Misi hari ini ialah Macau Day Tour. Dah study bagai ok macam mana nak pergi, guna transportation apa, dari mana nak ke mana semua la… tapi apa yang membeza kan ialah kitorang ada bawak budak2 bawah umur. Pening gak le memikirkan pasal transportation kat Macau nanti…yela bila baca blog semua yang pi tu semua takde cerita pasal budak2. Jadi banyakla persoalan dalam kepala nie, eh free shuttle bus kat situ bagi budak2 bawah umur naik ke tak? Sebab rata-rata kat situ semuanya hotel & casino…satgi kang bila nak naik shuttle bus kena halau plak ngan bus driver tu hah….dari nak save budget kang jadi over budget plak nak kena naik taxi….so budak-budak boleh ke pergi Macau?? Jeng jeng jeng……..
Untuk naik ferry
I dah booked online siap2 TurboJet return tickets. Yela hari ni hari Ahad jadi
kebarangkalian untuk dapat ticket on the spot agak tipis sebab consider peak
time and always remember trip kali ni kan gerabak panjang so kalau boleh nak
elakkan beratur lama, berdiri lama, jalan jauh bagai nie…….
Actually ada 2 options untuk ke Macau by:
- CotaiJet (Taipa --- City of dream, Hard Rock Hotel Macau and Venetian)
- (http://www.cotaiwaterjet.com/)
- TurboJet (Macau Peninsula --- Senado Square, Grand Lisboa, St Paul of Ruins & Fisherman's Wharf)
- (http://www.turbojet.com.hk/en/routing-sailing-schedule/kowloon-macau/sailing-schedule-fares.aspx)
Back to our
journey, pagi-pagi lagi kitorang dah bangun, siapkan bekal semua sebab tak
budget pun nak makan kat Macau kanzzz so as per jadual kitorang keluar seawal
pagi jam 7. Dari depan Hotel California tu ada simpang 4 di mana seberang kanan
boleh nampak Kowloon Masjid, so just lintas jek and jalan straight iaitu di
Haiphong road.
Jalan terus
sampai jumpa simpang 3 dan lintas. Then ke kanan melalui The Prince Hotel. Ke
depan sikit je lagi akan jumpa signboard China Ferry Terminal.
Naik lift and follow signboard.
Sampai di kaunter Turbojet terus redeem ticket online booking tu dan beratur untuk pemeriksaan kastam. Dalam kepala nie masih tertanya-tanya budak boleh pergi or tidak….suspense ok!!
Turbojet kena naik di berth 12
Wah Chow Tai Fook lagi!!!
Don’t worry, ticket bila dah beli memang confirm kita dapat tempat duduk sebab sebelum masuk ada kaunter tiket yang akan bagi seat for each ticket. Dalam ferry ni sangat selesa dan kedudukan seat nya luas.
Perjalanan ke Macau ni actually mengambil masa lebih kurang 1hr. Yeay dah sampai!!
Tips bila sampai Macau ni, sebaik sahaja selepas pemeriksaan kastam sila keluar dan jalan terus ke seberang jalan. Tolong abaikan mana2 tour agent yang menghampiri sebab objective kita kan nak naik free shuttle so jangan buang masa ok!! Untuk ke seberang jalan tu kita kena guna lintasan bawah tanah. So turun escalator.
- The Venetian Macau Resort Hotel – The Grand Canal Shoppes (Level 3)
- HardRock Hotel & City of Dreams
- Hotel Sintra Macau (walk to Senado Square)
- Continue to Ruins of St. Paul’s
- Grand Lisboa Hotel
Ok dari bus stand yang ada banyak shuttle bus nie kitrg terus naik bus untuk ke The Venetian Macau. Alhamdulillah boleh bawak budak-budak….psycho ok sebab tatau sama ada boleh bawak budak or tidak huhuhuhuh…..apa-apa pun kitorang dah selamat naik bus….
Sepanjang perjalanan.
Sejurus sampai di The Venetian Macau Resort Hotel ni, kitorg terus masuk dan apa lagi bergambar ler…
Sebelum nak sampai di The Grand Canal Shoppes akan lalu Casino ni... |
Next mission nak cari The Grand Canal Shoppes di Level 3. Kagum…..
