Kali ni nak cerita pasal trip to Melaka…jom2!!
Day 1
Masa ni Papa ade team building di Equatorial Hotel for 2days 1 night. So kitorg anak beranak dengan Opah nak explore Bandar Bersejarah nie la..…alang2 sbb nanti balik boleh amik Papa…hehehehe alasan jek tuh!!
Pagi2 lepas hantar Papa naik bus kat opis, sambil drive santai kitrg menuju ke Melaka….memandangkan masih awal pagi, plan nya nak berhenti di Ayer Keroh untuk mandikan Kakak n Adik….hah masa nie kitrg singgah kat restaurant jejantas Ayer Keroh untuk siapkan budak2 tapi kemudahan bilik air nya agak kureng skit…better lagi hentian Plus Ayer Keroh beb……silap tak berhenti situ!…kan sekarang banyak hentian Plus yang telah dinaikkan taraf yang berkonsepkan terbuka dan kemudahan toilet nya agak memuaskan.....
Keluar tol Ayer Keroh, dengan menggunakan khidmat Waze…terus tekan Jonker Boutique Hotel..senang sbb nak drive terus kompemla takan sampai heheheh. Kenapa Jonker Boutique menjadi pilihan??
Heheheh sebelum nak pergi Melaka nie macam biasala google sana sini nak cari hotel yang selesa, senang nak pergi mana2 dan cari makan pun senang….
Bila nak bercuti weekend di Melaka, mestila nak pergi Jonker’s Street kan hah sebab tu la Jonker Boutique Hotel menjadi pilihan…yang penting ade parking yang selamat, dekat nak berjalan kaki di Bandar Hilir dan sudah semestinya mesti dekat dengan Jonker’s Street tu…..hehehehe senang akak nak menapak ngan Opah bawak anak2 berjalan…..
Sambil menunggu nak check-in…ade welcome drinks lagi..kelas gitewww…
Jom kita tengok bilik Jonker Boutique Hotel…
Info pasal Jonker Boutique Hotel boleh layari website nie : http://www.jonkerboutiquehotel.com/
Pandangan dari luar Jonker Boutique Hotel…betul2 di penghujung Jonker Walk yang ade pintu gerbang nie…
Sampai sahaja kami terus check-in dan kemas apa2 yang patut…sebelum matahari naik tegak, kami memulakan perjalanan ke Bandar Hilir – Christ Church Melaka melalui Jonker Walk.
Actually mission hari ni nak naik Menara Taming Sari…so kitrg just lalu jek Bandar Hilir and terus menuju ke Waterfront nie yang ade kincir air…
Kawasan persekitaran Waterfront nie sangat bersih!! Syabas Melaka!!
Sempat plak Kakak nak bergambar dengan abang beca nie…jenuh nak suh Adik join sekali bergambar tapi dia tak mau plak..….
Dengan berjalan santai lebih kurang 20 minits kami sampai di Menara Taming Sari…harga tiket sangat berpatutan dan bagi warga emas macam Opah kompemla dapat harga diskaun..
Ok ready to go!! Sebelum nak masuk ada plak mamat yg menawarkan khidmat sewa teropong….so nak bagi anak2 feel lebih sikit…sewa jela kan…bukan selalu pun hehehehe.
Adik memang excited nak naik Menara nie…pusing 360° . Walaupun matahari dah semakin meninggi dan panas tapi yang bestnya dalam Menara Taming Sari nie ade aircond…sejuk nyaman so kalau bawak baby selesa la ye…ok jom explore Bandar Melaka…
Turun2 jek…ade OKU tawarkan khidmat urut kaki…ok bole cuba sbb dah penat menapak tadi kan!!
On the way balik jumpa lagi abang beca…kali nie Adik nak plak naik & bergambar…agaknya deco abang beca nie menarik perhatian adik kot!! kaler pink campur flower lagi kan…
Kali nie singgah di Muzium Maritim nie plak….entrance fee pun agak murah so kalau pi Melaka jangan lupala bawak anak2 pi Muzium nie….
Ok time for water cruising!! …pusing satu pusingan ..pemandangan menarik dah ternyata Melaka sangat banyak berubah berbanding dahulu….terasa macam tourist la plak….
Hah kalau tak pekena cendol Melaka tak sah ok bila sampai kat sini…tengok dengan matahari yang terik memang sesuai sangatla nak pekena cendol time2 ni…
Amacam??
Cendol Clock Tower nie terletak berhadapan dengan bangunan Stadhuys nie…..
Jemput makan....
HardRock Café pulak terletak dekat selekoh nak menuju ke Jonker Walk melintasi Waterfront….
Dah makan cendol…jadi bergambar jela depan HardRock nie ek….hehehehe
Untuk melalui Jonker Walk akan ada pintu gerbang nie…nampak tak kapal kat atas tu??
Ok dah penat menapak……nak balik hotel rehat…
Malam kami keluar dinner di area Jonker Walk nie and jalan santai di sepanjang Jonker’s Street night market….bole lupa nak snap gambo sbb bawak budak2 yang penat menapak dengan keadaan pengunjung yang dtg agak ramai…kira macam pasar malam la nie…kena berhimpit2….antara barang2 yang dijual ialah souvenir….barang2 yang sgt rare pun ade…kalau ade sapa2 nak hias umah ala2 Baba & Nyonya bolehla datang shopping sini ok…ade macam2 tau…
Day 2
Bila dah cukup rehat….pagi nie boleh la menapak lagi ek…heheheh kali nie kitrg lalu lagi di Jonker Walk dan sempat bergambar dengan “Mr Universe” nie…..
kali nie dah pandai, siap suh Opah bawak payung lagi ok….panas Melaka nie sebenarnya!!!
Kawasan nie namanya Jonker Walk World Heritage Park….
Bergambar depan deretan kedai yang unik…
Kincir angin…
Sekitar Bandar Hilir
A Famosa
Muzium Melaka
Selesai pusing-pusing di sekitar Bandar Hilir Melaka, kami pun bergerak ke Equatorial Hotel untuk ambil Papa…..2 Hari 1 malam cukup untuk menghabiskan masa hujung minggu di Melaka….
Yeay naik beca dgn Opah!!! Babai Melaka…..;)
Akak jln2 kt situ naik kereta or jalan kaki kak? Antara satu tmpt ke tmpt akak gi tu dkt2 tak? Sesuai by foot tak kak? :)
ReplyDeleteYup semuanya jalan jek tuh...dekat2
Delete