Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Pejam celik, pejam celik seminggu sudah cuti sekolah. Apakah aktiviti anak anda semasa cuti sekolah yang panjang ini? Melancong? Shopping? Menghadiri program-program cuti sekolah atau duduk di rumah sahaja? Bagi yang kekeringan idea tidak tahu nak pergi mana tu, apa kata kita bawa anak-anak ke perpustakaan. Hah sekarang punya perpustakaan dah tak sama macam zaman kita dulu-dulu. Perpustakaan sekarang lebih canggih dan  menarik. Bagi yang tinggal di area Shah Alam bolehlah pergi ke Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam yang terletak di Seksyen 13.  Terdapat beberapa bahagian di dalam perpustakaan ini iaitu: Bahagian Kanak-Kanak - Zon Kreatif Tingkat G Bahagian Remaja - Zon Remaja Tingkat 1 Bahagian Dewasa - Zon Dewasa Tingkat 2-3 Bahagian Rujukan - Rujukan Tingkat 4 Apa yang menarik sekali apabila kita membawa kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun. Bukan apa, selain dari menanam minat suka membaca dari kecil, anak-anak juga dapat meluaskan lagi pengetahuan d