Lebih kurang 1jam lebih kitorg abiskan masa di situ…tak shopping apa pun sebab tengok harga macam tak berapa nak murah so kitorg continue jalan ke HardRock Hotel.
Actual antara The Venetian ni ada laluan jambatan untuk cross ke HardRock Hotel dan juga City of Dreams. Layan gambar ye….
Actual antara The Venetian ni ada laluan jambatan untuk cross ke HardRock Hotel dan juga City of Dreams. Layan gambar ye….
Oppss Tuan Blog |
Dari situ ada escalator menurun so turun ikut escalator tu dan ikut signboard untuk naik shuttle seterusnya iaitu ke Hotel Sintra Macau.
Alhamdulillah setelah selamat sampai di Hotel Sintra, based on Google Map kitrg terus gerak ke Senado Square. Matahari kini tegak di atas kepala. Cuaca di Macau nie actually agak panas ok!! Lebih kurang berjalan dalam 10minit kitrg sampai di kawasan Senado Square. Memandangkan cuaca panas so cari port untuk lepak2 and makan bekalan yang di bawa…..
Dari Senado Square kitorg teruskan perjalanan ke Ruins of St. Paul’s yang mengambil masa lebih kurang 10 minit juga….Sepanjang perjalanan…
Dengan keadaan panas yang terik, kitrg tak ambil masa yang lama di sini….settled bergambar terus singgah di salah satu kedai souvenir yang ada…saja nak beli key chain Macau sebagai koleksi. Budak-budak pun nampak penat so berhenti rehat sekejap….
Penat dan panas |
Perjalanan diteruskan semula ke Grand Lisboa Hotel dengan harapan nak naik semula shuttle bus terus ke Macau ferry terminal….
Bergambar di sekitar Grand Lisboa
Sebagaimana tips dari blogger yang ada, untuk naik shuttle bus di Grand Lisboa ni kita kena ambil ticket di meja casino tu….so akak pun follow jer la ye….
Rupa-rupanya kalau nak naik shuttle bus di sini lokasi menunggu shuttle bus actually di Ground Floor so akan memalui casino which is budak bawah umur tak boleh masuk….jeng jeng jeng….alamak nak buat cane ek….so kitrg reverse balik perjalanan ke Hotel Sintra Macau untuk naik shuttle bus semula ke City of Dreams. So dari situ baru ambil bus untuk ke Macau Ferry Terminal…..hehehehhe selesai masalah. So untuk uols yang nak bawa budak-budak bawah umur jalan ke Macau ni boleh rearrange jadual nak pergi tempat mana satu dulu and try to avoid ambil bus dari Grand Lisboa ok!!!
Alhamdulillah lebih kurang jam 3:30 ptg kitorang dah settle pusing Macau…then back to ferry terminal nak balik semula ke Kowloon….yeay….
Masing-masing keletihan dan sempat le semua nap dalam ferry tu hah…sampai di terminal kitrg sempat singgah China Hong Kong City Shopping Mall….dalam tu ada Lafuma Outlet so apa lagi orang gunung kita ni….sempat ler grab 2 pasang seluar….
Lebih kurang jam 6ptg kitrg dah selamat sampai hotel. Rehat dan makan apa yang patut.
Mission seterusnya nak pergi Ladies Market. Yela 1st day tak larat nak pi kanz…harini penat or tak penat memang kena pi sebab target nak beli fridge magnet and key chain.
Sebaik lepas magrib kitrg gerak dari Tsim Sha Tsui Station naik train turun di Mongkok exit E2.
Memang ramai orang di Ladies Market nie dan apa yang bestnya kalau nak beli tu kena pakar dalam tawar menawar…
-
-
-
-
Ok kita sambung esok pasal Hong Kong Disneyland pulak la yer….
Tips yang menarik... Puas jugak fikir pasal shuttle Grand Lisboa tu... Tapi... Dari Hotel Sintra tu tak ada direct ke Macau Ferry ke?
ReplyDeleteTak ada Scdha Sein....normally main bus stop jek yang ada ke ferry terminal....
DeleteOk Noted... TQ... :-)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete