Skip to main content

Jom buat Pie Daging



Salam uolss……akak ni bukannya pandai sangat pun nak buat pastry yang gempak-gempak macam chef yang ada sekarang nie….cewahhh…bila cerita pasal masak jek terus keluar “akak” ok!! Sebab rasa macam mak-mak plak nak bercerita panjang pasal hal masak nie….layankan jela ek….janji akak bahagia…..

Actually ini cuma sekadar untuk berkongsi pengalaman yang baru first time cuba nak buat Pie Daging…..ala bukan susah pun guna Puff Pastry Kawan tu je hah…apa yang penting cuma uolss kena ada kegigihan dalam meluangkan masa yang konon nya sangat padat la bagi seorang ibu yang bekerja….ye la kan…ko la working mother, ko la bibik kat umah nak gosok baju… ko jugakla yang kena menyediakan bahan2 masak pehtu ko la yang kena masak…dan seterusnya pulak nak mengemas lepas masak…hah memang tangan kiri kanan akan ku hayun ke sana sini ok….bukan nak tunjuk hebat tapi itulah hakikatnya…bak kata en. Hubby tu “tanggungjawab”….erkkkk actually sebelum2 nie takde la nak merajinkan diri masak benda-benda sampingan macam ni cuma masak yang basic untuk harian jek…boleh dikatakan bila nak suh masak tu memang malas tahap gaban ok!!!


Ok berbalik semula pada cerita Jom buat Pie Daging nie….actually akak buat untuk bekal anak gi sekolah…kenyang dan berkhasiat compare to makan nugget, sausage or jajan2 yang jual kat sekolah tu ;).

Bahan-bahan Inti:-
250gm Daging (akak guna batang pinang & dipotong dadu)
1 tin Campbell’s Mushroom soup with potato
1 biji Bawang Holland (dipotong dadu)
1 cawan Mixed Vegetables
2 camca teh Tepung Jagung
1 camca teh serbuk Lada Hitam (diperap dengan daging)
1 camca besar mentega
Garam secukup rasa
Untuk Pastry : Guna Puff Pastry Kawan (belum pandai buat pastry sendiri lagi)

Cara membuatnya:

  1. Untuk masak inti pie, panaskan mentega dan masukkan daging. Kacau hingga rata dan masak hingga berubah warna. Kemudian masukkan Bawang Holland yang dipotong dadu. Gaul hingga sebati.
  2. Masukkan Campbell’s Mushroom soup with potato dan kacau rata. Kemudian masukkan Tepung Jagung dan kacau lagi.  Masak hingga kesemua bahan tadi hingga pekat dan taburkan garam secukup rasa. Jika ok, matikan api dan sejukkan.
  3. Masukkan puff pastry Kawan ke dalam bekas pie, dan seterusnya terap dengan acuan untuk menutup permukaan pie. (seperti dalam gambar di bawah).
  4. Isi inti daging tadi ke dalam bekas pie dan kemaskan dengan pastry yang diterap tadi. Bila siap semuanya, bole sapukan telur pada permukaan pie kita tadi dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan. Suhu 220°C selama 30 minit atau masak hingga kekuningan (ikut kesesuaian dengan oven masing-masing dan jenis oven yang digunakan).





So..Jom Buat Pie Daging!!


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tanpa cagaran di mana kemudahan yang ditawarkan oleh pihak

Plaza GM Klang

Cuti hujung minggu kalau tak keluar rumah sure tak sah...paling tidak Giant, Tesco, Jusco tak pun jalan pusing tasik Shah Alam....tu jek  la aktiviti hujung minggu...tapi kali nie terasa nak explore jauh sikit...tu dia kat Bukit Tinggi, Klang....Plaza GM. Kalau sebelum ni ada gak la pi Plaza GM kat Chowkit..yang parkingnya kereta kena naik lift...gila ok!! first time ever bawak kereta masuk naik lift....apa yang bezanya dengan Plaza GM Klang nie? Hah ianya lebih besar dan baru...selesa lah kalau nak bawak budak-budak. Actually Plaza GM Klang ni dulunya satu tingkat jer... Plaza GM yang baru ni terletak berhampiran sahaja dengan yang lama tu...lebih besar dan mempunyai parking yang banyak. Kalau pergi Klang menggunakan KESAS Highway sangat mudah, dari jauh lagi dah nampak Plaza GM ni...terletak dekat je dengan Jusco Bukit Tinggi tu.... Ruang kedai dalam Plaza GM ni agak teratur dan setiap tingkat dilengkapi dengan kemudahan lift, escalator dan juga toilet.  Setiap

Plants vs Zombies

Pernah dengar or pernah main game ni? heheheh ni memang favorite game kita ok!!...kalau berasaskan Zombie memang kita suka!! cakap jek filem zombie semuanya memang kita layan, The Walking Dead? Warm Bodies? I Am Legend?, Resident Evil 1 - Resident Evil 6? last but not least Zombie Kampung Pisang walaupun tak se-ngeri citer omputeh tetap kita layan gak....;) Apa yang bestnya game nie? erm nama pun game kan...for sure la mengasah bakat kita dalam mengatur strategy macam mana nak protect dari zombie tu masuk rumah menggunakan plants...hehheeh bila dah start memang takleh nak berhenti ok!....kalau dulu lepas pantang memang layan game nie jek...  Season kali ni baru dapat Silver, nampak tak sunflower belah kiri tuh? hah last round masa pantang dah dapat Gold dah...ni baru nak repeat balik hehehehe tetiba ntah kenapa 3 hari lepas tangan ni gatai ter"click" kat game nie masa nak buat pembersihan laptop nie..hah jadinya terus la  TER "addicted" plak....tak p