Skip to main content

KOREA: PART 3 JEJU TOUR


Jam 8:40 pagi kami dah kena berkumpul utk menjelajah Jeju Island (West course) by Yeha Tour untuk tahu lebih lanjut sila layari (http://www.yehatour.com/service/ServiceInformation/daytour.php?lang=eng&menu=01).   

Kitorg just bayar KRW69,000 untuk package tour ni sbb Yeha guest.. dapat diskaun –KRW10,000. Ni badge yang kitrg kena pakai masa naik bas.

 Hallim Park

First kitrg melawat Hallim Park…tapi tak sempat nak melawat semua dalam Hallim Park nie sbb besar sangat nak habiskan…


<gambar2 di Hallim Park>






 Tempat pelancongan yang paling terkenal di Hallim Park adalah Hyeopjaegul dan Ssangyonggul (double naga)…ade gua yang dikenali dengan dua dimensi  dengan dinding dan sekitar kelihatan seperti badan naga. Jenuh gak la kami duk perhati dinding gua nie adela skit2 rupa mcm badan naga…


<gambar dlm gua> 

Credit utk En Hubby yg mengajar saya teknik2 mengambil gambar secara “manual” menggunakan DSLR…..eheheheh tak payah pasang flash pun dan inilah hasilnya….


Satu lagi ade sculpture yang menarik dlm gua nie iaitu patung Dr Jin dgn mutiara merah (bead).. sejarah nya ala2 macam cerita “my girlfriend is a gumiho” kalau nak tahu lebih lanjut uols google la ek…



Permandangan yang sangat menarik dengan udara sejuk walaupun cuaca cerah…

















 Jeju Olle walking trail…

Selepas sejam lebih menghabiskan masa di Hallim Park, kami menuju ke Jeju Olle walking trails… ade 12 route from East to West yang bole mengambil masa berhari2 untuk berjalan mengelilingi pulau Jeju nie….tetapi Yeha tour nie cuma berhenti di salah satu route shj.. …



                                                          teruja ok sebaik shj turun dari bas….




Suweolbong Trekking part of salah satu route, antara route 10 or route 12 tak ingat dah sbb teruja sangat melihat laut biru yang cantik dengan cuaca yang cerah sambil ditiup sang bayu...





Sepanjang perjalanan melalui Suweolbong Trekking ni…kiri kanan dipenuhi dgn batu batan lava yg sgt menarik dgn tekstur yg berlapis2 dan berlubang2…


Tempat niela dipanggil Suweolbong…siap ade sejarahnya lagi yg dulunya dianggap “tears of the brother who cried for his sister”…...



Spirited Garden


Ok!! Masa untuk lunch.. Yeha tour bawak kitrg lunch di sebuah restaurant yg terletak di Spirited Garden..the world’s largest bonsai theme park!!...sejurus sampai dlm restaurant, perkara pertama yg dibuat ialah tanya staff kat situ satu persatu menu yg ade...maklumla makan buffet ni kena hati2 skit...so hari nie kitrg vegetarian diet jela…  bukan ape di Jeju nie sgt terkenal dgn Heuk Dwaeji (Black Pig)…Ms Jumi, our Yeha’s tourist guide asyikla duk promote makan benda alah nie…..sabo ajela ek…pening Mak Neng dibuatnya….



Memandangkan cuaca agak terik walaupun udara nyaman ala2 ade pasang aircond giteww (18°c-21°c)..…namun tekak nie terasa mcm nak makan aiskrim la plak..…Gee dari awal masuk restaurant tak abih2 nak cari aiskrim Green Tea dan Alhamdulillah ade ok aiskrim Green Tea…rasanya? Ok la ade rasa manis n pahit… but not my tastela..ahakss….

<Gee ngan aiskrim Green Tea>>

 I dgn Hidayah tak kurang juga berjaya mendapatkan aiskrim Mango ok!!....sedap tak terkata sampai lupa nak amik gambo…aiskrim Mango yg kitrg makan ni actually buah mangga betul yg diimport dari Filipina dan dicucuk dgn batang kayu, dibungkus seperti aiskrim paddle pop… dan di frozenkan…..boleh ekk??






<gambo dlm bonsai park>

<ni mcm wishing pond la..campak duit masuk dlm perut kura2 tu then make a wish….>



<patung Harubang sangat byk di Jeju Island nie….normally di pintu2 masuk> hasil drpd google info.. 

Mereka (dol hareubang) ni dianggap sebagai tuhan-tuhan yang menawarkan kedua-dua perlindungan dan kesuburan dan telah diletakkan di luar pintu untuk perlindungan terhadap syaitan perjalanan antara realiti.



Mt. Sanbang

Next adalah Mt Sanbang…..kalau kena pada musimnya permandangan di Mt Sanbang ni cantik, menurut Ms Jumi la….


<gambo mt Sanbang>
 perasaan masa amik gambo ni mcm berada di Gurun Kedah jer…..
beza tak?? Xdpt tgk real..paste gambo pun jadila ek….huhuhuhu




Di pinggir Mt Sanbang nie ade tokong..so group tour kitrg yg non Muslim tu naikla ke tokong tu utk sembahyang and amik berkat……kitrg just lepak bawah je..sambil bergambo ngan Ms Jumi dan menikmati permandangan persekitaran….

<gambo bersama Ms Jumi>

 



Credit utk sifu Mr Hubby lagi ek…yela semua gambo2 nie I amik manual ok!!  sblum nie petik auto shj..rupanya ambil manual lebih cantik menarik, tertarik dan mmg da boom!!….
 


Cheonjeyeon Falls



 Destinasi terakhir Yeha tour (West course) ni ialah samada Teddy Bear muzium or Cheonjeyeon Falls…ade dua pilihan..tapi kali ni ramai yg pilih Cheonjeyeon Falls….yela naik kapal terbang jauh2 bayar mahal2 takan nak tgk Teddy Bear kan?...hehehehe



 <gambo> cantik tak?? 





Bunyi deruan air yg deras dgn udara yg nyaman terasa mcm nak terjun mandi je…sgt bersih airnya…..hanya bole tengok dari jauh je ok!! Xde org mandi pun…kat sini kitrg terpaksa menapak turun naik tangga utk ke tempat ambil gambo…sblum nak sampai tu hanya tuhan shj yg tahu…..and ni la hasilnya…siap ade rainbow lagi!! Mmg puas hati..cukup puas hati btul…

<permandangan di puncak Cheonjeyeon Falls>


Utk sampai ke bus semula..kitrg kena merentasi jambatan sepanjang lebih kurang 100m dgn ketinggian lebih dari 200m..


 <Gee dgn berlatar belakangkan kincir angin>..


<gayat tak??> permandangan sgt cantik dari atas jambatan nie!!



<sempat gak snap gambo baby ni..geram tgk tangan & pipinya yg tembam..cer tgk mata dia..comelkan!!

--------------------------------------------------


Tepat jam 5:00pm selesai kitrg punya West course di Jeju island nie..…esok nak kena balik ke Seoul semula dah…memandangkan masih ade masa utk berjalan2 lg..kitrg pilih utk turun di Jeju old town sblum balik ke Yeha Guesthouse. Bus Yeha tour selamat turunkan kitrg di Bandar Jeju and utk balik ke Yeha Guesthouse, kitrg kena balik sendiri (dah siap tanya dah ngan Ms Jumi and rakan2 tour..kalau nak balik kena naik bus no.100)… ngeee…

<gambar town di Jeju>…




sempat jugak kitrg jalan2 di Jungang Underground Shopping Centre….rupanya di bawah tanah nie ade satu lg level ruang utk peniaga2 Jeju berniaga…boleh sesat dibuatnya!!..kitrg xjln jauh pun sbb kalau bole nak sampai guesthouse sblum gelap dan target nak makan seafood di area Yeha Guesthouse tuh…yummy yummy…


