Skip to main content

Gold Coast - Sydney 7 : Birkenhead Point & Malacca Straits


Hari kedua sudah di Sydney!!! Kali nie nak jalan santai…sambil cuci mata di Birkenhead Point…cuci mata la konon kannnzzzzzz…..heheheheh jom kita apa yang ada kat Birkenhead Point nie…

Macam mana nak pi? Macam biasa setelah google bagai cari info pasal cara nak naik public transport ke Birkenhead Point..alhamdulillah…ada bus ke sana ok….kali ni Mak Uda ikut sekali….saja nak teman kitrg shopping2….sambil jadi tour guide kitrg….. 

Option 1:

  • Town Hall Station Platform 3
  • Take the M50 bus (Sydney Buses) at Druitt St near Kent St, Sydney (This is a prepaid service. Purchase a ticket at a PrePay outlet before boarding)
  • Turun di  Victoria Rd near Thornley St, Drummoyne 

Option 2:
  • Take 504/506/507/515/518/520/M52 at Circular Quay Stand C
  • Turun di  Victoria Rd near Thornley St, Drummoyne
(Refer to arrow merah tu hah stand C...betul2 dekat Circulay Quay train station)

Dari bus stop Victoria Rd tu kena jalan skit about 10mins utk ke Birkenhead Point…don’t worry actually dari dalam bus lagi kita boleh nampak Birkenhead Point building tu…sebesar- besar tulisan…kompem tak sesat punya….apa2 pun just cakap je dengan bus driver to nak berhenti kat Birkenhead Point…senang cerita…….


mak ai…bila dah sampai tu memang tak boleh blah langsung…banyak gila sales…murah2 plak tuh….mmg berbaloi2…..jom layan muka2 org yang sakan bershopping!!





Kat sini kitrg tak ambil masa lama pun….Cuma setengah hari jek…lepas tu kitrg terus gerak naik bus dan berhenti di Queen Victoria Building…masa tu lupa plak naik bus no.berapa coz Mak Uda ada apps untuk Sydney bus timetable…so dalam apps tu akan guide kita untuk naik bus apa dalam waktu terdekat mengikut lokasi kita pada waktu tuh….……tapi kalau nak balik semula ke Circular Quay…uols boleh je guna balik bus 504/506/507/515/518/520/M52  untuk ke Circular Quay…ok!!


Sebelum masuk Queen Victoria Building….kitrg singgah sekejap di GoodGames….si Amir nak recee cardfight Vanguard….sampai Sydney cari tau….haih apokobondo yang behnya cardfight tu taktaula….hanya org yang tau sahaja yang memahaminya….hasil pencarian  Google….actually cardfight Vanguard tu is Japan’s latest trading card game…..semua character Manga ada….ermmm apa2 la uolsss janji alang2 dah sampai sini..why not kanzzzzz….Cuma jalan 5 mins from QVB jer kedai GoodGames tu…


Ok!!! Masa untuk cuci mata di Victoria’s Basement…mmg murah gila Corelle, Corningware, Pyrex, and all the baking things…bikin giler makcik….apa nak buat nak angkut berat…so telan ayaq liuq jer la….

Sempat bergambar kat q’mas tree


Jadual seterusnya ialah member laluan pada akak ipar dan anak sedara untuk mengexplore Sydney Eye Tower….so dari QVB kitrg just jalan je lebih kurang 5 mins ke sana….kali nie kitrg tak masuk pun…masih segar lagi di ingatan masa travel Sydney Part 1…..so kasi peluang kat mereka2 yang belum pi tuh enjoy….so sementara menunggu…kitg lepak2 kat Sydney Central Plaza…bersebelahan dengan Westfield Sydney building tu….di Sydney Central Plaza kitrg terus naik escalator turun ke bawah di mana terletaknya foodcourt area yang besar….ada Oporto…so bolehle minum2 kat situ sambil nunggu….



 Kat tepi tangga escalator tu ada babyroom….kat sini Babyroom dia sgt besar dan selesa….

Hah kat sinila normally kitrg solat / sembahyang kalau berada di tengah2 bandar Sydney nie….siap ada langsir ok…..

Next mission ialah makan di Malacca Straits…kalau ikutkan from previous Sydney Part 1…kitrg ke sana sebaik selepas explore University of Sydney…tapi memandangkan kali nie dari Sydney city…so kena guna route lain plak untuk ke Malacca Straits. 

