla gunakan lebihan paratha tu dengan menggulung sosej macam nie hah….muahahahahah dah jadi roti sosej gulung….



Rasanya? Memang padat dan sangat kenyang….jadi boleh dipotong 2 apabila hendak dihidangkan…..

Selamat mencuba!! Hehehehe excited nie sebab baru cuba…rasanya org lain dah lama tau dah….sorila uolssss I budak baru belajar sebab tu ler over skit kannnzzzzz….. whatever la kanzzz asalkan akak bahagia!!!


Gold Coast - Sydney 10 : DFO Homebush

Hari terakhir nie…acara final shopping sebelum berangkat balik…..wahhhh memang excited ok!!! Tapi bila memikirkan budak2 sure cepat bosan kalau bab2 shopping nie…so setelah pikir panjang secara rasional nya….i decided to tinggalkan Kakak & Adik kat rumah baby sitter anak2 mak Uda tu hah….hah baru la mak korang nie boleh shopping dengan aman dan tenteramnya…..

So dah Tanya siap2 boleh tak tumpang & dah Tanya fees untuk sehari…untuk 2 orang budak just $30 jek…ok la tuh kannnzzzzz….sat gi budak2 boring tak ke dengan akak2 skali hangin kang nak melayan satu hal…kang ada yang nak dukung lagi kang…mau pengsan dibuatnya….

Pagi-pagi lagi…we ollssss dah siap prepare barang-barang keperluan budak2 apa yang patut….so pagi nie Mak Uda drive anta kanak-kanak ribena pi umah baby sitter…bagus kanzzzzz pi holiday pastu siap ada baby sitter lagi utk jaga anak….sambil-sambil nak menyopping tuh…

Ok anak2...jaga diri baik2...main ngan cuzzy puas2 ek...Mama nak nyopping kejap aje....
Oit… nak shopping kat mana tuh??? Hah mana lagi kanzzz kalau tak kat DFO Homebush plak…..cara-cara nak pergi dan balik dengan menggunakan public transport bole refer kat Sydney part 1 ok!!!....


Rupanya…DFO Homebush dah fully renovated…cantik bangunan dia compared to sebelum nie…so agak selesa la….naik2 escalator…macam biasa akan jumpa foodcourt dulu…apa lagi kanzzzz haruslah singgah dulu……Oporto tetap ada di mana-mana….so nak cari makanan halal di DFO Homebush sangat mudah…



Amir dengan Oportonya...tak abih2 ok!!!

Apa yang menarik perhatian I kat sini ialah……tadaaaaaa


Dapatlah nak merasa mixed salad beef / chicken Australian made ok!!....fruits nya memang banyak takyah nak cakapla kannnzzzzz…. Udahler budak yang tolong ambilkan tu tak kedekut…..eh kat sini memang camtu la….diorg kalau cedok memang seboleh-bolehnya nak penuh-penuhkan ok!!! I like!!!!

Di Top Juice nie ada makanan halal ok!!! See….



So sebelum shopping and top up apa-apa yang belum beli tuh…kitrg isi perut dulu….yela secara phsychology nya better kita shopping bila perut tengah penuh…kang kalau tengah lapar kang….mau semua nak beli…uishhh bahaya tu….so jemput makan dulu….

Dekat DFO nie….kitrg tak ambil masa lama pun….nak beli terus grab…nak beli terus grab….xde pikir-pikir dah….terus grab….muahahahahah actually memang dah ada dalam list apa yang nak beli…tu yang pantas tuh…so sebaik selesai semua…


We are done!!!!!

kitrg terus gerak ke Central menaiki train dan turun di Circular Quay…..memandangkan hari nie nak balik dah….so churros wajib beli….hehehehehe…churros memang dah menghantui hidupku….sedap beb…harus uollsssss rasa kalau sampai Sydney ni….tak abis2 tau pasal churros nie.....hehehehe

Ngappppppp!!!!

