Wednesday, 11 June 2014

Great Time with Mamee Chef!!

*48 hours sticky post*
*please scroll down for new entry*

Wah hujung minggu dah dekat!! Tup tap tup tap cuti sekolah pun nak habis dah. Biasanya bila weekend la baru nak plan masak special untuk family… ye la as a working mother mana sempatnya nak masak beriya masa weekdays…heheheh alasan ok!! So nak masak apa tu? Apa kata kita buat something yang simple, easy and sedap dimakan ok!! Hah bila cerita pasal simple & easy of course ler nak yang “Lain Daripada Yang Lain” Hehehehe….something senang di masak tapi meletops!!

Kakak & Adik ni kalau dapat makan mee segera, dia punya excited memang semacam…kalau boleh nak hari-hari ok!! Bukan tu jer…Adik ni pula dia punya favorite ialah Tom Yam… bila datang mood dia nak makan sure request nak suh buatkan Tom Yam….so tak payah tunggu hujung minggu dan2 tu jugak Mama ko buat!! Mama mana boleh tangguh2 nie kang kempunan plak Adik cayang buchuk Mama tu hah!! Kakak pula senang, memang tak cerewet makan… so kali ni apa kata kita buat Mamee Chef Tom Yam Thai special!! Wah nama pun dah gempak apatah lagi rasanya, wakakakaka….

Kata “Mamee Chef Tom Yam Thai Special” kanz so meh tengok bahan-bahan yang akak guna…Memasak ni kan kena creative!!


<Mamee Chef>

<Inilah bahan-bahannya >

<MameeChef Tom Yam Thai>
-
-
-

Tadaa siap dah!!

<Jemput makan uols!!!>

<weehooo nyummy!!!>

Amacam?? Tak nak cuba ke??

Actually baru-baru ni akak berpeluang untuk melawat sendiri ke kilang Mamee di Melaka dan yang paling seronok sekali ialah berada di Mamee Jonker House!! Ada Mamee Café lagi!!. TQ to Nuffnang & Mamee sebab jemput kita untuk mejayakan program ini…..bak kata pepatah “Tak kenal maka tak cinta kanz!!!” So jom kita explore seharian bersama Mamee…..

Pagi-pagi lagi jam 8:00 kami dah berkumpul di Mamee Double Decker (M) Berhad di Subang Jaya.

<sempat bergambar bersama kenalan blogger Rina @Cindyrina>

<Fiza @sharingiscaring-fiza & Jue @MamaJuePapaMimi>

<sambil nunggu kita snap gambar naa….attendance checking>
  


Tepat jam 11:30am selamat sampai di Mamee Gallery Malacca…yeay!!

  

<Group photo>

<Sesi briefing dan introduction by Sham Mee, Mamee’s Marketing Manager>

<Jom minum Lite Yo free!!>

Ok uols, kita nak cerita panjang sikit ni…actually bermula dari tahun 1972, Mamee telah mengeluarkan produk pertama mereka dan sehingga kini pelbagai jenis produk yang telah diubah suai bagi memenuhi citarasa tempatan…kini Mamee Double-Decker dan Mamee Chef telah mendapat beberapa anugerah antaranya:-
  1. Mamee Chef Curry Laksa – Top 10 Best Instant Noodles in the World for 2014 by theramenrater
  2. Putra Brand Awards Bronze Recipient 2014 under Food Stuff Category organized by the Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As)
  3. Frost and Sullivan Malaysia Excellent Awards Recipient

Apakah rahsianya recipe Mamee Chef ni? Apa yang special nya tu?
  • Actually resepi Mamee Chef ni adalah collaboration dari Dato’ Chef Ismail di mana kepakarannya telah digunakan untuk menghasilkan resepi yang unik serta keaslian rasa yang terpelihara mengikut selera warga tempatan. Dan yang paling penting ialah paste Mamee Chef Tom Yam Thai dan Kari laksa ini adalah diperbuat daripada rempah ratus yang istimewa dan segar.
  • Untuk memastikan yang rasa Mamee Chef ni “Lain Daripada Yang Lain”….hah ianya didatangkan bersama pre-packed condiments.
  • Sebagai Malaysian Brand apa yang paling penting? Of course le HALAL betul tak? Sememangnya Mamee-Double Decker ni sangat-sangat particular tentang HALAL ok, bukan itu sahaja kebersihan juga dititiberatkan…later kita explore naa kilang Mamee….

 

Nampak tak logo HALAL tu? Hah different flavor ada different pre-packed condiments contohnya perisa Kari Laksa dengan Tauhu Kering dan Sayuran, perisa Tom Yam Thai dengan Udang dan Sayuran dan perisa Ayam Pedas Shiitake dengan Cendawan Shiitake & Sayuran

Ok!! Masa yang ditunggu-tunggu……persembahan dari La Mien sifu…

Apa La Mien tu?

La Mien ni ialah teknik unik untuk membuat noodle…hah berbelit nak sebut ko!! Teknik ni actually berasal daripada China…hah dari doh yang diuli kemudian ditarik dan diregangkan beberapa kali menjadi mee yang panjang, lembut dan gebu..ok? paham tak? ….jom layan gambar!!

<Hah amik>

<Nampak tak?>


<Tarik lagi!!>

<Bloggers yang bz dengan cameranya!!>


<Tadaaa>


Sekarang jom kita kongsi resepi macam mana nak buat perencah Mamee Chef pula….

 <Inilah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat perencah>

<semuanya di blend yer..masa ni dia punya bau semerbak….harum!! >

<Akhir sekali, hasil bahan-bahan tadi akan dicampur dengan paprika>

<Inilah dia founder Mamee – Dato’ Pang Chin Hin>

<La Mien sifu…auwww>

Our refreshment nyummy!!!

