Australia....atau
benua Australia adalah negara ke-enam terbesar di dunia mengikut jumlah kawasan
dan ianya mempunyai enam negeri iaitu..New South Wales (NSW), Queensland (QLD),
South Australia (SA), Tasmania (TAS), Victoria (VIC) dan Western Australia
(WA). Sebagai muqaddimah ni.....;) jom kali ni kita menjelajah ke Sydney, city
yang terletak di NSW....
Sebenarnya,
Sydney City ini sangat teratur dan sistem pengangkutan awamnya memang
terbaik...daripada pengangkutan awam bas, CityRailtrains, monorel dan juga feri
Sydney. Jadi kami sekeluarga memang langsung tidak mengalami masalah
pengangkutan untuk mengakses tempat-tempat yang menjadi perhatian pelancong
semasa di Sydney....heheheheh terasa kali ini nak membuat ayat penuh
pulak..bahasa jiwa bangsa...cewwaahhh....
Ok...berbalik semula kepada Sydney tadi....macam biasa sebelum nak pergi kita mesti study sedikit sebanyak tentang tempat-tempat yang menarik wajib kita kunjungi, kenderaan awam apa yang hendak digunakan dan plan itinerary….jadi takdela hilang arah tujuan bila dah sampai nanti..bukan itu sahaja…silap-silap asyik buang masa nak study peta di mana dan bagaimana.
Disebabkan system pengangkutan yang tersangat la gempak di Sydney....jadi kami mengambil keputusan untuk membeli MyMulti kad...
MyMulti3 (2 adults + 1 child = $60x2 + $32.50)
Macam mana bole tahu? Sila study di sini -Ã http://www.131500.com.au/tickets/fares dan pilih la nak kad MyMulti yang macam mana, mengikut jarak dan jadual perjalanan masing-masing dan jangkamasa yang diperlukan untuk menggunakan MyMulti ni ok!!
Kenapa MyMulty3 menjadi pilihan kami? Sebab kad ni boleh cover perjalanan yang agak jauh sedikit termasuk Blue Mountain yang kitorang nak pergi. Bukan itu sahaja, trip kali ni mengambil masa selama 9 hari which is agak lama so better ambil weekly pass. Dan yang paling best MyMulti3 ni cover semua public transport yang ada di Sydney City i.e bus, CityRailtrains, monorel dan juga feri Sydney. Ok transportation dah study…weather? Hah masa kitorang pergi ni akhir bulan April –awal May…jadi cuaca di Sydney agak sejuk dan nyaman…Autumn…walaupun matahari terik tapi udara nya sejuk lebih kurang 18°-24°c…so kalau anak-anak nak berjalan agak selesa…
Visa? Hah kena apply siap2 sebelum travel…. boleh study kat sini.. http://www.immi.gov.au/ , segala Do’s and Don’t ada di sini…silalah patuhi!!
Seperti biasa AirAsia menjadi pilihan..sebab apa? Murah berbanding yang lain…kononnya nak naik MAS….4 orang tambang untuk return flight RM10K+…pergh mahal tu..terus tak jadi…AirAsia tambang walaupun kena tambah itu ini siap makan n luggage baru RM4K (2adult n 2 child)….hehehhe kan dah save untuk shopping….;)
Sampai sahaja di Sydney International Airport pada jam 9:40am, kami terus keluar dan cari pick-up area 15minute free….
tunggu Pak Uda ambil….tak aci ek tempat tinggal free!!! Di mana tu?
Mascot
Mascot adalah pinggir bandar di selatan-timur Sydney, di negeri New South Wales, Australia. Ia terletak 7 kilometer selatan Sydney iaitu pusat perniagaan dan pusat pentadbiran Bandar Botany Bay. Hah…Mascot ni actually tersangatla dekat dengan Sydney International Airport…lebih kurang 20 minutes jalan santai dengan kereta. Bukan itu sahaja, dari Mascot perjalanan untuk ke Sydney juga sangat dekat dan mudah…jadi tidak hairanlah kalau kami sekeluarga menggunakan public transport sepenuhnya untuk meng”explore” Sydney City.
Sekitar Mascot dekat dengan rumah Mak Uda
<sekitar Mascot>
Berbalik semula kepada perjalanan kami yang baru sampai dari airport…..Pak Uda terus bawa kami ke Woolworths, Eastlakes untuk membeli groceries…sebab trip kali ni tak study langsung pasal makan di mana….jadi bawak bekal menjadi pilihan….heheheheh jimat banyak ok!!
<hai rindu Mak Uda ke tuh?? >
Dengan membeli satu trolley penuh groceries cuma $50 sahaja ….tak macam kat Mesia…satu trolley sure RM300++ kalau ade pampers & susu mau RM500++ satu trolley (for family 2+2child)…..huhuhuh rasa macam nak migrate je plak….apa-apapun”hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri”…takmo la..setakat pi holiday boleh la kot…heheheh
<halal butcher>
daging kat sini sekilo $9.99, sosej 1kg hanya $7.99 (sosej nya agak besar dan banyak tuh!!> tolong jangan convert ok…hhehheheh kat Mesia daging batang pinang pun lebih kurang RM26-RM27 sekilo……adusss
<fish market> fish agak mahal ok….kenapa? cari le jawapan sendiri..heheheh
Selesai shopping groceries…memandangkan hari masih awal lagi so kitorang nak jalan santai ke Sydney menggunakan MyMulti3 pass sebagai persediaan untuk esok…nak biasakan dengan station mana nak turun bus stop mana nak tunggu bus dan etc…
Bus untuk ke Sydney City dari Mascot no. 309 atau 310….turun di station terakhir iaitu di Circular Quay….
Kitorang activate kad MyMulti ni masa sampai di Circular Quay…guna ferry ke Tarongga Zoo di wharf 2…
<Ferry wharf 2>
<jangan terkejut…disekitar Circular Quay normally akan ada persembahan “aborigin”>
Disebabkan kami activate selepas pukul 3pm jadi weekly pass 7 hari dikira bermula keesokkan hari nya…jadi sedang elok ler ngam ngam dengan itinerary kitorang…Alhamdulillah….last day tak di kira sebab flight pun pagi…hehehhe cun
<antara gambar2 yang sempat diambil sepanjang perjalanan dengan ferry ke Tarongga Zoo>
Sydney Opera House terletak di Bennelong Point, the most recognised Sydney landmark dan merupakan UNESCO World Heritage Site in 2007.
<Tarongga Zoo wharf>
Sempat bergambar sahaja di depan Tarongga Zoo…masa ni jam dah menunjukkan 3:45 petang…zoo pun dah nak tutup…amik syarat bergambar depan zoo… Autumn di Sydney waktu agak singkat…pukul 5petang dah nak gelap 5:30ptg dah Maghrib so bole bayangkan la kalau pukul 6 lebih tu …macam Isya’ kat Mesia la….waktu malam panjang….
Tarongga Zoo memang tak masuk dalam itinerary kami sebab dah ambil package:-
1. 5 in 1 combo untuk 5 Sydney attractions…(Wildlife, Sealife, Madame Tussaud, Manly Wildlife Sanctuary dan The Sydney Tower Eye)
2. Blue Mountain Trolley Tours
3. Featherdale Park
So 2 wildlife dah cover + Featherdale Park lagi…cukup2 la tu nak tengok animal ye anak2…Mama nak slotkan untuk yang lain pulak!!!
Sekembali dari Tarongga Zoo, kami berjalan di sekitar Circular Quay dan juga Macquarie Place park.
GoogleMap...nampak tak Circular Quay? Dekat je dengan Macquarie Place Park
Macquarie Place adalah sebuah taman kecil segi tiga di pusat bandar Sydney, Australia yang terletak di sudut Bridge Street dan Loftus Street. Di sini ada anchor First Fleet, HMS Sirius, bersama-sama dengan meriam daripada kapal.
The Macquarie Obelisk
Thomas Sutcliffe Mort (23 Disember 1816 - 9 Mei 1878) adalah seorang usahawan Australia atau dikenali sebagai "dermawan besar kelas-kelas pekerja" dan tugu ni sempena peringatan untuk menunjukkan rasa hormat orang-orang yang bekerja di Sydney.
Tugu ni sebagai pemperingati penglibatan Australia dalam Perang Dunia Kedua.Hampir satu juta warga Australia, kedua-dua lelaki dan wanita, berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua. Mereka berjuang dalam kempen menentang Jerman dan Itali di Eropah, Mediterranean dan Afrika Utara, serta menentang Jepun di Asia Tenggara dan bahagian lain di Pasifik.
<di hadapan Muzium of Sydney>
<disekitar building ada banyak gak burung ni…namanya idakle teman tahu….adik memang suka kejar burung nie>
Pandangan Institut Rawson untuk Pelaut, dahulunya Gereja Mariner, di The Rocks yang terletak di Circular Quay West.
<hari mula gelap…sempat gak snap beberapa gambar dan kitorang naik semula bus 309/310 di bus stop berhampiran dengan Circular Quay tempat turun tadi> Adiosss!!!
Comments
Post a Comment