Skip to main content

KOREA: PART 1


Tepat jam 7:30am (17 Sept 2012) lagi kitrg dah berada di LCCT utk memulakan perjalanan yg mendebarkan…heheheh yela semuanya arrange sendiri dari ticket flight, tempat penginapan sehinggalah urusan perjalanan (public transport) dan perbelanjaan mengikut itinery berdasarkan bacaan dari blog2 yang ade….kononnya backpackers la ni…tapi awal2 lagi dah kantoi bwk beg over limit…dah kena top up tambah kg masa nak check in…..bukan ape tau..kitrg bawak bekal utk seminggu punya bekalan...nak jimat banyak punya pasal!!!…..

Alhamdulillah tepat jam 4:20pm waktu di Korea, kami selamat mendarat di Incheon Airport…terus on network handphone cari SK Telecom utk hubungi keluarga terdekat sambil mengupdate yg kitrg dah selamat sampai…….kini bermulala hari pertama kami di Seoul yg agak huru hara sedikit sbb baru first time sampai tanpa tourist guide lagi tau…….first thing kitrg cari AREX sbb nak naik train and interchange MRT di Gongdeok station…. Utk naik MRT kitrg beli T-Money and siap top-up additional KRW30,000 budget utk penggunaan seminggu…

From Incheon Airport(AREX Express Train) - Gongdeok Station (Transfer to line 6 subway) – untuk ke Noksapyeong Station( Exit 3)..

Ni address yg kami tuju utk check in mlm nie… INES INN, Itaewon (17, Noksapyeong-daero 40da-gil, Yongsangu, SEOUL)…..tq Malaysian Guesthouse sbb menawarkan harga yg sangat perpatutan!!!

INES INN




Sebelum nak sampai INES INN ni hanya tuhan shj yang tahu…kitrg kena menapak naik bukit yg sangat curam dgn bertemankan lampu neon yg malap2 sambil meredah hujan renyai2….nasib baik print address sambil tu bole tunjuk2 dekat org yg lalu lalang utk guide…sehinggala kami terjumpa ade sorang mamat ni…..…dgn baik hatinya mamat ni terus taip address then on GPS dlm hp dia and trus bwk kitrg menapak naik bukit lagi!!!....sampai senak perut akak dibuatnya!! 



inilah bukit2 yg kitrg daki semalam sblum check in


kawasan persekitaran di INES INN 





Nextday, pagi2 lagi kami dah mula keluar..kali nie just bawak backpack je utk ke Jeju Island…our luggage tinggal kat INES INN dengan bayaran tambahan KRW20,000…takpe terbang duit skit..tak sanggup nak membawa beg bila mengenangkan bukit curam smalam!!!cukup hanya skali!!....











Comments

  1. salam. Saya akan ke Korea pertengahan bulan ini. Pada pendapat saudari, ok x menginap di Ines Inn tu ? Selain Ines Inn, boleh x tlg cadangkan hotel / penginapan di Itaewon yg berdekatan dgn masjid @ restoren muslim @ subway ? Mohon maklum balas ke email saya : abumuaz84@gmail.com. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hafiz..i dah reply in your email...

      Delete
  2. salam, boleh share experience awak kt sane? emel saye: neve48@gmail.com
    tq

    ReplyDelete
  3. kalau pergi alone ok ke??? share the experience with me please iezym.skyy@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Hi Skyy Mid, sebenarnya Korea boleh dikatakan bandar yang selamat....cuma yang tak bestnya kalau pergi sorang tak bole ler nak berhappening!!!!....masa kami di sana memang ade sekumpulan student kita semua perempuan belaka...hah ada gak jumpa pasangan baru kahwin berdua je explore.

    Jadi apa yang saya bole simpulkan di sini kalau nak mengexplore sendiri untuk merasai public transport di Korea dan pergi tempat2 menarik boleh aje!! transportation diorg sgt efficient.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tan...

Plaza GM Klang

Cuti hujung minggu kalau tak keluar rumah sure tak sah...paling tidak Giant, Tesco, Jusco tak pun jalan pusing tasik Shah Alam....tu jek  la aktiviti hujung minggu...tapi kali nie terasa nak explore jauh sikit...tu dia kat Bukit Tinggi, Klang....Plaza GM. Kalau sebelum ni ada gak la pi Plaza GM kat Chowkit..yang parkingnya kereta kena naik lift...gila ok!! first time ever bawak kereta masuk naik lift....apa yang bezanya dengan Plaza GM Klang nie? Hah ianya lebih besar dan baru...selesa lah kalau nak bawak budak-budak. Actually Plaza GM Klang ni dulunya satu tingkat jer... Plaza GM yang baru ni terletak berhampiran sahaja dengan yang lama tu...lebih besar dan mempunyai parking yang banyak. Kalau pergi Klang menggunakan KESAS Highway sangat mudah, dari jauh lagi dah nampak Plaza GM ni...terletak dekat je dengan Jusco Bukit Tinggi tu.... Ruang kedai dalam Plaza GM ni agak teratur dan setiap tingkat dilengkapi dengan kemudahan lift, escalator dan juga toilet.  ...

Great Time with Mamee Chef!!

*48 hours sticky post* *please scroll down for new entry* Wah hujung minggu dah dekat!! Tup tap tup tap cuti sekolah pun nak habis dah. Biasanya bila weekend la baru nak plan masak special untuk family… ye la as a working mother mana sempatnya nak masak beriya masa weekdays…heheheh alasan ok!! So nak masak apa tu? Apa kata kita buat something yang simple, easy and sedap dimakan ok!! Hah bila cerita pasal simple & easy of course ler nak yang “Lain Daripada Yang Lain” Hehehehe….something senang di masak tapi meletops!! Kakak & Adik ni kalau dapat makan mee segera, dia punya excited memang semacam…kalau boleh nak hari-hari ok!! Bukan tu jer…Adik ni pula dia punya favorite ialah Tom Yam… bila datang mood dia nak makan sure request nak suh buatkan Tom Yam….so tak payah tunggu hujung minggu dan2 tu jugak Mama ko buat!! Mama mana boleh tangguh2 nie kang kempunan plak Adik cayang buchuk Mama tu hah!! Kakak pula senang, memang tak cerewet makan… so kali ni apa kata kita buat ...