Saturday, 5 December 2015

Resepi Mudah Pizza dari Flexi Pastry.


Inginkan resepi mudah yang senang di buat dan sedap di makan? Apa kata kita cuba sesuatu yang baru dengan menggunakan Flexi Pastry. Bagi yang rajin nak buat doh pizza sendiri silakan, tidak ada masalah ya. Tapi bagi yang tidak mahu pening-pening nak menguli doh kita boleh gantikan dengan Flexi Pastry. Flexi Pastry ini agak nipis dan sesuai untuk buat pizza thin crust ya. Kepada yang minat dengan "hand tosted" pizza rasanya Flexi Pastry agak kurang sesuai. 

Bahan:-
  1. Flexi Pastry
  2. Pizza Topping
  3. Mozarella Cheese
  4. Daging cincang
  5. Sos Spagetti
  6. Cendawan butang
  7. Capsicum

 Cara-cara:-

Mulakan dengan masak inti pizza mengikut citarasa masing-masing. Untuk kali ini saya menggunakan daging cincang yang dimasak dengan sos spagetti bersama hirisan cendawan butang.

Selepas masak inti, rehatkan pada suhu bilik supaya apabila nak menabur ke atas pastry ianya tidak menyebabkan pastry lembik akibat panas.

Tuangkan daging bersos spagetti tadi ke atas pastry mengikut sukatan masing-masing. Kemudian taburkan capsicum serta Mozarella cheese dan Pizza Topping. Ok sudah siap untuk di bakar pada suhu 180 - 220 darjah selama 20-30minit.




 Ikut cara masing-masing nak menghias atau menabur bahan ke atas pastry.

 Hasil dari bahan-bahan yang telah di masak.

 Setelah di bakar, boleh potong mengikut size kesukaan anda


Selamat Mencuba!!!

Friday, 27 November 2015

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam


Pejam celik, pejam celik seminggu sudah cuti sekolah. Apakah aktiviti anak anda semasa cuti sekolah yang panjang ini? Melancong? Shopping? Menghadiri program-program cuti sekolah atau duduk di rumah sahaja?

Bagi yang kekeringan idea tidak tahu nak pergi mana tu, apa kata kita bawa anak-anak ke perpustakaan. Hah sekarang punya perpustakaan dah tak sama macam zaman kita dulu-dulu. Perpustakaan sekarang lebih canggih dan  menarik. Bagi yang tinggal di area Shah Alam bolehlah pergi ke Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam yang terletak di Seksyen 13. 

Terdapat beberapa bahagian di dalam perpustakaan ini iaitu:
  1. Bahagian Kanak-Kanak - Zon Kreatif Tingkat G
  2. Bahagian Remaja - Zon Remaja Tingkat 1
  3. Bahagian Dewasa - Zon Dewasa Tingkat 2-3
  4. Bahagian Rujukan - Rujukan Tingkat 4



Apa yang menarik sekali apabila kita membawa kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun. Bukan apa, selain dari menanam minat suka membaca dari kecil, anak-anak juga dapat meluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman yang ada dengan berada di tempat-tampat awam begini. Contohnya mendisplinkan diri dengan membaca buku dengan senyap dan juga bertanggungjawap dengan buku yang dibaca supaya meletakkan kembali di tempat asalnya.  


Untuk menarik minat anak-anak kecil, terdapat "Reading Tree" yang membolehkan anak-anak kita lebih bersemangat untuk membaca buku di alam fantasi yang berkonsepkan taman. Keadaan lebih santai dan tidak terlalu serius untuk membaca.





Bagi ibu bapa yang datang menemani anak-anak di sini, disediakan ruang parking kereta yang agak luas dan selesa. Bukan itu sahaja terdapat juga bilik solat yang selesa bagi mereka yang berada di situ seharian.




Jadi apa lagi? Jangan lupa singgah bawa anak-anak ke perpustakaan ya!!



Monday, 17 August 2015

Adik & Mama Kreatif!


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan August... raya pun dah habis dah! Banyak ke rumah terbuka yang uols pergi tu?

Cerita pasal bulan August ni, jangan lupa dapatkan majalah Pa&Ma Edisi Khas Ogos 2015 ni tau! Sebab apa? hah cik Adik Aqila kita dan akak ada dalam tu! heheheh excited akak ok! orang masuk majalah akak pun nak masuk majalah gak katanya...tak jadi cover depan..masuk belah-belah dalam pun tak apa asalkan masuk majalah heheheheh. 