 <gambo persekitaran Bandar Jeju>

<berjalan menuju ke bus stop terdekat utk  naik bus no.100>



Nak dijadikan cerita…rupanya bus di Jeju nie bukan buat satu pusingan seperti bus2 di Malaysia…kita kena tahu ke mana destinasi kita and kena tahu nak tunggu di bus stop mana… samada seberang jln or sebaliknya..bukan main naik je ok!! (kitrg kononnya dgn harapan bus tu buat satu pusingan!!rupanya tidak!!)……..inilah pengalaman yg tak boleh dilupakan..yela driver bus tuh dah la serious…siap turunkan kitrg kat tepi jln tgh gelap yg dikelilingi oleh kawasan perumahan yg sunyi sepi..(seme dah tdo kot walaupun mlm masih muda,padahal baru je pukul 7:30pm)..……actually kami xbape nak paham En Driver tu ckp ape tapi bila tgk tangan nya yg duk tunjuk2 ke seberang jln punya bus stop..so kitrg anggap kena tunggu kat seberang jln la…..tunggu punya tunggu bus no.100 pun sampai…..alhamdulillah sampai jugak ke Yeha Guesthouse…naik bus no.100 btul dah tapi salah hala jalan daaa….trus xsempat nak makan seafood..huhuhuhu makan Maggie lg ok!!………



Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tanpa cagaran di mana kemudahan yang ditawarkan oleh pihak

Plaza GM Klang

Cuti hujung minggu kalau tak keluar rumah sure tak sah...paling tidak Giant, Tesco, Jusco tak pun jalan pusing tasik Shah Alam....tu jek  la aktiviti hujung minggu...tapi kali nie terasa nak explore jauh sikit...tu dia kat Bukit Tinggi, Klang....Plaza GM. Kalau sebelum ni ada gak la pi Plaza GM kat Chowkit..yang parkingnya kereta kena naik lift...gila ok!! first time ever bawak kereta masuk naik lift....apa yang bezanya dengan Plaza GM Klang nie? Hah ianya lebih besar dan baru...selesa lah kalau nak bawak budak-budak. Actually Plaza GM Klang ni dulunya satu tingkat jer... Plaza GM yang baru ni terletak berhampiran sahaja dengan yang lama tu...lebih besar dan mempunyai parking yang banyak. Kalau pergi Klang menggunakan KESAS Highway sangat mudah, dari jauh lagi dah nampak Plaza GM ni...terletak dekat je dengan Jusco Bukit Tinggi tu.... Ruang kedai dalam Plaza GM ni agak teratur dan setiap tingkat dilengkapi dengan kemudahan lift, escalator dan juga toilet.  Setiap

Plants vs Zombies

Pernah dengar or pernah main game ni? heheheh ni memang favorite game kita ok!!...kalau berasaskan Zombie memang kita suka!! cakap jek filem zombie semuanya memang kita layan, The Walking Dead? Warm Bodies? I Am Legend?, Resident Evil 1 - Resident Evil 6? last but not least Zombie Kampung Pisang walaupun tak se-ngeri citer omputeh tetap kita layan gak....;) Apa yang bestnya game nie? erm nama pun game kan...for sure la mengasah bakat kita dalam mengatur strategy macam mana nak protect dari zombie tu masuk rumah menggunakan plants...hehheeh bila dah start memang takleh nak berhenti ok!....kalau dulu lepas pantang memang layan game nie jek...  Season kali ni baru dapat Silver, nampak tak sunflower belah kiri tuh? hah last round masa pantang dah dapat Gold dah...ni baru nak repeat balik hehehehe tetiba ntah kenapa 3 hari lepas tangan ni gatai ter"click" kat game nie masa nak buat pembersihan laptop nie..hah jadinya terus la  TER "addicted" plak....tak p