Dari Sydney Eye Tower tu…just lintas jek untuk ke St James train station…naik train sampai Central Station… then jalan keluar ikut exit Railway Square YHA…..sepanjang lalu terowong tu adala frame2 ni sempena mengingati orang2 kuat dalam membina Central Station…..





Dari sini kitrg kena tunggu bus untuk ke University of Notre Dame building which is berdepan dengan The Quadrant Building….di mana terletaknya Malacca Straits tuh….actually kalau jalan dari Central Station tu dekat jek..dalam 15mins kot…tapi sebab kitrg dah penat giler menapak…so redha jela naik bus…cepat skit kanzzzz…lagipun ka nada MyMulti3..ok what fully utilized!!!....

Tadaaaa dah sampai!!!



Kebetulan plak jumpa owner Malacca Straits nie….



Actually dia nie bekas chef Malaysia Airline….patutla meletops dia punya menu…jom layan menu kat Malacca Straits….
Kuih Ketayap & aiskrim....meletops

Char Kuey Teow

Nasi Goreng Tom Yam

Kuay Teow Hong Kong

Jemput makan uolssss!!!

Sambil makan…sambil borak…Mak Uda ada mentioned pasal Churros….Chocolateria San Churro…which is halal ok….perghhhhh teringat masa kat Gold Coast haritu…memang kitorg lalu lalang jek tepi Chocolateria San Churro kat Circle on Cavill tu….tatau plak halal….kalau tau earlier sure hari2 kitrg belasah churros masa kat Gold Coast hari tuh…haih…..

so sebaik lepas makan…memang terasa macam nak cubala plak kanzzzz …memandangkan ada Chocolateria San Churro berdekatan dengan Malacca Straits tu so kitrg pun apa lagi kanzzzzz angkat kaki jalan ler…actually ada di Glebe Point Road….10mins walking…



Inilah dia Churros...memang sedap!!!




Balik kitrg just tahan jek bus yang lalu berdekatan situ…sebab nampak ada tulis ke Central Station….so berhenti kat tempat kitrg mula naik bus tadi....yang lalu YHA tu hah....so dari Central Station...macam biasa turun di Circular Quay dan ambil bus 310/309 untuk ke Mascot!!!


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tanpa cagaran di mana kemudahan yang ditawarkan oleh pihak

Plaza GM Klang

Cuti hujung minggu kalau tak keluar rumah sure tak sah...paling tidak Giant, Tesco, Jusco tak pun jalan pusing tasik Shah Alam....tu jek  la aktiviti hujung minggu...tapi kali nie terasa nak explore jauh sikit...tu dia kat Bukit Tinggi, Klang....Plaza GM. Kalau sebelum ni ada gak la pi Plaza GM kat Chowkit..yang parkingnya kereta kena naik lift...gila ok!! first time ever bawak kereta masuk naik lift....apa yang bezanya dengan Plaza GM Klang nie? Hah ianya lebih besar dan baru...selesa lah kalau nak bawak budak-budak. Actually Plaza GM Klang ni dulunya satu tingkat jer... Plaza GM yang baru ni terletak berhampiran sahaja dengan yang lama tu...lebih besar dan mempunyai parking yang banyak. Kalau pergi Klang menggunakan KESAS Highway sangat mudah, dari jauh lagi dah nampak Plaza GM ni...terletak dekat je dengan Jusco Bukit Tinggi tu.... Ruang kedai dalam Plaza GM ni agak teratur dan setiap tingkat dilengkapi dengan kemudahan lift, escalator dan juga toilet.  Setiap

Plants vs Zombies

Pernah dengar or pernah main game ni? heheheh ni memang favorite game kita ok!!...kalau berasaskan Zombie memang kita suka!! cakap jek filem zombie semuanya memang kita layan, The Walking Dead? Warm Bodies? I Am Legend?, Resident Evil 1 - Resident Evil 6? last but not least Zombie Kampung Pisang walaupun tak se-ngeri citer omputeh tetap kita layan gak....;) Apa yang bestnya game nie? erm nama pun game kan...for sure la mengasah bakat kita dalam mengatur strategy macam mana nak protect dari zombie tu masuk rumah menggunakan plants...hehheeh bila dah start memang takleh nak berhenti ok!....kalau dulu lepas pantang memang layan game nie jek...  Season kali ni baru dapat Silver, nampak tak sunflower belah kiri tuh? hah last round masa pantang dah dapat Gold dah...ni baru nak repeat balik hehehehe tetiba ntah kenapa 3 hari lepas tangan ni gatai ter"click" kat game nie masa nak buat pembersihan laptop nie..hah jadinya terus la  TER "addicted" plak....tak p