Skip to main content

KOREA: PART 2


 

Ticket flight ke Jeju hari nie pukul 6:30pm, so kitrg ade byk masa utk berjalan di sekitar Seoul….dari stesen Itaewon kitrg bergerak ke Gwanghwamun stesen setelah transfer melalui Gongdeok stesen….di Gwanghwamun stesen kitrg tinggalkan backpack supaya bole bergerak dgn lebih pantas..ehehehe… cuma bayar KRW3,000 shj…..

Korang bole baca website (http://www.visitkorea.or.kr/ena/TR/TR_EN_5_1_4.jsp) nie  utk mengetahui lebih lanjut cara2 nak guna Subway Locker..…

Link ni sangat informative, interactive!! The fastest, shortest & cheapest to travel..cuba tengok bole pandai nak naik ape which Line and which exit… http://www.smrt.co.kr/program/cyberStation/main2.jsp?lang=e

Ok…back to our journey….our itinery hari nie ialah melawat sambil bergambar di  Buchon Hanok Village and berjalan di sekitar Cheonggyecheon Stream sebelum bertolak ke Gimpo Airport.

<sempat bergambar di sekitar Gwanghwamun station>


<inilah Seoul City Tour Bus yg bakal kitorg naik nanti selepas balik dari Jeju Island>



<sambil menunggu MRT>


Dari Gwanghwamun Station kitrg ke Jongno 3 (sam)-ga station and transfer to Line 3 utk ke Anguk Station and ambil Exit 2….then go straight for about  300m to arrive at Bukchon Hanok Village..

<gamba perjalanan ke buchon hanok village>




Actually berjalan 300m tu jauh gak beb…berpeluh ketiak dibuatnya ehehehe……tapi tak berpeluh ok..cuaca sejuk ala2 mcm kita pasang aircond kat umah..dlm 18°c - 22°c…mmg tak berpeluh langsung!!!

Tadaaa… dah sampai pun…













Actually Bukchon Hanok Village adalah antara beratus-ratus rumah tradisional yang dipanggil 'Hanok' semasa zaman Dinasti Joseon. Nama, 'Bukchon' pulak munurut website visitkorea, terjemahan kepada 'kampung utara,' which is terletak di utara Seoul berdekatan dgn dua mercu tanda penting di Seoul iaitu, Cheonggyecheon Stream dan Jongno.  As at today, banyak ‘Hanoks’ beroperasi sebagai pusat kebudayaan, rumah tumpangan, restoran dan rumah the… yang secara tidak langsung  menyediakan peluang untuk kita as a tourist mengalami, mempelajari dan mendalami budaya tradisional Korea…cewahhh bole jadi part time tourist guide plak rasanya….








Memang penat menapak di sekitar Bukchon Hanok Village nie…..so sambil jalan menuju ke Anguk station semula kitrg sempat bertanya dgn tourist guide from Korea Information Centre mcm mana nak naik bus and turun di area  Cheonggyecheon Stream…. Alhamdulillah berjaya ok naik bus dgn harga tambang yg murah cuma KRW950…
 <gambo perjalanan menuju ke Cheonggyecheon Stream>




Dah sampai…!!..kat sini kitrg just jln santai je sambil bergambar…yela kalau dah sampai Korea, Cheonggyecheon Stream adalah antara tempat yg wajib kita pi and bergambar….ehehehehe








Memandangkan jam pun dah menunjukkan hampir pukul 12:00pm..and kitrg pun plan nak cari makan tengahari…so Mr Pizza menjadi pilihan sbb terletak berdekatan je dgn Cheonggyecheon Stream…kalau tak silap selang beberapa building dari KTO (Korea Tourism Organization) headquarter.


 Menu yg menjadi pilihan of coz la ala2 vegie and seafood kan….staff Mr. Pizza pun seakan dah memahami yg muslim takleh makan beef or chicken, belum abih kitrg order lg dia dah bgtau siap2 yg dia akan exclude beef dlm pizza yang kitrg order tu…


<pizza seafood nie…sgt sedap ok…siap ade letak ubi keledek dlm pizza tu..cer tgk betul2!!> sekali cuba nak lagi…




total utk 2 pizza (Vegetarian Pizza & Seafood Pizza + refillable salad & beverages) = KRW55,000…so per pax dlm KRW18,400 jer la… ok not bad sbb kenyang n siap tapau balik lg….


