Untuk entry trip ke Medan kali nie tak
banyak yang boleh di share kan….normally kalau trip ke Indonesia, memang kitrg
akan guna travel agent sebab tak berani nak jalan sendiri beb….unless korang
punya tahap keberanian memang tahap maksima ala2 gaban!!
Asalnya nak pergi berenam tapi memandangkan
terdapat kesulitan yang tak dapat dielakkan, jadi tinggal la berdua jek yang
jadi pergi….so hang tengok aku…aku tengok hang….muahahahahha. Ticket flight
macam biasa beli AirAsia promotion ticket - free seat masa tahun lepas jadi
dapatla RM100 return ticket untuk trip kali nie…4D3N so dapatla 3 full days
untuk spend masa di Medan…memang cukup sangat.
Actually Medan ni tempat untuk relaxing,
view cantik tapi kalau tempat-tempat tarikan ni dinaik tarafkan lagi sure
meletops….my personal opinion macam tak sesuai kalau nak bawak budak2…hah sib
baik trip kali ni budak2 tinggal so tak la ralat sangat…..
Back
to our journey, trip kali ni kitrg ambil pakej murah online jek… melalui
website nie hah http://www.marimari.com/tour/indonesia/medan.html,
ok la…janji ada Pak Supir, cover makan dan hotel nya selesa…settled!!
Pagi2 lagi kitrg dah bertolak ke LCCT untuk ke Medan….actually flight jam 7:40am so dalam plan memang ada amik order breakfast dalam flight…..pastu boleh plak lupa nak check travelling hours…rupa2nya kejap jek ok KL to Medan cuma 45mins….mana la akak tau kanzzzz…baru jer naik flight, dapat breakfast terus dengar announcement nak mendarat dah…mak ai……sib baik tak tercekik di buatnya…..so moral kalau uols nak pi Medan…takyah order2 makan nie…..
Selamat
mendarat di Kualanamu International Airport Medan….baru dan besar….
Pak Apri, dia ni Kristian, tapi fasih berbahasa…baik dan menghormati kita as a Muslim…
Destinasi pertama kitorg ialah check in terus di Parapat Lake Toba….perjalanan mengambil masa hampir 2 jam ok…sib baik naik Kijang….luas dan selesa….boleh naik kematu bontot ok!!....tapi takpe…jauh perjalanan luas permandangan…..sepanjang perjalanan ada la lalu Kampung Lemang kalau tak silap….memang ramai org Melayu yang duduk situ….dan diorg memang pakar buat lemang….ni menurut cerita Pak Apri la….peramah ok orang nya…sepanjang perjalanan…ada jek cerita dia…
Memandangkan
perjalanan sangat smooth, Pak Apri budget untuk berhenti makan tengahari di
Parapat…kitrg ikut ajer..malas nak komen lebih2 sebab bukan kitrg tau pun
kanzz…hehehehe
Seperti blog2 lain yang cerita pasal trip ke Medan nie….kitrg juga singgah di Patent Shop…agaknya ni memang tempat wajib untuk tourist kot….so support je la kanz…beli la skit2 untuk dijadikan ole2 from Medan…..specialty Paten Shop nie actually jajan yang diperbuat daripada kacang….eh korang tau ke “jajan” tu apa? Hahahahah so pelbagai jenama yang boleh didapati di sini…Tang Tang, TungTung, Teng Teng, Tang Tang, Pong Pong, Pang Pang, Ping Pang…..heheheh semuanya dari kacang…
Ok masa untuk lunch!!….untuk lunch kali nie Pak Apri bawa kitrg ke Rumah Makan Beringin Indah 2. Menunya lemak pucuk ubi, gulai nangka, ada sambal tempeh, bergedil, tauhu, sambal dan ayam goreng….ok not bad!!....kenyang perut senang hati!!!....
Perjalanan diteruskan lagi…waaaaa….belum sampai lagi ok!!!....dalam perjalanan melalui Permatang Siantar kalau tak silap….ada banyak papan-papan bunga ucapan tahniah di tepi jalan….
Menurut Pak Apri, kebiasaanya di Medan kalau ada majlis kahwin, normally orang2 Medan akan ucapkan tahniah dengan menempah papan-papan bunga ni untuk dipamerkan di sepanjang jalan….kalau makin kaya orang tu… makan besar papan nya…dan makin banyak ler bunga nya….dan semua yang besar2 la….ooooo macam tu rupanya….
Hotel untuk malam pertama di Medan nie ialah di Parapat…Patra Jasa Lake Resort…. Memandangkan masa banyak lagi Pak Apri suggest untuk check in hotel dulu, solat, rest then petang2 skit baru keluar pekan then boleh dinner….we all follow jek….trip memang santai giler….lagi pun penat ok travel 2 jam dengan jalan yang berpusing2….huhuhuhuh
Petangnya…kitrg jalan santai di sekitar hotel dan tangkap gambar…view memang cantik dan sangat relaxing……
seperti yang telah dijadualkan, Pak Apri bawak keluar pusing2 pekan Toba plak….actually pekan Toba nie kecik jek……kitrg berhenti di Simpang Tiga Raja kalau tak silap….situ ada banyak kedai2 souvenir dan baju….menurut Pak Apri, kalau kita pandai menawar boleh dapat harga murah compare to kedai souvenir di Kampung Tomok…tengok nasib ler katanya…..
Kalau ada budak2 ni sure meriah.... |
Akak
kedai ni pun Kristian….actually boleh dikatakan 80% kot penduduk Lake Toba ni
beragama Kristian.....kalau tak silap setiap 50 meter akan ada satu gereja…..so bila settled tawar menawar dengan akak ni dapat le beberapa helai baju untuk dijadikan souvenir!!alhamdulillah selesai perjalanan kami untuk hari nie....malam
semakin hampir….untuk dinner, Pak Apri cuma arrange dengan pihak hotel jek……kita sambung esok naaaa untuk Medan Day 2....hehehehe
Comments
Post a Comment