Percutian ke Sydney bersambung lagi…hari ketiga kitrg nak melawat Blue Mountain pula….setelah menggoogle segala info pasal Blue Mountain, so “Discovery package” menjadi pilihan untuk ekplorasi kali ini. Sumbernya dari http://www.trolleytours.com.au/. So ticket $60 untuk adult dan $32 child for unlimited rides at Scenic World. Children up to 5 years free…so Adik Qeela naik tak perlu bayar….
Pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke Green Square station untuk transit di Central station. Sebab apa? Untuk ke Blue Mountain kena naik CityRail Blue Mountain, salah satu Blue “InterCity” trains. Perjalanan mengambil masa 2 jam ok!! So train timetable belah pagi cuma ada 7:21am (arriving at 9:24am) atau 8:24am (arriving at 10:19) di Katoomba station…so make sure jangan terlepas or else tak sempat nak explore Blue Mountain.
View di sepanjang perjalanan
Sampai dah!!
Bila dah sampai, sila exit station keretapi tu menghala ke town dia..bole tengok sebelah kanan ada booth pakej Hop On Hop Off All Day Pass yang cuma berharga $25, tapi ini tidak termasuk untuk naik rides at Scenic World tau!!.
So kami dari booth tu lintas jalan sebab depan nya ade deretan kedai yang salah satunya ialah TrolleyTours shop di mana kat situ ler kitrg nak kena amik ticket…..macam biasa sila bawa printed copy yang kita booked online tu…..
So kami dari booth tu lintas jalan sebab depan nya ade deretan kedai yang salah satunya ialah TrolleyTours shop di mana kat situ ler kitrg nak kena amik ticket…..macam biasa sila bawa printed copy yang kita booked online tu…..
Inilah dia bus Hop On Hop Off |
Trolley Shoppe ni actually berhadapan dengan booth Hop On Hop Off tu |
Actually di Scenic World kita boleh naik rides Scenic Skyway, Scenic Railway dan Scenic Cableway so sebab itulah Discovery Trolley tour menjadi pilihan kami…sebab malas nak beratur panjang beli ticket…turun terus beratur untuk naik semua rides tu…hah bayangkan le kalau tak beli ticket silap2 mau berdouble2 korang kena beratur…beratur beli ticket, beratur nak naik ride lagi..heheheheh lu fikirlah sendiri ek!!
TrolleyTour bus no.1
Bercerita tentang Discovery Trolley Tour package nie, actually ada 2 jenis bus boleh kita ambil No. 1 dan No.2 untuk tour seluruh kawasan Blue Mountain yang mempunyai 29 buah perhentian…konon ingat boleh abis satu hari…tidak ok tapi tak ralat sangat sebab tak semua perhentian tu menarik…yang banyak menarik dan wajib kita explore ialah di perhentian bus No.2…patutla mamat yang jaga kaunter tu suggest untuk naik bus No.2 rupa nya kat situ, banyak tempat tarikan pelancong dan kekerapan bus tu agak lebih berbanding bus No. 1. Setiap 10-15minutes kalau tak silap….hah nak tahu kenapa kitrg tak sempat nak naik bus No.1…sebab tunggu bus nya tak sampai-sampai..sengaja taknak bagi kitrg abiskan jalan tau!! So kitrg buat kesimpulan memang Trolley Tour ni nak promote laluan bus No.2!!
Untuk mengelakkan kesesakan atau beratur panjang, mamat kat kaunter TrolleyTour tadi suggest kitorang mula dengan Scenic Skyway...so kira menentang perjalanan ler....
Jadi perhentian pertama kami turun di Scenic Skyway (pit stop No.22)……tips untuk naik sila amik saf kanan ok bole nampak Katoomba Falls (air terjun)…hah kitrg tak berpeluang tengok sebab masuk2 dalam Scenic Skyway nie amik saf kiri…excited konon nak tengok The Three Sisters but actually akan ade pit stop tepat view The Three Sister…….heheheh inilah hasilnya…memang lawa giler…cantik sungguh permandangannya..besar sungguh kebesaran ciptaan Allah….
Naik Scenic Skyway memakan masa lebih kurang 15-20mins, dan yang bestnya cuma ada satu je Skyway dia.. tak macam cable car kat Genting banyak giler dan laju….hah boleh bayangkan ye time peak nak tunggu bape lama…sib baik kitrg punya timing baik je dan tak ramai org…Alhamdulillah.
Blue Mountain ni actually terdiri terutamanya daripada dataran batu pasir, yang mempunyai gaung sehingga 760 meter (2,490 kaki) dalamnya.
Sampai di Scenic World ada another two rides – Scenic Railway & Scenic Cableway, kitorg nak naik Scenic Railway dulu as per suggested by mamat kaunter Trolley shop……
Best n excited nak naik ride ni..tapi sangat sekejap plak….lol!!
Dari station Scenic Railway ni kitrg kena jalan lebih kurang 15-20mins untuk pergi ke Scenic Cableway…sambil jalan sambil menikmati alam semesta..hutan Blue Mountain nie…
Actually dulu Katoomba Scenic Railway ni pada mulanya adalah sebahagian daripada rangkaian tramlines yang dibina untuk membawa arang batu dan syal minyak tanah dari lombong sehingga kereta api utama.
Naik Cableway hanya memakan masa 5 minit sahaja ok!! sangat sekejap. Apa-apa pun kitrg enjoy la menikmati keindahan alam semulajadi di Blue Mountain nie...walaupun dalam pakej nie kitrg boleh naik unlimited ride, tapi rasanya satu trip dah memadai untuk abadikan kenangan ni....masa untuk berehat plak
Di depan Scenic World ni ada tempat untuk kita berpicnic....sangan mudah jadi takdela kita nak makan kat tepi jalan ke...selesa!!
Memandangkan hari ini satu hari punya journey so kitorg bawak bekal heavy skit…Nasi Goreng, Daging Masak kicap and additional Sandwich. Nama pun mountain…so sejuk jadi cepat lapar!!!.
Selesai makan, nak tunggu bus untuk ke next pit stop pula...iaitu Echo Point...
Actually di Echo Point terdapat beberapa kedai and cafe...
Sempat pula adik Aqila n Kakak bergambar dengan patung Koala nie....dekat bawah tu kalau ade masa bole tengok aborigin punya persembahan...(kena bayar ok!) |
Hah sebenarnya di pit stop Echo Point nie boleh jer jalan kaki je untuk ke next pit stop macam Lilianfels dan Blue Mountain Chocolate Co. Jadi kami pun berjalan la ek...
Memandangkan perjalanan mengambil masa 2jam....kami sampai di Central station dalam pukul 6:30pm, masa nie dah gelap ala2 isyak kat Mesia!! |
Berakhir sudah perjalanan kami untuk hari ketiga!! Esok nak sambung next journey pula ya....
Salam,scenic world boleh kesana guna kereta, tanpa naik cableway?
ReplyDeleteW'salam... Boleh tak ada masalah!
Delete