Sunday, 29 June 2014

Salam 1 Ramadhan


Assalamualaikum semua...semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam dan diharapkan kita semua diberikan kesihatan secukupnya untuk menjalani ibadah puasa pada tahun 2014 ini. 

Ini sekadar perkongsian dan semoga kita mendapat manfaat...

video
Video Credit to www.nurruddeen.com

Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan-

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya. 

Wahai manusia! 

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud. 

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya. 

Wahai manusia! 

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia! 

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. 

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain. 

Wahai manusia! 

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia! 

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain. 

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya. 

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka. 

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka. 

Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." [HR Ibnu Khuzaimah]

Sumber asal:
http://www.mykhilafah.com/ramadhan/1520-khutbah-rasulullah-saw-ketika-menjelang-ramadhan








Wednesday, 25 June 2014

Plants vs Zombies


Pernah dengar or pernah main game ni? heheheh ni memang favorite game kita ok!!...kalau berasaskan Zombie memang kita suka!! cakap jek filem zombie semuanya memang kita layan, The Walking Dead? Warm Bodies? I Am Legend?, Resident Evil 1 - Resident Evil 6? last but not least Zombie Kampung Pisang walaupun tak se-ngeri citer omputeh tetap kita layan gak....;)

Apa yang bestnya game nie? erm nama pun game kan...for sure la mengasah bakat kita dalam mengatur strategy macam mana nak protect dari zombie tu masuk rumah menggunakan plants...hehheeh bila dah start memang takleh nak berhenti ok!....kalau dulu lepas pantang memang layan game nie jek... 


Season kali ni baru dapat Silver, nampak tak sunflower belah kiri tuh? hah last round masa pantang dah dapat Gold dah...ni baru nak repeat balik hehehehe tetiba ntah kenapa 3 hari lepas tangan ni gatai ter"click" kat game nie masa nak buat pembersihan laptop nie..hah jadinya terus la  TER "addicted" plak....tak puas hati wei kalau tak habiskan...geram tau...geram tau dak...hehehehehhe rasa korang yang suka main game for sure ada perasaan macam tuh kan....takmau berhenti....eeeeiiiiiiiii

Ada beberapa set game dalam ni:-
  1. Adventure ada 10 Level & each level ada 10 set.
  2. Mini Games
  3. Puzzle
  4. Survival
Takmo citer panjang pasal set game ni sebab kalau nak cerita sampai tahun depan tak abis...heheheheh kalau nak sila cari game ni and explore naaa!!

Ni baru nak cerita basic....so apa yang ada dalam game nie?
Zen Garden

1. Zen Garden - ni garden di mana kita letak pasu-pasu hadiah daripada cik zombies kita tuh....biasanya masa main game ni memang akan dapat gift daripada zombies...so kita simpan pasu-pasu tu and jaga baik2 naaa sebab plants tu akan bagi kita duit untuk shopping. Shopping apa tuh? hah kalau nak tambah features untuk game contohnya nak tambah seed slots, powerful plants dan bermacam lagi...muahahahha kalau tak paham buat-buat paham jer la!!!


2. Shop - Hah ni la rupa shop nya yer...Crazy Dave's Twiddy Dinkies, macam-macam boleh beli kat sini, jadi jaga plant anda baik-baik boleh generate duit banyak2 naaaa.....


3. Almanac - Ini kalau nak study semua info pasal Plants and Zombies, apa kelebihan2 dan juga kelemahan2 la...kira macam tips2 untuk main game ni...kalau rajin baca....kalau idak belasah jek try & error guna plant mana yang kita suka.....ngeee

Contoh info Plants dalam almanac nie
Contoh info pasal Zombies...muahahaha
Kalau nak cerita satu persatu pasal info dalam almanac ni memang tak abis...later2 ada masa kita leh citer lebih pasal ni...heheheheh


Hah ni la rupanya dalam game nie...choose your plants and play!!!wuhhuuuuu dah macam onggile dah nie....

-
-
-
-
-
nak sambung main game balik...k bye!!! ahahahahah





Saturday, 21 June 2014

CIMB Amazing Race


Weekend bila dah tak ada kerja sangat hah ni la jadinya...cari kerja hehehe...actually ini adalah salah satu event CIMB yang dianjurkan oleh Group Human Resource so kalau join boleh dapat 4hours untuk training hours!! ala training hours la sangat kanzz....sebenarnya beriya nak masuk jer tuh...

Pagi-pagi lepas subuh lagi dah berkumpul....alahai ketaq plak gambo!

 Team no.54, sambil nak menunggu flag off kita bergambar ler dulu. Nadia & Najib steady naaaa....

