Perjalanan untuk hari ke-empat diteruskan. Kali ini kami agak berjalan santai di Sydney City. Seperti biasa kami menaiki bus 310/309 untuk ke Circular Quay. Intinerary hari ini ialah melawat Sydney icon – Sydney Opera House, Sydney Eye Tower dan juga Queen Victoria Buiding.
Seawal pukul 8am kami dah keluar santai menuju ke Circular Quay menaiki bus. Hari ini agak terik mataharinya tetapi suhu tetap nyaman ala-ala air-con giteww…dari Circular Quay di Ferry Wharf tu kami ambil sebelah kanan untuk menuju ke Sydney Opera House. Jalan kaki cuma mengambil masa lebih kurang 10 min sahaja.
Di sekitar ferry wharf tu kami sempat bergambar and snap beberapa gambar...viewnya sangat cantik and relaks....
Menurut pembacaan dari google, Sydney Opera House adalah karya seni bina yang hebat abad ke-20 dari segi bentuk seni bina dan reka bentuk struktur. Kedudukkan Sydney Opera House ini agak strategik dan manarik perhatian para pengunjung terutama yang hendak ke Sydney Harbour. The Sydney Opera House terdiri daripada tiga kumpulan 'peluru' saling berkubah iaitu bumbung dua dewan prestasi utama dan sebuah restoran.
Di sebalik Sydney
Opera House ini ada laluan untuk ke Royal Botanical Gardens.
Sebenarnya kalau kita jalan terus je tu boleh tengok Mrs Macquarie's Chair Sydney. Ianya actually kerusi daripada batu yang dipotong terletak di semenanjung di Sydney Harbour. Batu tu diukir dengan tangan oleh banduan pada 1810 bagi Gabenor Macquarie isteri Elizabeth. Semenanjung itu dinamakan Mrs Macquaries Point. Ia terletak berdekatan dengan Royal Botanic Gardens
Kitrg tak pergi pun Macquaries Point...just tangkap gambar dari jauh jek |
So dari Sydney Opera House, kami berjalan santai ke Royal Botanical Gardens pula. Permandangan sangat cantik dan seperti biasa pasti ada burung yang turut bersantai di kawasan padang rumput berdekatan dengan Royal Botanical Gardens. Adik Aqila memang suka mengejar burung-burung ni…biasa la budak2 kan. Dalam perjalanan sempat snap beberapa gambar….
Minum air banyak2 ye anak2! |
Lebih kurang 15
minits berjalan di dalam Royal Botanical Gardens ini, kami melalui beberapa building yang menarik.....
Sydney Conservatorium of Music |
Public library of New South Wales |
St Mary's Cathedral |
Agak terpegun dengan kecantikkan dan keunikkan bangunan Gereja……Di hadapan St Mary Catheral terletaknya The Fountain Archibald, yang dipanggil J. F. Archibald Fountain Memorial. Archibald Fountain.
Hah…dekat sini pun ade pokok ala2 kat Nami Island gitu…..sama tak?
Sebenarnya Archibald Fountain ni berdekatan dengan St James CityRail station. Hah kalau taknak berjalan macam kitrg dari Sydney Opera House - Royal Botanical Garden - Hyde Park....anda boleh jek gunakan train turun kat St James nie hah...terus sampai Hyde Park!!
Dari St James CityRail, kami berjalan menuju ke King Street dan juga Pit Street. Di sini terdapat banyak shopping building yang kami pun tak masuk ye…Cuma lalu sahaja…agak high class dan sure mahal tuh. Tidak sampai 5 minits kami sampai di Wesfield Shopping Centre betul-betul di corner jalan antara King Street dan Pit Street.
Hah di sinilah terletaknya Sydney Eye Tower. Kami mengambil pakej Merlin Entertainment Group – Combo 5 pass = $175 (untuk berempat) untuk entrance ticket for Sydney 5 attractions . Murahkan? Memandangkan attraction pertama untuk lawatan kami ialah di Sydney Tower jadi di sinilah kami redeem untuk ticket2 yang selebihnya juga. Make sure anda semua tentukan di mana destinasi pertama untuk 5 attractions semasa booking online, kerana di situ la anda akan collect the other 4 tickets lagi.
