Skip to main content

Gold Coast – Sydney 2: Carrara Market, Brisbane, Beachfront Market

Ok!! Hari nie nak jalan santai lagi…hari ahad hujung-hujung minggu plak tuh kanzzz….Pagi-pagi lagi kami dah keluar sebab nak pergi Carrara Market punya pasal….menu hari ni nasi goreng untuk bekalan…. Sebenarnya kat sini pukul 4pagi dah cerah ok!! Subuh pula pukul 3 lebih which is waktu Malaysia pukul 1pagi….hah mau tak terkebil-kebil mata dibuat nya….

So macam mana nak pegi Carrara Market??

Actually ada 2 cara nak pergi ke Carrara Market ni menggunakan public transport iaitu:-
  1. Naik bus 745 di Peninsular Drive
  2. Naik Carrara Bus di Beach Road.

Jadi pagi nie kitrg memilih untuk naik bus di Peninsular Drive, jalan cuma 5 minit sahaja…turun-turun dari apartment jalan ke kiri dan lintas, akan ada satu bulatan kecil so just tunggu je kat tepi bulatan kecil tu….Alhamdulillah ngam-ngam kitrg sampai, bus 745 pun ada….

Perjalanan cuma mengambil masa 20mins sahaja…macam biasa bgtau bus driver nak turun di Carrara Market….yeay dah sampai!!



Jom explore apa yang ada kat sini…

Di Carrara market nie actually ada banyak jual barangan kraft tangan dan art…harga range agak berpatutan tapi memandangkan nanti akan ada slot untuk beli souvenir di Paddy’s Market kat Sydney nanti so kitrg just cuci-cuci mata sahaja…kat sini kitrg abiskan masa cuma 2 jam sahaja….



Hehehehe cuci-cuci mata sahaja konon....sempat gak beli tudung 4-5 pasang ok!! Boleh pulak ada jual tudung (shawl) kat sini...apa lagi hahahahha



Dalam pukul 10:30am kitrg terus gerak ke bus stop tadi untuk menaiki bus 745 semula untuk ke Nerang Station.




Erm dalam train ada free wi-fi ok!! apa lagi......on ler


Perjalanan diteruskan untuk ke Brisbane pula!! Dengan menggunakan Go Card sahaja ok!! Train mengambil masa 2 jam….


Bandar Brisbane ni agak besar berbanding Gold Coast…..Gold Coast agak tenang dan lebih tertumpu kepada taman tema attractions….berbeza pula dengan Brisbane…banyak shopping kompleks dan bangunan pejabat….dari Train Station Central Brisbane kitrg just menapak ke City Botanic Garden untuk picnic dan menikmati view…

Lebih kurang jam 12:30pm kitrg sampai di Central station, Brisbane.... 




dalam perjalanan kitrg sempat lalu di Queen Street Mall…feel dia rasa macam di Pitt Street, Sydney….di antara bangunan-bangunan tu ada persembahan street dance…memang meriah dan ramai org sebab maklumla hari Ahad…so memang menjadi tumpuan ler..

Sepanjang perjalanan...lalu Brisbane Arcade...



Dalam Brisbane Arcade nie actually lebih kurang sama ngan Queen Victoria Building di Sydney....stores yang ada agak high class...so macam biasa jalan-jalan cuci mata lagi...ehehehhee



Jalan-jalan sambil bergambar....tu je la keje kitrg!! heheheheh


 

Kemudahan basikal juga disediakan untuk sesiapa yang nak pusing bandar Brisbane nie....actually bandar Brisbane boleh dikatakan macam berkonsepkan bandar dalam taman atau taman dalam bandar....so kalau naik basikal tu memang best la.... 


On the way ke City Botanic Gardens, ada plak kedai Kebab halal…so apa lagi beli ler Falafel…sempat la interview mamat tu yang actually from KL and tengah belajar bisnes kebab kat situ…so abis belajar ilmu jual kebab tu…nanti dia nak bukak kat Masjid India…perghh cayala…belajar bisnes kebab sampai Brisbane tuh….hehehehhe



<Gambar City Botanic Gardens>



Cuaca hari ni macam biasa panas dengan angin sepoi-sepoi bahasa….hehehehehe



View dari riverside.....memang ramaila org datang melepak kat sini....





Hah perut pun dah kenyang bole sambung jalan balik..hehehehe kerja kitrg nie memang jalan je manjang…takde manja-manja nie…nama pun pi holiday…nak melawat tempat org…alang-alang baik kita cover semua selagi ada masa dan tenaga…tak giteww!!! lebih kurang jam 2ptg kitrg pun bergerak semula ke Central Station…nak naik semula Train untuk ke Nerang station….

