Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Sushi King

 Jom makan Sushi King….. Sushi King ni actually pertama kali bertapak di Malaysia pada tahun 1995, tapi inilah pertama kali bawak anak-anak makan kat sini…hehehehhe biasa beli sushi kat Jusco je…sebab kalau di beri pilihan di shopping kompleks mana sekalipun, sure la nak makan western kan tak pun fast food…takdenya budak2 nak makan sushi2  nih!!...hah meh Mama nak ajar makanan kesihatan ni!! Actually Sushi adalah makanan Jepun yang terdiri daripada beras vinegared yang dimasak dan digabungkan dengan bahan-bahan lain seperti ikan mentah atau makanan laut yang lain. Tapi kitorg biasa beli yang ada crabstick dan juga telur ikan...tu memang favorite Adik dan Kakak. Bahan-bahan lain tu dipanggil “Neta” dan bentuk persembahan sushi ni agak berbeza2. Jom menjamu selera di alam maya….   <Green Tea ni percuma>   <Pink Guava Yakult…Adik boleh minum air ni 2 gelas ok!! Nasib baik nutritional drinks….> Budak-budak selalunya kalau m

Juicing everyday…

Lama tak update pasal juicing… actually hari2 buat ok !! Lastweek lebih kepada fruit yogurt or Fruit smoothie…selang seli la sedikit bagi anak-anak seronok.  Nak buat macam mana? Beli je yogurt plain brand Nestle tu…then blend frozen banana together with strawberries…. Dan inilah hasilnya…rasa memang sebijik macam yogurt strawberry. Memandangkan plain yogurt dan tiada bahan gula langsung, jadi untuk menarik perhatian anak2 tu yang letak hirisan buah strawberries dan juga blueberries…. Minggu ini nak cuba combination yang baru pulak… Purple Energy Booster  - Purple Cabbage, Lemon, Apple, Mint leaves. Actually buat juicing ni memang kena creative….boleh combine fruits or vegetable mengikut citarasa masing-masing…terpulang macam mana. Hasilnya memang menakjubkan…rasa apatah lagi!! Eye Am Healthy Juice, rasa memang wow!! Bahan-bahannya Celery, Halia, Carrot, Cucumber dan Lemon. Inilah hasilnya….    

SYDNEY: MASCOT & CIRCULAR QUAY

Australia....atau benua Australia adalah negara ke-enam terbesar di dunia mengikut jumlah kawasan dan ianya mempunyai enam negeri iaitu..New South Wales (NSW), Queensland (QLD), South Australia (SA), Tasmania (TAS), Victoria (VIC) dan Western Australia (WA). Sebagai muqaddimah ni.....;) jom kali ni kita menjelajah ke Sydney, city yang terletak di NSW.... Sebenarnya, Sydney City ini sangat teratur dan sistem pengangkutan awamnya memang terbaik...daripada pengangkutan awam bas, CityRailtrains, monorel dan juga feri Sydney. Jadi kami sekeluarga memang langsung tidak mengalami masalah pengangkutan untuk mengakses tempat-tempat yang menjadi perhatian pelancong semasa di Sydney....heheheheh terasa kali ini nak membuat ayat penuh pulak..bahasa jiwa bangsa...cewwaahhh.... Ok...berbalik semula kepada Sydney tadi....macam biasa sebelum nak pergi kita mesti study sedikit sebanyak tentang tempat-tempat yang menarik wajib kita kunjungi, kenderaan awam apa yang hendak digunakan dan plan