Masanya telah
tiba, hari yang dinantikan oleh Kakak & Adik. Diorang ni la yang paling
excited sekali, “nak pergi Hong Kong Disneyland” katanya. Seminggu sebelum duk
hitung hari “berapa lagi nak pergi, berapa hari lagi nak pergi..”. Trip kali ni
kita pergi dengan Opah & Opah Chu naaa….so mode jalan santai.
Ticket flight
kami hari ni jam 7:10am menggunakan AirAsia dan perjalanan mengambil masa lebih
kurang 4hrs. 3 jam sebelum kami dah menaiki airport van ke LCCT (minggu-minggu
terakhir AirAsia beroperasi di LCCT). Setelah check in luggage beg, kitorang
bergerak ke surau LCCT untuk menunaikan solat subuh dan seterusnya masuk ke
gate berkenaan untuk tujuan perlepasan.
Budak yang excited nak pi Hong Kong.... |
Bersama Opah dan Opah Chu
|
Untuk reclaim luggage kena follow signboard “Baggage reclaim” di mana kita kena menaiki train untuk ke terminal satu lagi.
Hong Kong International Airport |
Selesai pemeriksaan kastam dan pengurusan baggage, masa untuk mencari ticket Octopus dan juga simcard untuk penggunaan internet.
Berdasarkan pembacaan dari blog-blog kita boleh dapatkan simcard tu di Level 7 di kedai 1010. Harganya HKD88 untuk unlimited internet data for 7days, sangat berbaloi sebab murah dan menjimatkan. So bolehler nak menggoogle map ke, update fb ke or instagram kanzz dan yang paling penting boleh ber whatapps.
Saya dah dapat!!! |
Next untuk dapatkan Octopus card. Mula-mula kitrg pi 7eleven untuk beli Octopus card nie, malangnya hanya Tourist Octopus Card sahaja yang dijual dan harganya sangat mahal. Terus akak blur sebab berdasarkan pembacaan blog dari blogger-blogger yang pernah sampai di sini, harga Octopus card cuma HKD150 (dengan deposit HKD50 yang boleh di refund). Apa lagi terus ke kaunter pertanyaan dan rupanya Octopus Card yang dimaksudkan tu actually ada dijual di MTR station. So uols kalau sampai jer di sini di arrival hall terus cari jalan keluar untuk ambil bus dan sebelum tu uols akan jumpa kaunter Train to city.
Nampak tak Train to City?? |
Di sini boleh beli Octopus card. Harga untuk dewasa = HKD150, kanak2 dan elderly = HKD70. Sila masuk dalam table budget uols ok. Berdasarkan penggunaan, better uols top-up siap2 HKD50 (allocate siap2 amount top-up tu ok!!).
Dari kaunter beli Octopus tu just follow signboard bus (Airport bus terminus) untuk perjalanan seterusnya.
Sila naik bus A21 ya... |
Bus yang kitorang gunakan ialah A21 untuk turun di Tsim Sha Tsui iaitu pit stop 13.
Dalam bus ada disediakan tempat luggage so kita takperlu bersusah payah angkut beg gedabak kat tempat duduk. Jadi senangler kalau nak duduk kat tingkat atas tu…hehehehe
Ada screen tv yang menunjukkan station-station yang bus tu akan lalu jadi kita boleh budget ler berapa lama lagi nak turun ok. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Sampai di pit stop 13, kitorang kena jalan skit ke hadapan lebih kurang 5minit gitu dan akan nampak Kowloon Masjid di sebelah kanan berdekatan dengan simpang 4 yang ada traffic light. Dari situ just lintas terus kehadapan lagi di mana sebelah kiri ada MTR station exit A2, bila nampak sahaja Standard Chartered hah sampai ler kita di Golden Crown Court. Di sini lah letaknya Hotel California (Hotel & booking via www.booking.com)
Silau plak signboard Standard Chartered tu. |
Hong Kong California
Hotel review: Kenapa Hotel California?
- Trip kali ni memandangkan kitorang ada budak2 & Opah2, strategic location sangat penting dan Hotel California (Golden Crown Court) nie dekat sangat sebenarnya dengan station MTR (tak sampai 1min). Lokasi sangat strategic betul2 tengah town, dekat Masjid (lintas jalan jer) and yang bestnya boleh jalan kaki 10-15minit kalau nak ke jeti ferry untuk ke Macau (China Ferry Terminal). Hah satu lagi boleh jalan kaki jer (10minit) untuk ke Avenue of Star.