Sebanyak 68 buah group yang menyertai Amazing Race ni, banyak tu wei confirm tak menang..heheheh timba pengalaman sahaja la ye...bila dah tau tips next year boleh masuk lagi!!

Seronok bukan main lagi sebelum nak start tu ye...bergambar sana sini...cek tatau yang bakal melanda nanti heheheh Amazing Race nie memang amazing sungguh dah macam lari half marathon ok!! gila penat...serius bapak penat, udahler tengah penas beb memang superb!!

CIMB Bank HQ di sebelah Sogo....

 Rules & guideline...

Ok masa untuk flag off!!

Untuk Amazing Race ni kitorg kena habiskan challenge di 7 stations, 
1. Police Museum
2. Planetarium
3. SMK (P) Methodist
4. Central Market
5. Padang Merbuk
6. Periuk Kera (selepas Dataran Merdeka)
7. SK Jalan Batu

Memandangkan kebanyakkan challenge yang kitrg kena buat memerlukan kerjasama group so tak sempat le nak snap gambar banyak...

 Salah satu challenge iaitu di Central Market, kena menari Bangra ok!! organizer nak 2 orang jek so akak tolong snap gambo jela ye...yeahhh steady uolsss

 Abang pro tarian Bangra...serius jek nak bagi markah tu!! heheheh

 ewahhh...eh eh eh eh eh

So far habis semua challenges and group kitrg dapat tempat 32 jek...tak dapat top 20 pun...hhehehehhe jadila tu...hebat ko lari sana sini sambil buat itu ini...dengan cuaca panas nya lagi memang amazing sungguh!!

 Selfie dulu sambil rehat-rehat menunggu prizing ceremony

 Penutup oleh our beloved Pn Hamidah Naziadin.....





Sunday, 15 June 2014

Sincerelybyus Shah Alam


Ini cerita semalam...kita sempat singgah jenguk ke SincerelybyUs Boutique di Shah Alam. Actually grand opening of The New SBU Shah Alam 2.0. Kali ini SBU memilih "strategic location" untuk butik mereka! ianya terletak di B-19, Jalan Serai Wangi 16K, Alam Avenue 2, Section 16, 40200 Shah Alam. Terletak betul-betul di simpang empat traffic light JPJ Padang Jawa...dari jauh lagi dah nampak. 

Beratur nak masuk ok...punyalah ramai orang


So bagi yang nak cepat dapatkan shawl or barangan vendor online yang ada di butik ni boleh sahaja walk in kat Shah Alam ni hah!  

Lebih banyak pilihan ditingkat atas juga!

Macam2 ada!!

Upacara Perasmian...
Sempat bergambar dengan Diana Danielle

Nak jugak bergambar ngan Diana Danielle

Wednesday, 11 June 2014

Great Time with Mamee Chef!!

*48 hours sticky post*
*please scroll down for new entry*

Wah hujung minggu dah dekat!! Tup tap tup tap cuti sekolah pun nak habis dah. Biasanya bila weekend la baru nak plan masak special untuk family… ye la as a working mother mana sempatnya nak masak beriya masa weekdays…heheheh alasan ok!! So nak masak apa tu? Apa kata kita buat something yang simple, easy and sedap dimakan ok!! Hah bila cerita pasal simple & easy of course ler nak yang “Lain Daripada Yang Lain” Hehehehe….something senang di masak tapi meletops!!

Kakak & Adik ni kalau dapat makan mee segera, dia punya excited memang semacam…kalau boleh nak hari-hari ok!! Bukan tu jer…Adik ni pula dia punya favorite ialah Tom Yam… bila datang mood dia nak makan sure request nak suh buatkan Tom Yam….so tak payah tunggu hujung minggu dan2 tu jugak Mama ko buat!! Mama mana boleh tangguh2 nie kang kempunan plak Adik cayang buchuk Mama tu hah!! Kakak pula senang, memang tak cerewet makan… so kali ni apa kata kita buat Mamee Chef Tom Yam Thai special!! Wah nama pun dah gempak apatah lagi rasanya, wakakakaka….

Kata “Mamee Chef Tom Yam Thai Special” kanz so meh tengok bahan-bahan yang akak guna…Memasak ni kan kena creative!!


<Mamee Chef>

<Inilah bahan-bahannya >

<MameeChef Tom Yam Thai>
-
-
-

Tadaa siap dah!!

<Jemput makan uols!!!>

<weehooo nyummy!!!>

Amacam?? Tak nak cuba ke??

