Skip to main content

Gold Coast – Sydney 1: Departure & Arrival / Harbour Town


Masanya telah tiba!! Budak2 so excited nak bercuti di Gold Coast….6 Dec 2013 - tepat jam 5:30pm kami bertujuh bertolak ke LCCT Sepang dengan menaiki Airport Limo…suspense, berdebar, over-excited pun ada, semoga dipermudahkan-Nya dan perjalanan kami berjalan lancar.

Awal-awal lagi dah buat web check-in dan kali nie memandangkan waktu berlepas jam 9:40pm jadi tak perlula nak order makanan, naik jek kapal terbang korang tidur la ek!!….esok pun sampai awal pagi jam 7:50am waktu Oz…so cepat 2jam kira waktu Mesia 5:50am….kesimpulannya takpayah order makan…perut pun takmo terima makanan masa tuh…eheheheh jimat duit akak!!

Apa2 pun alas perut dulu kasi kenyang....


Adik Qila tidur tak ingat!! 


Antara barang-barang yang kami bawa untuk bekalan di Gold Coast ialah:-
  1. Baby wipes
  2. Biscuit
  3. Milo Fuze / Nescafe
  4. Maggie 
  5. Roti Krim – for 1st day
  6. Perencah nasi goreng 
  7. Brahim’s (Kari Daging & Kari Ayam )
  8. Brahim’s Sambal sauce 
  9. Perencah TomYam / Maggi
  10. Sabun Taharah


Memandangkan pemeriksaan masuk ke Australia agak ketat, untuk maklumat lanjut yang mana barang kita bawak kena declare or tidak better uols refer di sini (http://www.daff.gov.au/biosecurity/travel/cant-take

Tips: Declare semua barang yang kita bawak follow website kat atas tu…declare jangan tak declare untuk selamat!! I declared “Sustagen Infant formula, Brahim’s commercially prepared food, Maggi (instant noodles), Nestle 3in1, Biscuits, basic medical supplies for kids”

 Lebih kurang jam 2 pagi waktu Mesia….langit dah pun semakin cerah…kira-kira 3 jam lagi kot nak sampai!!


Tepat jam 7:50am kami tiba di Gold Coast Airport or Coolangatta Airport (5:50 pagi waktu Mesia)….ni la muka2 org yang excited…semoga dipermudahkan-Nya dan pengurusan kastam kami berjalan lancar….


Actually Coolangatta airport ni tidak la besar sangat dan pemeriksaan kastam nya agak sekejap berbanding di Sydney airport….sebelum nak beratur keluar ada la beberapa pegawai kastam yang akan approached kita untuk tanya apa barang yang kita bawa…..jeng jeng jeng…..alhamdulillah walaupun beg berat giler dengan makanan n periuk nasi…..lepas ok!!! Sebab I declared seperti yang kat atas tuh… pegawai kastam tu cuma tanya  “no fresh food? No mushroom?” …I said “ no sir!!” hehehehe betul la kan…I mana ada bawak fresh food or mushroom…yang penting follow seperti website di atas tu…ingat declare apa sahaja ok!!.

Alhamdulillah telah selamat check-out..tak sampai sejam pun kat kastam tu….so jom kita tengok terminal map Gold Coast Airport…..


Untuk ke Surfers Paradise menggunakan public transport dari Gold Coast Airport kena ambil bus 702. Dari international baggage collection and international arrivals kena melalui main entrance dan all buses ada di sebelah kanan (nampak tak nombor 22?)

Sebelum tu…jangan lupa beli Go Card (ala2 Touch n Go Mesia) di kaunter GC Tourist shuttle desk. Child 5-14years kena beli tiket travel ok…...so adik bole travel free…yeay!! GC Tourist shuttle desk ni menawarkan services:
  • Buy a go card
  • Buy a SEEQ card
  • Get a Visitor Information Pack
  • Top up
  • Register
  • Get a refund
  • Change expiry date

So kitrg beli and top-up dengan budget $50 seorang untuk guna 5 hari di Gold Coast….kalau ada lebih boleh dapat refund semula di kaunter yang sama….dari $50 dollar nie, deposit $10 so value for money yang kita bole guna ialah $40. Tapi apa yang bestnya kad ni ialah kalau kita terlebih guna, value kad akan jadi negative dan kita bole top-up anytime janji sebelum nak pulangkan kad untuk dapatkan refund….so kalau kita tak sempat nak top-up still boleh guna untuk ke mana-mana sahaja….bagus kan! Based on trust!! I like!!

