Featherdale Wildlife Park
Ok baru ada masa nak update trip Sydney....;)
Hari kedua trip kami nak pergi Featherdale Wildlife Park pula yang terletak berhampiran dengan Blacktown. Segala information pasal Featherdale Wildlife Park boleh didapati di sini àhttp://www.featherdale.com.au/home.aspx . Harga tiket? Untuk kami berempat cuma $79.00 (family price). Macam mana nak beli? Book online sahaja!! Pastikan masa nak book tu dah ada date bila kita nak pergi…sebab masa online booking process, visit date is required ok!! Hah ni la senangnya bila kita dah buat itinerary, tak gitu?
How to get to Featherdale by public transport? Dalam website tadi ada mentioned “Getting to Featherdale by public transport is easy. From the city, take the North Shore and Western line to Blacktown Station. Bus stand 9 is located just outside the station. Take the number 725 bus for a 10 minute ride which will drop you right outside Featherdale’s gates.”
Click on the map.
CityRail Network Map sangat berguna, memang kitorang bawa ke mana2…sebab nak refer guna line train yang mana satu and lagi berapa station nak kena standby untuk turun. So kami dari Mascot naik bus turun di Green Square station untuk ambil train ke Blacktown.
<<pagi2 lagi kami dah keluar dalam jam 8:00am giteww>>
<Inilah dia Green Square station>
<takde org lagi beb…kebetulan pulak hari ni Public Holiday kat Australia – Anzac Day>
Apa tu Anzac Day? Memandangkan masa ni dekat Sydney jadi kenalah ambil tahu…. kalau idak tu ade akak kisah?? Hehehehe Menurut Wikipedia, Anzac Day adalah “national day of remembrance” di Australia dan New Zealand di mana semua warga Australia dan New Zealand memperingati kepada mereka-mereka "yang berkhidmat dan mati dalam semua peperangan, konflik, dan operasi menjaga keamanan", selain daripada itu, hari ini juga sempena memperingati "sumbangan dan penderitaan semua orang-orang yang telah berkhidmat." So tarikh 25 April setiap tahun adalah untuk memberi penghormatan kepada ahli-ahli Australia dan New Zealand Army corps (ANZAC) yang berjuang di Gallipoli di Empayar Uthmaniyyah semasa World War I.
Sebab itulah masa nak naik train hari ni ramai abang2 Mat Salleh pakai uniform army. Pergh kagum dengan cityrail dia…2 tingkat tuh!! “Bukan 2 tingkat la Mama!! Ada 3 tingkat!!” oyeke…sebab bila kita masuk boleh duduk or boleh pilih nak naik tingkat atas or bawah…..apa-apala ye anak2, yang penting Mama memang kagum…dahla panjang, timing sangat efficient…bila la Mesia nak ada train macam ni…hari2 Mama boleh naik train dari Shah Alam pergi kerja!!
<train 2 tingkat>
Back to our journey…kami turun di Central Station untuk ambil train ke North Shore and Western line sebab nak berhenti di Blacktown. Sekali pandang, betul lah Kakak, Mama nampak 3 tingkat..ehehehe layankan jela anak2 yang excited naik train…kecik2 lagi korang dah tengok negara orang ek!!
Sampai di Blacktown station, our mission is to find bus stand no. 9 outside the station…hah Nampak tak bus stands 5-17 kena turn right.
Dah sampai!!!
Sambil beratur nak ambil tiket, sempat snap beberapa gambar….jangan lupa bawa printed copy online booking.
Jom explore Featherdale!!!
Wombat adalah haiwan berasal dari Australia group under “pouched animal” atau “marsupial” yang sangat tembam & comel serta berkaki pendek!!
<Wallabies>
<Kanggaroo>
Erm macam nak samakan Wallaby & Kanggaroo nie? …..actually kedua-dua Kangaroo dan walabi ni tergolong dalam keluarga macropodae atau macropods yang bermaksud haiwan berkaki besar. Sebab apa? Sebab kaki besar ni di gunakan untuk melompat. Kedua-dua haiwan ini juga tergolong dalam keluarga marsupial iaitu mereka mempunyai kantung pada badan untuk membawa baby.
Fakta:
- Perbezaan Saiz: Kanggaroo adalah marsupial lebih besar daripada Wallaby. Walaupun saiz mereka berbeza sangat, ketinggian maksimum dan berat walabi boleh menjadi 2 kaki dan 24 kg masing-masing. Kanggaru, sebaliknya boleh mencapai berat sehingga 91 kg dan kira-kira 8 kaki tinggi.
- Kaki: Kaki Kanggaroo agak panjang di antara lutut dan buku lali. Wallaby mempunyai kaki lebih pendek dan warna gelap sedikit.
- Warna: Walabi yang umumnya mempunyai bulu terang. Berbeza dengan Kanggaroo, mereka mempunyai warna gelap seperti hitam dan kelabu.
- Tabiat pemakanan kanggaroo vs Wallaby: Kanggaroo umumnya makan rumput kerana hidup di kawasan gondol terbuka. Wallaby pula kebanyakannya makan daun kerana hidup di kawasan hutan.
Antara haiwan2 yang ade kat Featherdale nie…
Suka tengok adik Qeela dan Kakak yang excited nak bagi makan burung nie..actually burung nie dah kenyang pun mana tak nya..semua yang datang bagi makan..mau tak muakk dia!!
Hah ni satu lagi...tak hengat dia... suka sangat nak pegang kambing..adik Qeela memang berani!! cayalah!!
Kitrg mengambil masa dalam 4 jam di sini. Di Featherdale ade menyediakan “Picnic Area”…ada kerusi dan meja yang selesa untuk kita makan. So sebelum balik kitrg lunch bekal yang di bawa.
Tunggu bus untuk ke CityRail semula…dari Blacktown Station, misi seterusnya ialah untuk ke Auburn Station untuk melawat Masjid Gallipoli dan sembahyang di sana.
Majid Gallipoli
From Aurburn
station just jalan 7mins ke Masjid Auburn…jadi kami solat jama’ n bergambar.
Anak-anak sempatla berehat sekejap setelah penat explore Featherdale tadi.
Dari Blacktown cuma beberapa station sahaja untuk turun di Auburn.
Click on the map.
Hadapan Auburn Station
Perjalanan menuju ke Masjid Gallipoli
Hah..inilah dia Masjid Gallipoli...
Sydney Olympic Park
Click on the map.
Dari Auburn
Station kami terus menuju ke Sydney Olympic Park…saja nak tengok Olympic
Stadium plak…memandangkan ada masa dan hari masih siang….so kitorang kena turun
di Lidcome Station dan transfer to Olympic Park Train dekat platform 4.
Tadaaa dah sampai….lepak2 sambil minum jus dan juga roti sandwich yang di bawa…hah tips jangan beli juice botol2 kecik tuh dekat convenience store…mahal!!..better beli juice botol besar lebih murah cuma $3 aje dekat supermarket dia…Woolworths ala2 Giant kat sini ler…so masuk kan dalam botol mineral bawak 2-3 botol eheheheh untuk sugar supply setelah penat banyak berjalan.
Actually di Sydney Olympic Park bila tak ada event…kebanyakkan yang datang sini ialah untuk beriadah…ade yang naik basikal, naik skateboard, berkelah dan lepak2.
Ok hari dah nak
gelap…terus amik train balik ke Mascot!!
Comments
Post a Comment