Salam uols.....diharapkan hari ini adalah lebih baik dari semalam dan semoga kita sentiasa dirahmati dan diredhaiNya hendaknya.....aminnnnn
Perkongsian kita pada hari ini ialah resepi nak buat bergedil daging yang mudah, sedap, simple dan sihat....cewaaahhh....walaupun ramai yang dah tahu tapi I peduli apa kan...nak tulih dalam entry ni gak...out of 100% there must be a percentage that akak2 or makcik2 yang tak tahu diluar sana tu....hah meh akak nak bagi tips kan sini wakakakak......pernah dengar bergedil grill?
Bergedil grill
Bahan-bahan:-
- Russet potato (paling sesuai sbb lembut) tapi boleh jek guna kentang jenis lain.
- Daging kisar ( boleh beli yang commercially prepared cth jenama Ramlee or freshly prepared by Giant or Jusco or etc) ikut pilihan masing2
- Bawang goreng
- Daun sup or daun ketumbar
- Sedikit lada sulah
- Garam secukup rasa
- Telur untuk lapisan sebelum grill
Cara membuatnya:-
Memandangkan ni bergedil grill so cara membuatnya haruslah di grill dari kentang sampailah ke bergedil tu ok!! Untuk yang gemarkan rasa kentang banyak or rasa daging lebih boleh gunakan kuantiti based on nisbah 1:2 ikut citarasa masing dan tiada sukatan terperinci ok!!! Takyah pening-pening yang penting buat dengan penuh kasih sayang...mmmmuahh.
- Kentang dikupas dan dibersihkan. Hiris halus supaya senang dan cepat masak.
- Grill kentang tadi dalam grill pan sehingga masak dan warna keemasan. Kemudian rehatkan dan seterusnya ditumbuk halus supaya senang untuk diuli.
- Masukkan daging kisar ke dalam adunan kentang lenyek tadi dan masukkan bahan-bahan seterusnya iaitu daun su/ketumbar, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.....
- Uli bahan tadi sehingga sebati, kepal2 dan bentukkan bulat2 agar nampak macam bergedil.
- Ok sedia untuk di grill!!! Sebelum tu golekkan bergedil kita tadi dengan telur. Grill sehingga kekuningan ye....
- Akhirnya....sedia untuk di makan dengan soto....sesuai gitu!!
Comments
Post a Comment