<Bus 702>


Perjalanan dari Coolangatta airport ke Surfers Paradise mengambil masa lebih kurang 45 mins….apa yang bestnya…bus 702 ni berhenti betul-betul depan Circle on Cavill. 


Bus stop nie berdekatan dengan Appel Park dan bersebelahan dengan Vibe Hotel. So kitrg cuma kena lintas jalan je… ok dah sampai apartment yeay!!! Dengan berangkut beg yang besar gedabak tu…hehehehe Alhamdulillah…so korang apa lagi…kalau nak stay ramai kat Gold Coast nie better book apartment Circle on Cavill nie di (http://www.holidayholiday.com.au/circle-on-cavill/apartments). 


Turun di Surfers Paradise. mission seterusnya ialah cari Chevron Renaissance Shopping Centre, Level 1, di mana terletaknya Holiday Holiday office untuk pengurusan check-in. Actually dari bus stop tu kalau kita lintas untuk ke Circle on Cavill, Chevron Renaissance tu di sebelah kiri je…2 minit je jalan…


 <pengurusan check in>

Alhamdulillah boleh check in awal!! So dalam jam 10:30am kitrg start nak gerak ke Harbourtown…jalan-jalan santai sebab baru first day….


 <sekitar apartment>

Amacam?? 

1st day di Gold Coast, itinerary pertama selepas check-in ialah pergi ke Harbour Town dengan tema kali ni “lite & easy” pastu “shop till you drop!!”…yeay boleh cuci mata…..mana-mana yang berkenan tu boleh la grab…hehehehe tapi kena jimat sebab kat Sydney pun nanti kitrg akan pergi ke Birkenhead Point Outlet Centre….
Macam mana nak pergi ke Harbour Town guna public transport?



  • Dari Surfers Paradise untuk ke Harbourtown boleh naik bus 703/709 di Appel Park tempat kitrg turun bus dari airport tadi. Perjalanan mengambil masa 20mins sahaja. Just bagitau sahaja dengan bus driver tu nak turun di Harbourtown.
  • Turun di pit stop ke-enam iaitu Harbour Town Shopping Centre.

Masa tunggu bus ni adala jumpa org kita yang bercuti kat sini…..


Tadaaaa dah sampai!! 




Cuaca pada hari ni agak terik tapi kalau nak bandingkan dengan Malaysia bisa berpeluh ok…kat sini udara sejuk dan kering…so takde la berpeluh…. Memandangkan trip kali nie bukan nak bershopping sakan pun, just nak tengok apa yang menarik jek..…hehheheh harga memang murahla berbanding kat Malaysia kalau convert….


Jam pun sudah menunjukkan hampir pukul 12pm...dan hari ni baru 1st day kanzzz so belum sempat lagi nak shopping groceries untuk masak….hah Nandos jela yang menjadi pilihan di Harbour Town ni untuk lunch….bila sampai kat kaunter…dan dan tu la staff kat situ bagi salam…actually kat sini pun kitrg ada jumpa ramai Malaysian….eheheheh ramai sebenarnya org kita nie bercuti kat Gold Coast….




Perut dah isi, so next kitrg pusing2 satu Harbour Town tu…Apa yang ada di Harbour Town nie? I list down yang mana I familiar jek ekkk sebenarnya banyak lagi beb tu pun rasa ada yang ter missed tu……
  • Asics
  • Billabong
  • Canterbury Outlet
  • Coach Factory Outlet
  • Cotton On / Cotton On Body / Cotton On Kids 
  • Crabtree & Evelyn Outlet
  • Crocs
  • Fila
  • Fossil
  • Hugo Boss Outlet
  • KooGa
  • Lacoste Outlet
  • Lee Wrangler
  • Levi’s
  • Lonsdale London Outlet
  • New Balance Outlet
  • Nike Outlet
  • Polo Ralph Lauren
  • Reebok
  • Ripcurl Outlet
  • Seed Outlet
  • Skecthers
  • The North Face
  • Tommy Hilfiger
  • Uih…banyak ler…tak larat nak taip!!!










