Skip to main content

SINGAPORE: USS

SINGAPORE TRIP: DAY 1


Bila sebut pasal Singapore sekarang nie mesti terlintas difikiran kita “Universal Studio”…..ehehehe yes..nie antara tempat yang wajib pegi kalau sampai di Singapore selain dari berjalan di Bugis Street, Orchard Road, Little India dan bergambar di sekitar Merlion, Esplanade dan Marina Bay..

Memandangkan ni family trip..jadi hotel haruslah dekat dengan tempat yang nak pergi kan…so Hardrock Hotel menjadi pilihan untuk 3 hari 2 malam..(amik jer package yg ade kat Matta Fair and the package include in dgn USS entry tickets) …



Hah..nak adventure punya pasal kitrg ambil bus express dari Kluang ke Johor Bahru dan ambil bus Transtar Coach utk cross border service…bus no. TS8 boleh naik di Kotaraya II Terminal yang terletak berhampiran Plaza Kotaraya dan City Square. Tambangnya  RM5 utk dewasa dan kanak-kanak, RM2.50.




<anak2 excited nak naik bus..adik Aqilah first time ok naik bus.....Actually kitrg kena turun naik bus di imigresen sebanyak 2x untuk pemeriksaan passport….. 



Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai di Resort World Sentosa (RWS)…..(1 jam jer sbb kena tunggu bus masa kat imigresen..haih) . Actually terminal bus RWS ni terletak betul2 di lower ground Universal Studio (USS)..so naik escalator jer dah sampai..yeayy!!!


<sampai2 aje sempat bergambar di sekitar USS…>



Hardrock Hotel ade bagi ticket free utk naik Sentosa Express for 3 days untuk ke town yang turun di Level 3 VivoCity (Sentosa Express)…kat sini bole guna subway interchange MRT & LRT ….bila ckp pasal subway interchange nie..di Singapura ok lagi tak berselirat macam di Korea..Cuma ade 7 line sahaja..so kalau bawak budak2 tu just nice… takde la penat sgt…



Hah bukan itu sahaja…. meals voucher untuk makan di Malaysian Food Street juga diberi free…heheheh okla tuh kan…so bole la buat lunch untuk hari nie….


<gambar di sekitar Malaysian Food Street> 
actually dalam food court tu ade 2-3 jer kot restaurant yang Halal…





Sentosa Express cuma ade 4 station sahaja iaitu Sentosa Station – Waterfront Station – Imbiah Station – Beach Station. Jadi kalau nak jalan2 disekitar Sentosa Island kita bole guna jer Sentosa Express nie…senang …takyah nak menapak… ngeee…



 <gambar di Sentosa Station> 
Sempat la gak kakak Faqihah berposing…pantang tgk camera, spontan je tuh!!….



SINGAPORE TRIP: DAY 2

Hari nie kitrg akan spend time seharian di dalam USS…walaupun weekdays namun pengunjung yang datang boleh tahan ramainya....tapi tak seramai weekend ok…so kalau nak main ride and taknak beratur panjang better uols pegi weekdays instead of weekend…

<bergambar di sekitar USS lagi>


<gambo di pintu masuk…lama gak nunggu tau..10:30pg baru bukak…>





                                     <model2 cilik yang tak jemu2 berposing..pantang nengok camera!!>


Cuaca agak baik hari nie…jadi sambil berjalan santai….banyak gak snap gambar….nak focus main ride adik Aqilah belum cukup tinggi lagi…..so kakak nya saje la yang agak enjoy especially naik ride transformer…mmg terbaik la..3D…kakak naik 2x sebab teman Papa, pastu teman Mama plak…hehehehe




                                        <sempat mengabadikan gambo dgn Optimus Prime…>


Antara ride yang adik Aqila bole naik….

Welcome to Far Far Away…


Bergambar dengan princess antara perkara yang wajib bagi my 2 girls nih…



Thumbs up!!

Adik lepas naik dragon ride nie…ala2 dragon ride kat Genting…ok not bad!!

Oppsss…kena beratur nak amik gambo nie…



 Bila dah petang baru byk movie character yang keluar….

<we love u Hershey’s!!>

Lebih kurang jam 4pm, we all keluar dari USS…now nak sambung jalan kat S’pore City plak….memandangkan penat pusing satu USS..so kitrg ambil taxi je dari Hardrock ke town…


 bergambar di waterfront area Marina Bay Sands….