Sempat plak cik Adik kita ni posing!!! dah macam Siti sifir la plak!!!
Sambil tunggu train datang....sempat nak bergambar lagi ok!!


Ni la keje kitrg...pantang ade masa terluang skit...mesti nak tengok tipon!!! 
Cakkkk!!!!!!
Alhamdulillah perjalanan kitrg sangat smooth….jadual pengangkutan awam kat sini sangat efficient ok!!

Lebih kurang pukul 5 ptg kitrg sampai di Surfers Paradise semula…balik sembahyang dan rehat sebab malam lepas maghrib nak lepak-lepak kat beach plak…nak explore Beachfront night market plak…



Beachfront Market is actually one of the most popular market in Gold Coast. Night Market nie memang menjadi tumpuan di hujung minggu sambil2 mencuci mata dan menikmati suasana malam di sepanjang persisiran pantai Surfers Paradise. Apa yang menarik? Hah di sinila tempat org meniaga barangan kraftangan dan art…barang mainan pun banyak gak…ye la salah satu daya tarikan pelancong so target market utama of coz la budak-budak kanzzz…..




Alang-alang dah menuju ke Surfers Paradise nie...singgah sebentar di Hard Rock shop....macam biasa tambahkan koleksi t-shirt Hard Rock yang ada!!!




Apa yang paling best bagi budak-budak malam nie ialah dapat main pasir!!! dah tak sempat menyempat nak tunggu siang...eheheheheh "geram Kakak tengok Ma...pasir nie lembut!! Kakak tak pernah main pasir..." terharu plak mak kau dengar nak....mainla puas-puas ok...sib baik pasir kat sini  lembut n bersih...kalau idak sure dah kena psycho ngan mak kau!! " jangan main pasir...nanti cacing!!" ngeeee


Kakak, Adik dan abang Amir!!
Setelah seharian berjalan, penat tak ingat ok!! Dari pagi di Carrara Market, then ke Brisbane…Masa untuk balik….nasib baik ada orang kuat..Papa…memang dah macam Sherpa ok!!! Semua benda kena angkat…beg bekal…dukung Adik Qila lagi…pheww….SYABAS papa!!




Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tanpa cagaran di mana kemudahan yang ditawarkan oleh pihak

Plaza GM Klang

Cuti hujung minggu kalau tak keluar rumah sure tak sah...paling tidak Giant, Tesco, Jusco tak pun jalan pusing tasik Shah Alam....tu jek  la aktiviti hujung minggu...tapi kali nie terasa nak explore jauh sikit...tu dia kat Bukit Tinggi, Klang....Plaza GM. Kalau sebelum ni ada gak la pi Plaza GM kat Chowkit..yang parkingnya kereta kena naik lift...gila ok!! first time ever bawak kereta masuk naik lift....apa yang bezanya dengan Plaza GM Klang nie? Hah ianya lebih besar dan baru...selesa lah kalau nak bawak budak-budak. Actually Plaza GM Klang ni dulunya satu tingkat jer... Plaza GM yang baru ni terletak berhampiran sahaja dengan yang lama tu...lebih besar dan mempunyai parking yang banyak. Kalau pergi Klang menggunakan KESAS Highway sangat mudah, dari jauh lagi dah nampak Plaza GM ni...terletak dekat je dengan Jusco Bukit Tinggi tu.... Ruang kedai dalam Plaza GM ni agak teratur dan setiap tingkat dilengkapi dengan kemudahan lift, escalator dan juga toilet.  Setiap

Plants vs Zombies

Pernah dengar or pernah main game ni? heheheh ni memang favorite game kita ok!!...kalau berasaskan Zombie memang kita suka!! cakap jek filem zombie semuanya memang kita layan, The Walking Dead? Warm Bodies? I Am Legend?, Resident Evil 1 - Resident Evil 6? last but not least Zombie Kampung Pisang walaupun tak se-ngeri citer omputeh tetap kita layan gak....;) Apa yang bestnya game nie? erm nama pun game kan...for sure la mengasah bakat kita dalam mengatur strategy macam mana nak protect dari zombie tu masuk rumah menggunakan plants...hehheeh bila dah start memang takleh nak berhenti ok!....kalau dulu lepas pantang memang layan game nie jek...  Season kali ni baru dapat Silver, nampak tak sunflower belah kiri tuh? hah last round masa pantang dah dapat Gold dah...ni baru nak repeat balik hehehehe tetiba ntah kenapa 3 hari lepas tangan ni gatai ter"click" kat game nie masa nak buat pembersihan laptop nie..hah jadinya terus la  TER "addicted" plak....tak p