Friday, 23 May 2014

Go Green!!


Never refuse to reuse!! Think Green…



Berdasarkan hasil daripada pembacaan, perubahan iklim adalah sangat kritikal sekiranya kita tidak menjaga alam sekitar. Memandangkan kesedaran sekarang ini semakin meningkat seperti “Go Green” “Kempen Kitaran Semula” dan banyak langkah-langkah yang telah di ambil untuk menghentikan perubahan iklim telah membolehkan kita  hidup lebih baik dan sihat. 

Dan bukan itu sahaja, tentunya cucu dan anak-anak kita akan mengucapkan terima kasih kepada kita kerana dapat menikmati hidup yang kekal selesa.  Jadi apa lagi, tanamkan dalam pemikiran anak-anak kita untuk mengetahui cara untuk mengekalkan bumi hijau.




Hah…tong sampah tu dik..ikut jenis tau..Paper, Plastic and Glass…heheheheh



Mana tidaknya, jika kita imbas kembali pada zaman nenek moyang kita, tiada bangunan yang tinggi-tinggi mencecah langit, kepulan asap pembakaran dari kilang-kilang dan juga kenderaan sangat kurang. Bukan tidak mahu pembangunan ok!! Negara maju sangat-sangat diperlukan untuk sesebuah Negara dan untuk maju, Negara memerlukan rakyat yang sihat!! Jadi barulah seimbang!!






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...