Di atas Sydney Eye Tower ini, kita boleh menjejalah Sydney City secara 360°. Hah pengalaman agak serupa dengan Menara KL tetapi permandangan sangat cantik ya…iya la kelebihannya Sydney City ni ialah Bandar yang terletak berhampiran dengan laut…memang cantik dan sangat luas!!
Darling Harbour |
Pyrmont Bridge |
Adik Aqila sambil tengok view sempat pulak mewarna gambo Sydney Eye Tower..... |
Kami mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minits di Sydney
EyeTower…selesai mengeksplore kami menuju ke Queen Victoria Building
(QVB). Dalam perjalan yang hanya
mengambil masa 5 minit sahaja, kami sempat melalui Pitt Street di mana di
sinilah warga Sydney berkumpul untuk menonjolkan bakat masing-masing…ni kira
macam Pasar Seni kita la lebih kurang tapi di Pitt Street ni agak luas serta
panjang dan meriah ok!!
-----------------------------------------
Inilah dia QVB…yang kaya dengan sejarah dan seni bina indah. QVB ni actually terletak di sepanjang jalan George Street, dan mempunyai lebih 180 butik fesyen di Sydney, kedai-kedai barang kemas dan perkakasan rumah termasuk juga kafe yang menarik dan restoran. QVB adalah pusat membeli belah yang paling popular dan berprestij di Sydney. Apa yang menarik QVB ni ialah kubah pusat yang besar, tingkap kaca berwarna yang terang-benderang dan seni bina indah di seluruh bangunan.
Apa yang menarik perhatian saya ialah di basement QVB ni.......hah kalau sesiapa nak beli pingan mangkuk Pyrex, Corelle and segala non-stick pan…di sinilah tempatnya…sangat murah dan berbaloi-baloi!! Boleh giler ok kat sini....ni pun akak dah cukup berhemah dah nie sebab nanti bulan Dec nak datang lagi...mana tau ade sales q'mas plak kanzzz...kang nyesal tak sudah plak...;)
Kalau nampak Body Shop...turun escalator tu... |
------------------------------------------
Ok masa untuk ke Paddy’s Market…memandangkan anak-anak penat
menapak, kami pun menaiki train ala-ala Monorel berdekatan dengan QVB…senang
sedikit, jimat tenaga dan masa….train ni agak mahal kerana ianya dikendalikan
oleh syarikat swata berbeza dengan Transport link yang kami gunakan (MyMulti)
tuh….kami berhenti betul-betul dihadapan Paddy’s Market.
Heheh hasil dari QVB tadi..sempat grab grill pan n non-stick pan...murahh ok!! |
Inilah dia Paddy's Market.... |
Kami sempatla membeli souvenir untuk di bawa balik ke Mesia….;)
Hehehe sangat mudah untuk pergi ke Paddy’s Market ni…ada juga Tram
untuk ke Central Station..betul-betul dihadapan Paddy’s Market nie…
<sekitar Paddy’s Market>
Untuk balik, memandangkan Tram ke Central Station ada depan mata so kami gunakan Tram je la….
Sekitar Central Station access dari Lilifield Line…
ala-ala Harry Potter gitu kalau kita tengok senibina n especially jam tuh!!
Jam sudah menunjukkan hampir pukul 5pm…hari ni kami bole balik agak
awal sebab intinerary hari ini selesai dengan smoothly…Alhamdulillah…
Dari Central Station, kami menaiki train ke Circular Quay untuk
mengambil bus untuk pulang….
Salam,im going to sydney nxt week.nk tanya,kt mana erk nk dptkn tiket pakej merlin entertainment tu?corelle kt qvb tu murah x?thx
ReplyDeleteSalam,im going to sydney nxt week.kt mana ye nk dptkn tiket merlin entertainment tu?corelle kt qvb tu murah2 x?thx
ReplyDeleteSalam Echa....bole dapatkan Hot Deal kat website nie http://www.sydneytowereye.com.au/
DeleteCorelle, Pyrex, dan bermacam2 lagi...memang murah giler...will make you crazy!!
Have a safe journey and happy holiday!!!
Thx azza!!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMymulti tu untuk semua transport ferry, bas, tram kecuali monorel?
ReplyDeleteYes dear!! Kecuali monorel
Delete