Actually baru-baru ni akak berpeluang untuk melawat sendiri ke kilang Mamee di Melaka dan yang paling seronok sekali ialah berada di Mamee Jonker House!! Ada Mamee Café lagi!!. TQ to Nuffnang & Mamee sebab jemput kita untuk mejayakan program ini…..bak kata pepatah “Tak kenal maka tak cinta kanz!!!” So jom kita explore seharian bersama Mamee…..

Pagi-pagi lagi jam 8:00 kami dah berkumpul di Mamee Double Decker (M) Berhad di Subang Jaya.

<sempat bergambar bersama kenalan blogger Rina @Cindyrina>

<Fiza @sharingiscaring-fiza & Jue @MamaJuePapaMimi>

<sambil nunggu kita snap gambar naa….attendance checking>
  


Tepat jam 11:30am selamat sampai di Mamee Gallery Malacca…yeay!!

  

<Group photo>

<Sesi briefing dan introduction by Sham Mee, Mamee’s Marketing Manager>

<Jom minum Lite Yo free!!>

Ok uols, kita nak cerita panjang sikit ni…actually bermula dari tahun 1972, Mamee telah mengeluarkan produk pertama mereka dan sehingga kini pelbagai jenis produk yang telah diubah suai bagi memenuhi citarasa tempatan…kini Mamee Double-Decker dan Mamee Chef telah mendapat beberapa anugerah antaranya:-
  1. Mamee Chef Curry Laksa – Top 10 Best Instant Noodles in the World for 2014 by theramenrater
  2. Putra Brand Awards Bronze Recipient 2014 under Food Stuff Category organized by the Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As)
  3. Frost and Sullivan Malaysia Excellent Awards Recipient

Apakah rahsianya recipe Mamee Chef ni? Apa yang special nya tu?
  • Actually resepi Mamee Chef ni adalah collaboration dari Dato’ Chef Ismail di mana kepakarannya telah digunakan untuk menghasilkan resepi yang unik serta keaslian rasa yang terpelihara mengikut selera warga tempatan. Dan yang paling penting ialah paste Mamee Chef Tom Yam Thai dan Kari laksa ini adalah diperbuat daripada rempah ratus yang istimewa dan segar.
  • Untuk memastikan yang rasa Mamee Chef ni “Lain Daripada Yang Lain”….hah ianya didatangkan bersama pre-packed condiments.
  • Sebagai Malaysian Brand apa yang paling penting? Of course le HALAL betul tak? Sememangnya Mamee-Double Decker ni sangat-sangat particular tentang HALAL ok, bukan itu sahaja kebersihan juga dititiberatkan…later kita explore naa kilang Mamee….

 

Nampak tak logo HALAL tu? Hah different flavor ada different pre-packed condiments contohnya perisa Kari Laksa dengan Tauhu Kering dan Sayuran, perisa Tom Yam Thai dengan Udang dan Sayuran dan perisa Ayam Pedas Shiitake dengan Cendawan Shiitake & Sayuran

Ok!! Masa yang ditunggu-tunggu……persembahan dari La Mien sifu…

Apa La Mien tu?

La Mien ni ialah teknik unik untuk membuat noodle…hah berbelit nak sebut ko!! Teknik ni actually berasal daripada China…hah dari doh yang diuli kemudian ditarik dan diregangkan beberapa kali menjadi mee yang panjang, lembut dan gebu..ok? paham tak? ….jom layan gambar!!

<Hah amik>

<Nampak tak?>


<Tarik lagi!!>

<Bloggers yang bz dengan cameranya!!>


<Tadaaa>


Sekarang jom kita kongsi resepi macam mana nak buat perencah Mamee Chef pula….

 <Inilah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat perencah>

<semuanya di blend yer..masa ni dia punya bau semerbak….harum!! >

<Akhir sekali, hasil bahan-bahan tadi akan dicampur dengan paprika>

<Inilah dia founder Mamee – Dato’ Pang Chin Hin>

<La Mien sifu…auwww>

Our refreshment nyummy!!!

Sementara menunggu giliran untuk masuk melawat ke kilang, ada plak Mamee Fun Squad beraksi…apa lagi jommmm…
 Kita dah menang!!!

Masa yang dinanti-nantikan dah tiba..….jom kita melawat dalam kilang!!


Inilah dia Denis- Production Planner yang berpengalaman selama 7 tahun bersama Mamee….banyak betul information yang dikongsikannya. So basically ada 9 steps yang perlu dilalui ok untuk product Mamee Chef…. 
  1. Mixing 
  2. Rolling
  3. Slitting
  4. Steaming
  5. Cutting
  6. Seasoning Shower 
  7. Frying
  8. Cooling
  9. Packaging

Kalau uols nak tahu, Mamee Double-Decker memang focus on technology machine yang digunakan untuk memastikan noodle texture ni betul-betul menyerupai La Mian Technique….so macam mana tu?