Dari Harbourside nie kitrg naik Tram sebab nak ambil cepat sampai rumah…nak kemas beg lagi dan bersiap ke Airport….dari Chocolateria San Churro tu ada pintu keluar so kitrg lalu situ dan lintas….terus akan nampak hentian Harbousie kalau tak silap….Tram ni akan ke Central Station… so dari Central Station kitrg transit ke Circular Quay untuk naik bus 310/309…


Alhamdulillah…..semuanya berjalan lancar….kitrg memang ngam2 jek sampai rumah…kemas dan bersiap terus ke Airport….naik bus 310/309 dan turun di Green Square….dari Green Square naik train ke Domestic Airport….so dari situ kitrg transit menggunakan gate pass return ticket yang dibeli semasa hari pertama untuk ke International Airport….phewww….nampak macam penat…tapi seronok sebab adventure sikit…mana ada anje-anje nak turun naik kereta nie….baru lah best kannnzzzzz….

Ok uolssss......Ni la antara yang kitrg beli untuk kali ni punya holiday...…tak banyak pun ada souvenirs ada buat pakai sendiri….fridge magnet & keychain tak sempat nak snap!! :-



Babai Gold Coast!!! Babai Sydney...phewwww lega noooo dah abih siap update entry nih haa.....

Monday, 24 February 2014

Gold Coast - Sydney 9 : Darling Harbour, Milson Park, Manly


Hari ke 4 di Sydney….hari nie tanpa Papa…so Mama plak kena jadi org kuat….muahahahahah…itinerary hari nie nak bawak kakak ipar jalan-jalan kat area Darling Habour….nak masuk Madame Tussaud….kalau datang sini, memang tak sah pi sini…wajib untuk first timer…..

Ok hairini kita berjalan tanpa Papa....adik behave ok!!! Mama tak larat nak dukung2 nie....

So pagi-pagi sambil jalan santai….slow and steady…sebab xnak bagi Adik penat…sat gi sapa plak nak kena dukung kanzzzzz….haih…so bila jalan-jalan skit…suh posing bergambar…

Baru 9:30am....jalan2 sambil bergambar

Memandangkan teringin nak makan churros lagi…..memang dah siap2 google…rupanya ada satu lagi cawangan Chocolateria San Churro di Sydney nie iaitu dalam Harbouside….actually sederet dengan Hardrock tu jek….adusssss kalau tau dari dulu….sure bila pi Hardrock kitrg singgah makan churros…..memang terbaek…rasanya memang susah nak dilupakan…….


Hah kalau nak cari makanan halal kat Harbourside ni…..jangan risau…ada Oporto…..wahhh Oporto nie memang banyak betul….

Ok masa untuk Madame Tussaud….so kat sini…I memang jadi photographer fulltime….layanzzzz budak2 hehehehehe...jom layan gambar...

Masuk2 jek dah kena posing ok!!!!









Dari Madame Tussaud, kitrg naik ferry di King St wharf 3 untuk ke Milson Park….tangkap gamba lagi kat Luna Park… 



Dalam Luna Park......bergambar je la keje kitrg nie....
Berdekatan dengan Luna Park…kitrg menapak skit ke Milson Park…duduk lepak ambil angin….

View diambil dari Milson Park.....

Perjalanan di teruskan lagi dengan menaiki ferry ke Manly….saje nak ambil gambo sambil picnic minum petang…. 
 

 Bukan itu sahaja….sebaik sahaja sampai di Circular Quay….kitrg menapak skit ke The Rock…saja bawak org yang first time sampai nie jalan-jalan menapak….sambil tu tangkap gambar….


Sekitar area The Rock....

The Rock
Cadmans Cottage

Oppsssss....ucuk ker????? tahan je la ek!!!



Hari ni Adik behave ok!! Sib baik xmintak dukung….memang mission kitrg hari ni jalan santai sambil bergambar….tgkle…memang Adik no 1 bab2 posing ni…Ewah-ewah…siap lenggok lentok lagi…

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari....hah amacam? dalam masa satu hari kita boleh tour around Darling Harbour, Manly, Milson Park dan juga The Rock...so apa lagi...boleh aje masuk dalam itinerary untuk seharian punya trip.....





Sambil nak tunggu bus...sempat bergambar lagi dekat Custom House nie....hehehehehe jam dah menunjukkan pukul 6:50pm....macam biasa naik bus 309/310 untuk ke Mascot....adios!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...