Sementara menunggu giliran untuk masuk melawat ke kilang, ada plak Mamee Fun Squad beraksi…apa lagi jommmm…
 Kita dah menang!!!

Masa yang dinanti-nantikan dah tiba..….jom kita melawat dalam kilang!!


Inilah dia Denis- Production Planner yang berpengalaman selama 7 tahun bersama Mamee….banyak betul information yang dikongsikannya. So basically ada 9 steps yang perlu dilalui ok untuk product Mamee Chef…. 
  1. Mixing 
  2. Rolling
  3. Slitting
  4. Steaming
  5. Cutting
  6. Seasoning Shower 
  7. Frying
  8. Cooling
  9. Packaging

Kalau uols nak tahu, Mamee Double-Decker memang focus on technology machine yang digunakan untuk memastikan noodle texture ni betul-betul menyerupai La Mian Technique….so macam mana tu?

 <Hah nampak tu dah macam ombak dah noodle tu ditarik…slow – medium - fast>

Hah ni namanya Piano Man!!…hehehe kerjanya menyusun-nyusun Mee yang telah siap di Frying sebelum dihantar ke Cooling station.




Sebaik sahaja melepasi Cooling station Mamee akan dihantar ke station terakhir iaitu Packaging.


So far apa yang korang nampak? BERSIH tak? Bukan itu sahaja ada 2 machine metal detector sebelum product Mamee ini di bungkus. Even machine penimbang juga digunakan untuk memastikan product Mamee mengikut quality standard yang telah ditetapkan.

Nak tahu kenapa? Actually Mamee-Double Decker adalah ceritifed by HACCP standard di mana HACCP ni ialah sistem pengurusan keselamatan makanan dari segi kawalan biologi, kimia dan fizikal hazards daripada bahan mentah…selain itu termasuk jugalah pengendalian dan pembuatan sehinggalah kepada pengedaran dan juga finished product. Hah clear yer…jadi sebagai pengguna kita kena tahu yang product Mamee ni memang terjamin product quality nya dan yang paling penting ialah HALAL!!...
  

<Group Pink…bergambar kenangan sebelum keluar - antara kenalan kita Rina, Ema, Hani, Nad, Iday,Aleen, Nurzha>

Wah panjang lebar akak bercerita…lapo dah perut…jom layan our lunch today!!

<Chicken Rice Ball yang superb!!>

<Special!! Green Tea Cake>

<Group Pink!!>

Tuan Blog…oppsss

Setengah hari sudah berlalu, lawatan kilang dah selesai..makan pun sudah…kini tibalah masanya nak melawat Mamee Jonker House!!yeayyy!!! 
 

Actually Mamee Jonker House ni terletak di Jonker Street iaitu dalam 5 minit sahaja kalau berjalan dari replica kapal layar Cheng Ho or nak senang from HardRock Café Malacca la….so make sure korang masukkan Mamee Jonker House dalam itinerary bila datang melawat ke Melaka ni ya… serious best!!!





Jom kita explore Mamee Jonker House!!!

<Antara barangan Mamee yang dijual>


Bukan itu sahaja ada bermacam-macam souvenir yang korang boleh beli di sini untuk dijadikan kenang-kenangan….jangan lupa bawak anak-anak ok!! Sure depa suka naaa…..



 Apa yang ada di Mamee Jonker House ni ya???

<Small showroom of Mamee Producing…so cute!!! Menarik dan sangat efektif kalau kita bawa anak-anak ke sini untuk mengetahui bagaimana Mamee dibuat…weehoooo>


  
Mamee Jonker House juga menawarkan “fun activities” untuk visitors especially bagi sesiapa yang membawa kanak-kanak…kenapa? Sebab ada workshop!!! Anak-anak kita boleh experience sendiri untuk membuat product Mamee ok!!!


<Noodle Doodle>

<Mak budak pun excited nak buat Mamee cup sendiri!!>


<boleh pilih condiments sendiri ye…>
  

<tadaaaa!!!!>



Bukan setakat itu sahaja ye…ada workshop class memasak lagi di Little Monster Kitchen….sure happening kalau anak-anak kita join this class!!! So How To Raise Creative Children? Hah inilah salah satu caranya….bagi pendedahan yang luar biasa dan anak-anak sure enjoy!!!

<Mr Steven yang menerangkan tentang program-program yang ada di Little Monster Kitchen>

Menarikkan? Jom kita explore Mamee Café pula!!


Dengan berkonsepkan “open kitchen”, kita boleh tengok sendiri chef memasak sambil menikmati hidangan menu yang ala-ala kopitiam gitew…Mamee Bee Hoon Goreng, Mamee Mee Goreng, Mamee Pasta with Golden Fries, Mamee Chef Curry Laksa dan yang paling best Authentic Hainanese Chicken Rice.


<yeayy!!! I had a great time with Mamee!!... So anda bila lagi? Have a great time with Mamee jom!!!>

Oppsss jangan lupa nantikan juga Mamee Muzium Gallery yang akan berada di Mamee Jonker House tidak lama lagi ok!!!


Mamee Jonker House
No.46 and 48, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
06-2867666

JANGAN LUPA SINGGAH2 DI FACEBOOK MAMEE JUGA!!!!
https://www.facebook.com/mymameechef




7 comments:

  1. panjang betul entry ni. details lak tu. saya buat tak se details camni hahaha... rindu nak makan nasik ayam kepal tu alahaii.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Thanks Rina!! Maybe one day we can all get together again....; )

      Delete
  3. rindu nak makan nasi bulat2 tu..hahaha

    ReplyDelete
  4. Wahhhhh best nye. Terliur tgk mammeee.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...