 <Hah nampak tu dah macam ombak dah noodle tu ditarik…slow – medium - fast>

Hah ni namanya Piano Man!!…hehehe kerjanya menyusun-nyusun Mee yang telah siap di Frying sebelum dihantar ke Cooling station.




Sebaik sahaja melepasi Cooling station Mamee akan dihantar ke station terakhir iaitu Packaging.


So far apa yang korang nampak? BERSIH tak? Bukan itu sahaja ada 2 machine metal detector sebelum product Mamee ini di bungkus. Even machine penimbang juga digunakan untuk memastikan product Mamee mengikut quality standard yang telah ditetapkan.

Nak tahu kenapa? Actually Mamee-Double Decker adalah ceritifed by HACCP standard di mana HACCP ni ialah sistem pengurusan keselamatan makanan dari segi kawalan biologi, kimia dan fizikal hazards daripada bahan mentah…selain itu termasuk jugalah pengendalian dan pembuatan sehinggalah kepada pengedaran dan juga finished product. Hah clear yer…jadi sebagai pengguna kita kena tahu yang product Mamee ni memang terjamin product quality nya dan yang paling penting ialah HALAL!!...
  

<Group Pink…bergambar kenangan sebelum keluar - antara kenalan kita Rina, Ema, Hani, Nad, Iday,Aleen, Nurzha>

Wah panjang lebar akak bercerita…lapo dah perut…jom layan our lunch today!!

<Chicken Rice Ball yang superb!!>

<Special!! Green Tea Cake>

<Group Pink!!>

Tuan Blog…oppsss

Setengah hari sudah berlalu, lawatan kilang dah selesai..makan pun sudah…kini tibalah masanya nak melawat Mamee Jonker House!!yeayyy!!! 
 

Actually Mamee Jonker House ni terletak di Jonker Street iaitu dalam 5 minit sahaja kalau berjalan dari replica kapal layar Cheng Ho or nak senang from HardRock Café Malacca la….so make sure korang masukkan Mamee Jonker House dalam itinerary bila datang melawat ke Melaka ni ya… serious best!!!





Jom kita explore Mamee Jonker House!!!

<Antara barangan Mamee yang dijual>


Bukan itu sahaja ada bermacam-macam souvenir yang korang boleh beli di sini untuk dijadikan kenang-kenangan….jangan lupa bawak anak-anak ok!! Sure depa suka naaa…..



 Apa yang ada di Mamee Jonker House ni ya???

<Small showroom of Mamee Producing…so cute!!! Menarik dan sangat efektif kalau kita bawa anak-anak ke sini untuk mengetahui bagaimana Mamee dibuat…weehoooo>


  
Mamee Jonker House juga menawarkan “fun activities” untuk visitors especially bagi sesiapa yang membawa kanak-kanak…kenapa? Sebab ada workshop!!! Anak-anak kita boleh experience sendiri untuk membuat product Mamee ok!!!


<Noodle Doodle>

<Mak budak pun excited nak buat Mamee cup sendiri!!>


<boleh pilih condiments sendiri ye…>
  

<tadaaaa!!!!>



Bukan setakat itu sahaja ye…ada workshop class memasak lagi di Little Monster Kitchen….sure happening kalau anak-anak kita join this class!!! So How To Raise Creative Children? Hah inilah salah satu caranya….bagi pendedahan yang luar biasa dan anak-anak sure enjoy!!!

<Mr Steven yang menerangkan tentang program-program yang ada di Little Monster Kitchen>

Menarikkan? Jom kita explore Mamee Café pula!!


Dengan berkonsepkan “open kitchen”, kita boleh tengok sendiri chef memasak sambil menikmati hidangan menu yang ala-ala kopitiam gitew…Mamee Bee Hoon Goreng, Mamee Mee Goreng, Mamee Pasta with Golden Fries, Mamee Chef Curry Laksa dan yang paling best Authentic Hainanese Chicken Rice.


<yeayy!!! I had a great time with Mamee!!... So anda bila lagi? Have a great time with Mamee jom!!!>

Oppsss jangan lupa nantikan juga Mamee Muzium Gallery yang akan berada di Mamee Jonker House tidak lama lagi ok!!!


Mamee Jonker House
No.46 and 48, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
06-2867666

JANGAN LUPA SINGGAH2 DI FACEBOOK MAMEE JUGA!!!!
https://www.facebook.com/mymameechef




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...