Pengalaman pertama masuk ujibakat di Karangkraf. Masa ni agak over sedikit, memandangkan Karangkraf dekat sahaja dengan rumah, makanya pagi-pagi lagi akak dah terpacak depan Karangkraft nak beratur ambil nombor. Nanti kalau lewat kena beratur panjang pula. 

Ujibakat Photoshoot!



Selepas ujibakat, memang tak budget akan dipanggil untuk photoshoot sebab yang datang semasa ujibakat tu memang sangat ramai dan semuanya comel-comel belaka...memang hebat gila anak-anak yang datang...hah bukan setakat anak-anak dengan mak-mak pun agak hebat juga...so chances tu memang nipis la yer...

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan dapat juga panggilan dari krew Majalah Pa&Ma untuk photoshoot...

Sesi Photography

Ruang menunggu sebelum masuk untuk photoshoot







Segment mana tu? Adik & Mama Kreatif!




So jangan lupa dapatkan Majalah Pa&Ma Edisi Khas bulan Ogos ni ya!


Sunday, 12 July 2015

Menu wajib Hari Raya!

*sponsored post*
*please scroll down for new entry*


Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah hampir sebulan kita berpuasa dan kini tinggal malam-malam terakhir Ramadhan. Semoga kita dapat manfaat dan segala amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini diberkati dan dirahmatiNya.

Bila sebut Ramadhan akan berakhir mestila Syawal pula akan menjelma dan bila sebut Syawal mestilah nak cerita pasal Raya. Hah bila sebut pasal Raya mestilah nak cerita pasal menu Raya kan! Teringat lagi masa zaman kecil-kecil dahulu, menu wajib Hari Raya kami mestilah Ketupat, Rendang dan juga Lontong. Menu ni memang wajib mak masak untuk kami sekeluarga. Tapi sekarang bila akak dah berkahwin, terpaksala ikut menu sebelah hubby pula. Kalau orang Johor, Menu Raya mestila Ketupat bersama Sambal Goreng Jawa, Kari Ayam dan Sambal Kacang. Hah macam mana tu?



Nasiblah ada Mamee Chef Lontong! Sangat mudah untuk disediakan dan sedap bila di makan. Bukan itu sahaja Resepi istimewa ini dihasilkan bersama Chef terkemuka kita Chef Dato’ Ismail. Teknologi mee tariknya memang sudah menjadi tarikan ramai. Tambahan lagi, di dalam pek Mamee Chef Lontong ini ada paket cili dan sayur untuk menambahkan lagi kesedapan. So please la uols cuba ok! Akak dah cuba, memang sedap tak terkata.




So raya ni bila balik kampung bolehlah akak nak merasa lagi Mamee Chef Lontong bersama Menu orang Johor kita Sambal Goreng Jawa dan Sambal Kacang. Sure meletops!! At least terubat rindu masakan Lontong mak. Kalau pagi dah kenyang makan ketupat, malam pula bolehla kita merasa Mamee Chef Lontong! Tak terlalu heavy dan yang penting sangat mudah untuk di masak! Dan pastinya rasa memang ummppphhh!.

Ingin tahu lebih lanjut? Boleh layari Mamee Chef Facebook di : https://www.facebook.com/mymameechef

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri ini, akak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin!


Yang terakhir dari pesananan penaja ya….Jangan lupa juga saksikan filem Suamiku Jatuh Dari Langit tau di pawagam berdekatan raya ini!! Akak dah tengok! Best, lawak dan sangat santai!! 



Filem di bawah Metrowealth ini menampilkan barisan pelakon handalan seperti Nora Danish, Qi Razali, Atikah Suhaime dan Syuk SYJ…Jangan lupa saksikan filem yang berkonsepkan romantik komedi ini ya!! 

Jadikan suasana Hari Raya anda ceria bersama keluarga tersayang!!




Saturday, 11 July 2015

Apa itu Overdraft?



Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu Overdraft kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang Overdraft belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui Overdraft mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.  