- Hotel California ni bersih dan selesa walaupun agak sempit. For info, beg kena letak bawah katil dan kitorang sembahyang atas katil. Budak2 tak boleh nak berlari dalam bilik ya, sebab boleh berlaga bontot, so boleh imagine la dia punya sempit tu. Tapi memandangkan accommodation cost agak tinggi di Hong Kong nie jadi untuk 2 hari kitorang ok sahaja nak stay kat situ, sebab tujuan utama ialah nak spend seharian di luar and hotel hanya untuk tidur sahaja.
Note: Untuk kami berenam, kami booked 2 bilik - 1 room 2 queen bedded and another room 1 queen bedded. Jadi selesa la…takde la tidur berhimpit naaaa….
Naik lift tingkat
4 (main lobi Hotel California), Alhamdulillah hampir jam 2pm selesai pengurusan
check in kitorang terus letak beg and bagi budak2 & Opah2 rehat dalam bilik
sekejap coz Mama & Papa ada mission seterusnya iaitu nak pi beli tiket
murah di Ding Ding Travel….follow ok blogger2! Depa beli tiket murah I pun nak
beli tiket murah gak…so masuk dalam buku budget naaaa….
Macam mana nak
pergi Ding Ding Travel untuk beli entrance tiket murah di Hong Kong?
Actually Ding Ding Travel nie
terletak di Sino Centre (tingkat 14 – 1403B) berdekatan dengan Yau Ma Tei
station- exit A2.
Jadi kitorang dari California Hotel (Golden Crown Court) just ambil MTR di Tsim Sha Tsui exit A2 depan Kowloon Masjid untuk ke Yau Ma Tei station.
On the way.....ada Pitt Street gak kat Hong Kong ni..macam kat Sydney daaa.... |
Di station Yau Ma Tei exit A2, ambil kanan lebih kurang 4 mins walking sampai jumpa Sino Centre (ada huruf "S" tu hah).
Harga tiket yang di tawarkan serius agak murah berbanding dengan online ticketing. Sebab apa kitorang sanggup datang sini beli? yela gerabak keretapi kitorang agak panjang so kalau boleh memang nak save budget.
Nak tahu details DingDing Travel?
Pengurusan di Ding Ding Travel.... |
Selesai beli,
Papa ajak jalan kaki jek dari Sino Centre ke California Hotel, “takpe dekat jek
actually just jalan straight je tuh” pergh nak patah pinggang akak berjalan
balik hotel ok!!huaaaaaa baik naik MTR 10mins dah sampai…..takpela jauh
perjalanan luas permandangan…..
Hujan
rintik-rintik dah mula turun sebaik sampai di Hotel California. Jam dah
menunjukkan hampir pukul 4pm. Pikir-pikir balik takmau cramp kan jadual untuk 1st
day ni so kitorang decide untuk rehat makan and keluar semula jam 6pm.
Jadual hari
pertama ni ialah ke Avenue of Stars / Symphony Light. So Google info, turun di MTR
East Tsim Sha Tsui Station, Exit J. Actually kalau jalan kaki dari California
Hotel ke Avenue of Star dekat jek…lebih kurang 8mins walking sahaja.
Inilah Hong Kong.....nice view!!! |
Eh...boleh ada plak patung ni... |
Clock Tower.... |
Boleh nampak The Peak!!.... |
<At Avenue of Star>
Kami |
Tuan Blog.....erk |
Lebih kurang
sejam lebih kitorang lepak2 kat area Avenue of Star sambil bergambar dan
alang-alang dah sampai situ tunggu le show Symphony of Lights @ 8pm.
Sepanjang perjalanan banyak jumpa Chow Tai Fook nie….kaya betul owner ni…mana2 pergi sure ada Chow Tai Fook.
Chow Tai Fook!!! |
Actually area Hotel California nie banyak sebenarnya jual makanan halal….
Malam masih awal
lagi dan kalau ikut jadual nak pi Ladies Market, tapi memandangkan akak dah
menapak petang tadi dari Sino Centre ke Hotel California (jarak lebih kurang
2km ok!!)….postpone esok la ye…lagipun esok kena bangun awal nak kejar ferry ke
Macau plak kanz….so to be continued!!!adiosss....
Comments
Post a Comment