Mission seterusnya ialah cari KTO information centre utk menunaikan solat….


<KTO information centre>

Actually office nya terletak di lower ground…


kat sini bole buat panggilan percuma….internet pun free ok…sempatla nak mengupdate fb sekejap…eheheh



tempat wudu'


bilik sembahyang yang selesa...



Ruang legar di KTO office


Sempat snap kat K-star Gallery






masa keluar dari KTO information centre...sempat gak kitorg bergambar dgn mamat nie...sambil berlatar belakangkan lagu "oppa gangnam style" lagi....


Next kitrg pun meneruskan perjalanan ke Gimpo Airport menggunakan MRT dari Gwanghwamun direct terus ke Gimpo Station…takyah tukar2 train dah…ceh..dah terror dah naik MRT..baru hari kedua..ehehehhe (tingat masa hari pertama gila huru hara…ngeee)

Budget time awal sedikit …so sempat kitrg abihkan masa singgah di Lotte shopping mall……dekat Gimpo Airport tu gak….



Sambil duduk2 tengok org lalu lalang.. sempat snap pic nie…rindu kat anak2 sebenonya (ceh baru hari kedua)…heheheheh comey kan!!



<sekitar Gimpo Airport>





Tepat jam 6:30pm kitrg bertolak ke Jeju Island….hehehehe menaiki Eastar Jet…harga sgt murah KRW109,900 utk tiket pergi dan balik seorang….




Alhamdulillah 7:40pm sampai di Jeju Airport… kitrg ambil bus no.100 and berhenti di Hankook Hospital or Jeju Bus Terminal untuk ke Yeha Guesthouse….walaupun malam dah semakin lewat..kami bersyukur sbb semuanya selamat and perjalanan berjalan lancar seperti yang dijadualkan…..….Alhamdulillah aminnnnnn……


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tan...

Plaza GM Klang

Cuti hujung minggu kalau tak keluar rumah sure tak sah...paling tidak Giant, Tesco, Jusco tak pun jalan pusing tasik Shah Alam....tu jek  la aktiviti hujung minggu...tapi kali nie terasa nak explore jauh sikit...tu dia kat Bukit Tinggi, Klang....Plaza GM. Kalau sebelum ni ada gak la pi Plaza GM kat Chowkit..yang parkingnya kereta kena naik lift...gila ok!! first time ever bawak kereta masuk naik lift....apa yang bezanya dengan Plaza GM Klang nie? Hah ianya lebih besar dan baru...selesa lah kalau nak bawak budak-budak. Actually Plaza GM Klang ni dulunya satu tingkat jer... Plaza GM yang baru ni terletak berhampiran sahaja dengan yang lama tu...lebih besar dan mempunyai parking yang banyak. Kalau pergi Klang menggunakan KESAS Highway sangat mudah, dari jauh lagi dah nampak Plaza GM ni...terletak dekat je dengan Jusco Bukit Tinggi tu.... Ruang kedai dalam Plaza GM ni agak teratur dan setiap tingkat dilengkapi dengan kemudahan lift, escalator dan juga toilet.  ...

Great Time with Mamee Chef!!

*48 hours sticky post* *please scroll down for new entry* Wah hujung minggu dah dekat!! Tup tap tup tap cuti sekolah pun nak habis dah. Biasanya bila weekend la baru nak plan masak special untuk family… ye la as a working mother mana sempatnya nak masak beriya masa weekdays…heheheh alasan ok!! So nak masak apa tu? Apa kata kita buat something yang simple, easy and sedap dimakan ok!! Hah bila cerita pasal simple & easy of course ler nak yang “Lain Daripada Yang Lain” Hehehehe….something senang di masak tapi meletops!! Kakak & Adik ni kalau dapat makan mee segera, dia punya excited memang semacam…kalau boleh nak hari-hari ok!! Bukan tu jer…Adik ni pula dia punya favorite ialah Tom Yam… bila datang mood dia nak makan sure request nak suh buatkan Tom Yam….so tak payah tunggu hujung minggu dan2 tu jugak Mama ko buat!! Mama mana boleh tangguh2 nie kang kempunan plak Adik cayang buchuk Mama tu hah!! Kakak pula senang, memang tak cerewet makan… so kali ni apa kata kita buat ...