Apa itu OverdraftOverdraft adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:-
  1. Clean Overdraft - Ovedraft tanpa cagaran di mana kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Bank tanpa sebarang cagaran (collateral).
  2. Secured Overdraft - Overdraft yang bersandarkan cagaran (collateral) di mana kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Bank berdasarkan nilai cagaran yang diberi.
Entri kali ini saya ingin menerangkan lebih lanjut tentang Secured Overdraft. Memandangkan Secured Overdraft ini memerlukan collateral, oleh itu kita perlu tahu apakah collateral yang diterima oleh pihak Bank terlebih dahulu sebelum mencagarkannya untuk mendapatkan kemudahan Overdraft ini. Majoriti di kalangan Bank menerima Deposit Tetap (Fixed Deposit) dan ada juga sesetengahnya menerima Unit Trust sebagai cagaran.

Daripada Fixed Deposit @ Unit Trust, nilainya akan dikira untuk menentukan had kredit maksimum yang boleh dibiayai oleh pihak Bank kepada pelanggan.  Had kredit maksimum ini juga dikenali sebagai 'Margin of Financing'. 'Margin of Financing' ini akan ditentukan oleh pihak Bank dalam bentuk percentage contohnya 100%, 80% dan sebagainya. Bagaimana cara kiraan sekiranya kita ingin cagarkan Fixed Deposit? Contoh A:-

Bank A menawarkan 'Margin of Financing' untuk Fixed Deposit = 100%
Pelanggan A mempunyai nilai Fixed Deposit = RM30,000

Jadi, had kredit maksimum yang boleh dibiayai oleh Bank A sekiranya pelanggan A mencagarkan Fixed Depositnya bernilai RM30,000 ialah:

HAD Kredit Maksimum= 100% ('Margin of Financing') × RM30,000 (Fixed Deposit) = RM30,000

Untuk pemahaman lebih, andai kata Bank menawarkan 'Margin of Financing' = 95% , jadi 

HAD Kredit Maksimum = 95% ('Margin of Financing') × RM30,000 (Fixed Deposit) = RM28,500.

Berdasarkan contoh A tadi, Had Kredit Maksimum yang boleh diberi oleh pihak Bank kepada pelanggan A ialah RM30,000. Jumlah RM30,000 ini akan dikreditkan di dalam Akaun Semasa pelanggan A. Apakah ciri-ciri Akaun Semasa? Ya tentunya ada Cheque Book, Akaun Statement, Online Banking dan ATM card. Jadi melalui Akaun Semasa, Pelanggan A boleh menikmati kemudahan Overdraft ini dengan mudahnya.

Apa akan jadi pada Fixed Deposit? Ok ianya akan dicagarkan dan disimpan oleh pihak Bank. Sebagaimana yang kita tahu, setiap Fixed Deposit akan mempunyai 'returns'. Kebiasaannya ia mengikut produk spek Bank sama ada para pelanggan yang mencagarkan Fixed Depositnya untuk mendapatkan Overdraft dapat menikmati 'returns' yang dikreditkan terus dalam akaun simpanan atau 'returns' akan dimasukkan semula dalam Fixed Deposit tersebut. Ini tertakluk kepada tawaran Bank dan biasanya:-

1) 'Returns' boleh dikeluarkan = 95% 'Margin of Financing' untuk Overdraft
2) 'Returns' yang disimpan dan akan dikembalikan jika penyelesaian Overdraft dibuat = 100% 'Margin of Financing'

Berbalik semula kepada kemudahan Overdraft tadi, bagaimana caranya untuk membayar semula jumlah wang yang digunakan/dikeluarkan melalui Akaun Semasa? Kaedah bayaran yang dikenakan bukanlah seperti 'Term Loan' ya di mana kita dikenakan bayaran bulanan yang tetap. Sebaliknya kaedah pembayaran Overdraft adalah berdasarkan faedah (interest) yang dicaj ke atas amaun yang digunakan sahaja. Contoh termudah ialah seperti Kredit Kad. Sekiranya kita guna Kredit Kad, kita dikehendaki membayar interest disamping baki yang ada sekiranya mahu mengurangkan baki. Begitu juga Overdraft, kita diberi pilihan untuk membayar interest ke atas amaun yang dikenakan sahaja atau lebih untuk mengurangkan baki yang digunakan. 

Memiliki overdraft bukan sahaja dapat menyimpan di dalam Fixed Deposit ( pelanggan dapat menikmati 'returns') malah  kita dapat menguruskan kewangan/hutang kita dengan hanya membayar kadar faedah yang rendah. Jadi sebab inilah Overdraft seringkali  dikatakan sebagai 'standby cash' disamping memaksimumkan pelaburan kita terhadap i.e Fixed Deposit or Unit Trust.  

Ingat, berbelanjalah dengan bijak dan uruskan kewangan anda dengan berkhemah. 


