Tuesday, 25 February 2014

Croissant Coklat


Salam uolss….jom cuba resepi mudah untuk anak-anak bawak bekal ke sekolah!!...actually mula-mula terdetik nak buat tu datang bila scroll member I punya fb..dia ada share kan cara untuk gulung dan membentukkan croissant….wah bila tengok gambar tu macam senang jek tau…dah tu boleh pulak ada yang share kan resepi mudah menggunakan Plain Paratha jenama Kawan. Haihhhh…apa lagi harusla akak cari Plain Paratha tu kannnzzzz…..hah kan dah sebut akak…bila jiwa mak-mak datang ni terus sebut akak tau!!! 


Bahan-bahan:-

  1. Plain Paratha jenama Kawan (belum pandai lagi nak buat pastry sendiri)
  2. Nutella Ferrero (Hazelnut cocoa spread)
Hah??? Ni jek? Yes ni jek ok!!! Sangat mudah and simple!!

Cara membuat:-

  1. Potong paratha tu mengikut gambar di atas.
  2. Letakkan coklat Nutella sebanyak mana mengikut kesukaan masing-masing
  3. Then boleh start menggulung
  4. Dah siap gulung, bolehla bakar di dalam oven, pada suhu 220°C selama 20mins (mengikut kesesuaian jenis oven masing-masing)
  5. Jangan lupa sapukan telur kuning untuk lebih nampak menarik….
Jom kita lihat apakah hasilnya….Tadaaaa dah siap!!





Hah amacam? Mudah tak…bagi yang creative boleh gantikan coklat Nutella tu dengan butter ke....i dah cuba…sedap tapi personally gandingan Plain Paratha ni lebih sesuai jika digandingkan dengan inti coklat sebab rasanya lebih menarik. Jika dibandingkan dengan inti butter, rasanya lebih kepada roti canai yang digulung….

Apa nak buat dengan lebihan potongan paratha tu?

So bagi sesiapa yang creative bolehla gunakan lebihan paratha tu dengan menggulung sosej macam nie hah….muahahahahah dah jadi roti sosej gulung….



Rasanya? Memang padat dan sangat kenyang….jadi boleh dipotong 2 apabila hendak dihidangkan…..

Selamat mencuba!! Hehehehe excited nie sebab baru cuba…rasanya org lain dah lama tau dah….sorila uolssss I budak baru belajar sebab tu ler over skit kannnzzzzz….. whatever la kanzzz asalkan akak bahagia!!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...