 Agak-agak dalam jam 4:30pm kitrg pun gerak balik….next jadual ialah nak beli groceries di Woolworths plak…heheheheh tak jauh ok..betul2 di bawah apartment yang kitrg sewa tu….best!!! 




Jadi siapa-siapa yang nak bawa rombongan cik Kiah ke Gold Coast ni better amik je apartment yang macam kitrg ni sewa…untuk 5 hari 4 malam cuma $686 sahaja untuk kami bertujuh….view dia memang superb!! Tempat sangat strategic sebab dekat je dengan bus stop untuk pergi ke mana-mana…bukan itu sahaja bawah apartment jek ada Woolworths untuk korang bershopping sakan groceries….antara barang yang murah ialah fresh milk dia…sedap ok!! Harga cuma $3 jek…kitorang beli beras Jasmine cuma $8 sahaja untuk 5kg…telur, vegetable oil dan fruits..strawberries murah cuma $3 sahaja sekotak…hehehehe……dan yang paling penting nak makan sangat senang cuma jalan kaki sahaja…hah just lintas jalan menghala ke seaview tu jek ada bermacam-macam kedai termasuk Oporto dan juga kedai Kebab halal….









Dinner malam tu kitrg makan nasi & Brahim’s kari daging…nyum nyum!!….esok pagi2 dah nak bertolak ke Brisbane plak…sebelum tu nak singgah di Carrara Market….hehehehe…kita layan view malam dari Circle on Cavill…adios…



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tanpa cagaran di mana kemudahan yang ditawarkan oleh pihak

Plaza GM Klang

Cuti hujung minggu kalau tak keluar rumah sure tak sah...paling tidak Giant, Tesco, Jusco tak pun jalan pusing tasik Shah Alam....tu jek  la aktiviti hujung minggu...tapi kali nie terasa nak explore jauh sikit...tu dia kat Bukit Tinggi, Klang....Plaza GM. Kalau sebelum ni ada gak la pi Plaza GM kat Chowkit..yang parkingnya kereta kena naik lift...gila ok!! first time ever bawak kereta masuk naik lift....apa yang bezanya dengan Plaza GM Klang nie? Hah ianya lebih besar dan baru...selesa lah kalau nak bawak budak-budak. Actually Plaza GM Klang ni dulunya satu tingkat jer... Plaza GM yang baru ni terletak berhampiran sahaja dengan yang lama tu...lebih besar dan mempunyai parking yang banyak. Kalau pergi Klang menggunakan KESAS Highway sangat mudah, dari jauh lagi dah nampak Plaza GM ni...terletak dekat je dengan Jusco Bukit Tinggi tu.... Ruang kedai dalam Plaza GM ni agak teratur dan setiap tingkat dilengkapi dengan kemudahan lift, escalator dan juga toilet.  Setiap

Plants vs Zombies

Pernah dengar or pernah main game ni? heheheh ni memang favorite game kita ok!!...kalau berasaskan Zombie memang kita suka!! cakap jek filem zombie semuanya memang kita layan, The Walking Dead? Warm Bodies? I Am Legend?, Resident Evil 1 - Resident Evil 6? last but not least Zombie Kampung Pisang walaupun tak se-ngeri citer omputeh tetap kita layan gak....;) Apa yang bestnya game nie? erm nama pun game kan...for sure la mengasah bakat kita dalam mengatur strategy macam mana nak protect dari zombie tu masuk rumah menggunakan plants...hehheeh bila dah start memang takleh nak berhenti ok!....kalau dulu lepas pantang memang layan game nie jek...  Season kali ni baru dapat Silver, nampak tak sunflower belah kiri tuh? hah last round masa pantang dah dapat Gold dah...ni baru nak repeat balik hehehehe tetiba ntah kenapa 3 hari lepas tangan ni gatai ter"click" kat game nie masa nak buat pembersihan laptop nie..hah jadinya terus la  TER "addicted" plak....tak p