Friday, 10 July 2015

Running 2015




Tahun ini merupakan tahun Running bagi akak. Melalui rekod untuk tahun-tahun lepas, tahun ini memang focus lebih dengan running. Nak kata dah kenapa tu tak tahula awatnya. Mungkin dah berjangkit dengan orang-orang yang suka running tu agaknya. Bukan untuk menunjuk tapi untuk berkongsi pengalaman. Memang pada mulanya agak susah untuk membiasakan diri untuk berjogging ni. Setakat lari 1.8km tu, bukan setakat nafas tersemput-semput, sakit macam-macam pun ada, lutut, peha, buku lali, perut, sakit bahagian rusuk semuanya ada. Tang nafas pun memang tercungap-cungap manjang, tak pernahnya nak maintain, heran akak macam mana orang lain jogging relaks sahaja siap boleh borak-borak lagi. Kompius kejap. Nak kata baca article pasal running, sudah! Beli majalah running marathon bagai pun sudah. Apa-apapun jogging tetap jogging, masuk running tetap masuk running. As at now 10 Running Event akak dah masuk tapi bukan jauh pun setakat 3km, 5km, 10km, 12km dan yang paling 15km (officially kata 15km tapi jarak sebenarnya 16km ok!).

MPIB Run 2015

Pengalaman menghabiskan larian sejauh 12km yang bermula di Padang Merbok memang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Segala bukit-bukit penyeksaan dan bukit-bukit penyesalan telah ku lalui, memang nak tercabut kepala lutut ni, dengan kurangnya latihan running memang kenalah sangatlah kan,  sakit betis dan peha 2-3 hari tuh. Kata Beginner, macam ni la rasanya, tapi memandangkan dah terkena penyakit berjangkit gila running ni, so redha ya.



RHB Half Marathon 2015

Namanya Half Marathon, tapi keberanian untuk lari 21km (half marathon) masih belum ada lagi, masih belum cukup latihan lagi. Kali ini pengalaman berlari di Bukit Jalil pula. Route agak ok, bukit tetap ada tapi tidaklah terseksa jiwa raga nak mendakinya macam di Padang Merbok tu. Kalau sebelum ni mulanya lari 9min per km tapi sekarang sudah improve sedikit, rekod tercatat 8:02min per km. Ok not bad at least ada improvement. Bukan nak catat rekod terbaik pun, cuma nak tahu rekod peribadi sejauh mana kemampuan akak ni berlari, run for fun katanya.


Malaysia Woman Marathon 2015

Kali ini nak menimba pengalaman berlari di sekitar Shah Alam. Malaysia Woman Marathon antara running yang paling best sekali. Happening giler dan route untuk 10km agak ok. Rekod pun dah bertambah baik, 7:38min per km. Happy sangat.


EMPTA Charity Run 2015

Punyalah nak penuhkan quota running, main register sahaja apa yang ada. Untuk EMPTA Charity Run ni, crowd agak kurang sedikit, tak happening langsung. Tapi apa-apa pun lari tetap lari dan larian kali ini sekali lagi di Padang Merbok. Daki lah lagi ya bukit-bukit penyeksaan dan bukit-bukit penyesalan tu.


Possible Run 2015

For a third week in a row, kami berlari lagi untuk 10km. Tempat yang sama di Padang Merbok. Tak banyak pengalaman yang boleh di sharekan sebab biasalah, kalau Padang Merbok memang akan ada bukit-bukit penyeksaan.



Unisel Fund Run 2015

Untuk bulan April memang tak banyak running event so larian kami terhenti setakat ini sahaja, Cuma ada satu yang menarik perhatian kami iaitu Unisel Fund Run 2015. Tengok macam ok tapi kali ini kami decide nak bawak anak-anak lari sekali. Bukan apa sebab event ni cuma di Shah Alam sahaja, so tak perlu nak bangun awal bersiap untuk running. Dan bila nak bawak budak-budak mestilah kena register paling dekat – 5km.

Lari anak a.k.a lari sambil bawak anak!

Milo Breakfast Run 2015

Setelah berehat hampir sebulan, baru ada satu lagi running event. Milo Breakfast Run ni memang hot! Memang semua orang ternanti-nanti, maklumlah kalau sebelum ni Milo sponsor untuk running event but now Milo sendiri yang buat Running event, sure lah meletops ok…sambil lari sambil minum Milo…siapa taknak kan.