<Esplanade…>

Berjalan punya berjalan…sampai di Lau Pa Sat…so kitrg makan mlm di sini…adela beberapa stall Halal..



SINGAPORE TRIP: DAY 3

Ok..dah last day dah!!... nak jalan2 lagi kat town…kali nie pagi2 lagi dah keluar naik Sentosa Express…transit naik MRT ke Ochard Road…





Dari Orchard ke Little India…macam2 ada…Lembu Road, Kerbau Road…hehehehe




As recommended bila sampai di S’pore nie kena singgah Mustafa Centre…erm okla tapi kitrg tak beli ape pun…actually kat sini mcm ala2 Mydin shj…ade jual coklat, barangan elektrik dan pelbagai barang keperluan…

Dari Little India, kitrg ke Arab Street plak…sambil berjalan sempat gak snap beberapa pic bangunan nie…

Actually di Arab street nie, kitrg nak cari murtabak S’pore….hah betul2 depan Masjid Sultan nie


Tadaaa…restaurant Zam Zam….memang terbaikla…sangat murah (jgn convert to RM)


Setelah kenyang, kitrg singgah di Bugis Street…cuci mata lagi ok!!….


Sebelum balik, sempat menjamu selera roti canai di Malaysian Food Street….kitrg kena naik bus semula kat terminal yang sama untuk balik ke Kluang….


Adik untuk kali keduanya naik bus…seronoknya dia!!hehehhe perjalanan balik ke Kluang lebih pantas sebab kali nie naik bus express Five-Star terus direct melalui highway baru dari S’pore ke JB menuju ke Kluang….lain kali naik bus express je..takyah naik bus lompat2..leceh…tapi kalau kita tak cuba tak tahu….sedikit sebanyak bagi pengalaman skit kat budak2 nie yang tak pernah naik bus!!!

Comments

  1. berapa hrga tiket bus express dr singapore ke kluang?n bus berhenti kat mne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai...kita lupa la berapa harga tiket...yg penting naik di bus stand Kluang & turun di dlm USS!! Have fun!!!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tanpa cagaran di mana kemudahan yang ditawarkan oleh pihak

Plaza GM Klang

Cuti hujung minggu kalau tak keluar rumah sure tak sah...paling tidak Giant, Tesco, Jusco tak pun jalan pusing tasik Shah Alam....tu jek  la aktiviti hujung minggu...tapi kali nie terasa nak explore jauh sikit...tu dia kat Bukit Tinggi, Klang....Plaza GM. Kalau sebelum ni ada gak la pi Plaza GM kat Chowkit..yang parkingnya kereta kena naik lift...gila ok!! first time ever bawak kereta masuk naik lift....apa yang bezanya dengan Plaza GM Klang nie? Hah ianya lebih besar dan baru...selesa lah kalau nak bawak budak-budak. Actually Plaza GM Klang ni dulunya satu tingkat jer... Plaza GM yang baru ni terletak berhampiran sahaja dengan yang lama tu...lebih besar dan mempunyai parking yang banyak. Kalau pergi Klang menggunakan KESAS Highway sangat mudah, dari jauh lagi dah nampak Plaza GM ni...terletak dekat je dengan Jusco Bukit Tinggi tu.... Ruang kedai dalam Plaza GM ni agak teratur dan setiap tingkat dilengkapi dengan kemudahan lift, escalator dan juga toilet.  Setiap

Plants vs Zombies

Pernah dengar or pernah main game ni? heheheh ni memang favorite game kita ok!!...kalau berasaskan Zombie memang kita suka!! cakap jek filem zombie semuanya memang kita layan, The Walking Dead? Warm Bodies? I Am Legend?, Resident Evil 1 - Resident Evil 6? last but not least Zombie Kampung Pisang walaupun tak se-ngeri citer omputeh tetap kita layan gak....;) Apa yang bestnya game nie? erm nama pun game kan...for sure la mengasah bakat kita dalam mengatur strategy macam mana nak protect dari zombie tu masuk rumah menggunakan plants...hehheeh bila dah start memang takleh nak berhenti ok!....kalau dulu lepas pantang memang layan game nie jek...  Season kali ni baru dapat Silver, nampak tak sunflower belah kiri tuh? hah last round masa pantang dah dapat Gold dah...ni baru nak repeat balik hehehehe tetiba ntah kenapa 3 hari lepas tangan ni gatai ter"click" kat game nie masa nak buat pembersihan laptop nie..hah jadinya terus la  TER "addicted" plak....tak p