Hari ke-lima
sudah!! It’s Sunday…actually di Sydney on Sunday is a Family Fun Day…di mana
kita bole dapatkan tiket Cuma berharga $2.50 untuk ke mana-mana sahaja
menggunakan public transport. Tapi kami tak perlu pun ticket Family Fun Day tu
sebab dah guna MyMulti3 which is unlimited…
So itinerary
hari ini ialah melawat Sydney Fish Market….seawal pagi kami dah keluar tapi
sebelum tu ambil gambar di sekitar rumah Mak Uda…hehehehe
Backyard yang sangat luas!! |
Seperti biasa
kami menaiki bus 310/309 dan turun di Green Square Station untuk mengambil
train ke Central Station.
Di Central Station kami ambil Tram untuk ke Sydney Fish Market….hah jam baru menunjukkan pukul 8:45am
Tadaa…dah
sampai…
Keluar sahaja dari station tram nie akan ada signboard untuk ke Sydney Fish Market.
<Ini Map untuk Sydney Fish Market>
Just ikut sahaja signboard yang ada…..sehingga anda nampak kawasan parking yang sangat luas. Cari jek Sydney Fish Market di situ yang…hah inilah dia dah sampai…
Fish market nya sangat bersih dan luas…ada banyak restaurant seafood…tapi kami tak makan pun…terpulang pada masing-masing lah ya...
<pelbagai jenis cheese juga dijual di sini>
Buah-buahan yang segar…di sini juga ada tempat memproses jus segar yang di mesin terus masuk ke dalam botol untuk di pasarkan
Di bahagian belakang Fish Market ini terletak Wenworth Park….sempat berehat sebentar sambil makan sandwich yang di bawa
Kami meneruskan perjalanan ke Darling Harbour dengan menaiki semula Tram……
Cuma beberapa station sahaja dah boleh turun di Darling Harbour ni….mudah sahaja kan?
Hari ini matahari agak terik walaupun udara sejuk....
Sekitar Harbourside |
Misi kami di sini ialah mencari Hard Rock Sydney untuk menambahkan lagi koleksi baju Hard Rock!!
Hahdah sampai Hard Rock Cafe berhadapan Novotel di luar Harbourside
Dari Hard Rock
kami berjalan menuju ke King St Wharf3 untuk mengambil ferry untuk ke Milson Point.
Di sinilah terletaknya Luna Park….kami tak masuk pun cuma sempat bergambar di hadapan nya sahaja….ala di sini ala-ala macam theme park tu cuma tak banyak ride yang menarik..
Di area Luna Park ni la terlekatknya Milson Point.....so kami just melepak di situ sahajala....
Hah familiar tak tempat ni? Cerita apa tuh?
Hari masih awal,
misi seterusnya di teruskan…kali ini kami nak ke Rock Market…kalau dari
Circular Quay di sebelah kanan kita ke Sydney Opera House, hah untuk ke Rock
Market kita kena sebelah kiri pula…..dari Milson Point ferry wharf, kami ambil
ferry untuk ke Circular Quay…
Actually sepanjang perjalanan ke The Rock banyak bangunan2 lama..... |
Dalam perjalanan sempat pulak Papa membeli kasut Kathmandu..harganya jauh lebih murah berbanding di Malaysia….ada sales ok!!...
Dari Circular Quay, cuma berjalan dalam 10 min sahaja….apa yang menarik di Rock Market ni? Actually di sinilah tempatnya hasil-hasil art & kraft di jual….kami sempat beli beg untuk anak-anak …sangat cantik dan halus buatannya….
<sempat bergambar di Windmill nie>
Terdapat banyak
juga tugu unik lama di sekitar The Rock nie…
Memandangkan
hari dah beransur gelap…masa untuk balik dan rehat sebab penat menapak di hari yang agak panas walaupun udara sejuk...bole sunburn ok!!
Comments
Post a Comment