Event Milo Breakfast Run ni memang happening giler dan kami register satu team as family untuk 3km. Cukuplah kan sebab nak spare perut nak minum Milo free banyak-banyak. Tak sama rasa Milo van ngan Milo yang biasa-biasa kita buat kat rumah tu tau…kalau tak percaya cuba try!




Great Eastern Colour My Heart Run 2015

Perjuangan diteruskan lagi dengan melibatkan diri dalam Great Eastern Colour My Heart Run 2015 pula. 12km bermula di Dataran Merdeka. Ok not bad, walaupun terpaksa mendaki bukit-bukit penyeksaan tu lagi. Hah nak tahu macam mana rupanya bukit tuh?


Mau tak pengsan dibuatnya. Bukan setakat jalan, nak angkat kaki nak melangkah pun dah tak larat.




TM Fan Run 2015

Cabaran diteruskan lagi dengan menambahkan jarak larian ke 15km. Kali ini route di Putrajaya pulak. Oklah tu kan, 3km-5km sudah. 10km-12km pun dah cuba beberapa kali so ini kali nak cuba jauh sikit. T-shirt memang best, memang semua orang tahu kalau lari TM Fan Run memang akan dapat t-shirt rimau ni. Pengalaman 10km pertama memang best sebab bila jumpa board 5km to go jek rasa masih belum penat lagi.


Tapi…hah ada tapinya ni…bila badan dah terbiasa dengan larian 10km-12km…. bila masuk sahaja 3km terakhir perghhh hanya tuhan sahaja yang tahu. Larian dah tak macam larian dah…memang walking sahajalah ya…dah macam zombie dalam The Walking Dead pun ada…gila wei..matahari dah semakin naik, panas gila ok! Udahla Putrajaya jalan raya jek memanjang, no pokok-pokok ni macam di Padang Merbok. Hah amik kau barulah teringat dekat bukit-bukit penyesalan tu…walaupun terseksa nak mendaki at least ada pokok-pokok hijau lagi…sejuk gak.



Rupa-rupanya, TM Fan Run untuk 15km ni hanyalah official di atas kertas sahaja…jarak sebenarnya adalah 16km ok! Wah dari nak lari 15km terus terlari 16km..terseksa jiwa raga tu blum kira lagi tuh…patutla masa lari tu macam ada perasaan apasal la tak sampai-sampai lagi…rasa dah jauh beno dah berjalan..heheheh bukan berlari ya…

Green Warrior Run 2015


Kali ini nak tukar route plak, nak cuba larian di Bukit Cahaya Shah Alam pulak. Nama pun Bukit Cahaya…memang berbukit-bukit jugakla. Tapi pengalaman baru ni agak menarik sebab pada hari kejadian kami terpaksa berlari dalam hujan. Cuaca hujan pulak ya. Penat tu takde la sangat cuma memandangkan dah lama tak buat consistent training agak terseksa jugak la nak menghabiskan larian.



Apa-apa pun running ni memang pengalaman yang menyeronokkan di samping sihat. Bak kata pepatah dari Gertud Pfister from the University of Copenhagen – “Fit, Fun and Forever Young” cewaaahhhh.  Nantikan entry larian seterusnya untuk musim lepas raya pula ya….tunggu.





Wednesday, 8 July 2015

2015



Tahun ini tahun yang agak mencabar bagi akak…..

Sebelum pemergian arwah bapa kesayangan, akak kerap juga berulang alik melawat arwah yang sedang sakit tenat. Memang tak sanggup rasanya nak melihat dia menanggung sakit, dan kalau nak ikutkan kata hati mahu sahaja bawa dia ke sini supaya dapat tengok hari-hari. Namun tuhan lebih menyayanginya, arwah telah pergi dan tak mungkin kembali lagi di dunia ini pada bulan Mac yang lalu. 

Arwah seorang bapa yang sangat cool, tenang tetapi tegas sepanjang hayatnya. Arwah memang tidak suka menyusahkan anak-anak dia, dan apa yang dia tahu dia cuma mahukan anak-anak dia ingat dia. Itupun sudah cukup memadai baginya, bukan mahu wang ringgit pun. Oh memang rindu serindu rindunya….hanya doa sahaja yang dapat dikirimkan, semoga rohmu tenang di sana….

Al Fatihah.


Semoga malam-malam terakhir dibulan Ramadhan ini kita mendapat keberkatan dan segala amalan kita diterima olehNya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...