Skip to main content

Gold Coast – Sydney 4: Movieworld


Hari ke-4 sudah!!! Esok dah nak kena check-out and naik flight ke Sydney pula….pagi-pagi lagi macam biasa kitrg bersiap untuk pergi ke Movieworld pula…kali nie bawak bekal jugak…Nasi putih dengan sambal telur…untuk sampingan kitrg buat French Toast…

Macam mana nak pergi Movieworld dengan public transport? Hah kena naik bus di tempat yang sama iaitu di Appel Park…kali nie naik bus TX2….perjalanan tak le jauh sangat…. lebih kurang 20mins kot…sebelum nak sampai ke Movieworld bus TX2 ni akan lalu di Wet n Wild dulu….walaupun kitrg punya entrance ticket nie cover Wet n Wild tapi tak berkesempatan masuk…lagipun memang dah set taknak masuk pun…macam tak sesuai ngan budak-budak nak main air dengan cuaca yang panas..nanti budak-budak demam kang….akak jugak yang susah….so kitrg let go jek…tapi kalau korang nak pi Wet n Wild…hah naik je la bus TX2 sebab bus tu memang lalu situ dulu sebelum ke Movieworld.

Dengan Kakak Ipar....

Belum jam 10am lagi kitrg dah terpacak kat depan pintu Movieworld tuh….over kanzzz….bukan apa malas nak beratur panjang…udah ler hari panas…heheheheh masa tengah beratur tu…ada gak jumpa Malaysian yang pergi Seaworld smalam…kira intinerary macam kitrg la nie pi Seaworld dulu baru pi Movieworld…....actually ramai org-org kita nie bercuti kat Gold Coast…dah rasa macam pi Universal Studio Singapore pun ada…Cuma kat sini Mat Salleh lebih banyak le….

Dah takde keje dah ni...posing sambil beratur!!!
Cik Adik kita nie...siap pakai bunga lagi tuh!!!
Sambil-sambil beratur, macam biasa study park map….memandangkan anak-anak kecik lagi so nak make sure kalau boleh tengok semua Movieworld punya shows…selebihnya bole le bawak budak-budak gi main mini ride….Sara & Amir dah beco…so diorg punya strategy berbeza…nak main semua ride yang ada….hehehehehhe kalau akak…pilih ikut budak-budak kecik la ye…tak berani nya nak main roller coaster nie…mau kang tergugur jantung nie hah…

Masuk-masuk jek…terus beriya nak tangkap gambar sana sini.....





Bila masuk kat kawasan Parade Route..perasaan sama macam kat Universal Studio jek….


Parade Route





Alang-alang dah lalu situ ada 4D show – Ice Age: A Mammoth Christmas di Roxy 4D Theatre….so beratur je la masuk...….show dia memang best....


Roxy 4D Theatre


Sambil beratur...posing dulu!!
Next show seterusnya ialah Hollywood Stunt Driver…showtime at 10:45am….beratur tak panjang pun…

Hollywood Stunt Driver

Jom tengok gamba antara aksi-aksi yang dipertontonkan…hehehe gambo-gambo nie saje je di edit bagi nampak macam dalam filem....



Waktu ni memang panas giler…..dengan bau asap tayar sebab drift manjang kete-kete tuh....memang hebat stunt driver nie....tolong jangan lepaskan peluang tengok show nie bila masuk Movieworld....dapat tengok stunt secara live!!

Next....Scooby-Doo Disco Detectives show pulak ada pukul 12:30pm…alang-alang kitrg ada kat area Parade Route so just terus lepak sambil nunggu show start…sib baik dapat duk depan-depan kalau idak memang tak berpeluang nak snap gambo!!





Show terus menerus sebaik habis Scooby Doo tu…kali ni kena masuk balik Hollywood Stunt Driver untuk tengok FMX Overdrive….aksi kali ni lagi mengerikan….so layan jer la gambo nie ek…




Keluar jek dari Hollywood Stunt Driver…kat tempat yang sama di Parade Route ada Batman – Shadows of Gotham show pulak….pergh…jadual penuh tu…heheheh actually memang kitrg takleh nak gerak mana pun…org ramai so memang just follow the flow jek….yang penting dapat tengok semua shows tak giteww…hehehehe




Actually tu jer la pun show yang ada…lebih kurang jam 1:45pm kitrg dah settle tengok semua shows…..baru la terasa perut lapar…tapi sebelum tu kena solat dulu so terus cari Prayer Room untuk solat…


Prayer room nie terletak di belakang Scooby-Doo Spooky Coaster….


dekat-dekat dengan Boot Hill ni…muahahahahaha…


Baguskan ada Prayer Room…senang skit kita nak berurusan..boleh sembahyang/solat di Movieworld…Alhamdulillah.

Prayer Room Movieworld
Selesai solat…kitrg cari tempat nak makan…so di Gotham City Hall menjadi pilihan….makan bekalan yang dibawa....akak just beli fries je masa tu....

Gotham City Cafe yang berdekatan dekat Scooby Doo Spooky Coaster


For info..kalau uols taknak bawak bekal macam kitrg…actually dalam Moviewold nie ada café halal…iaitu Rick’s Café Americain and Gotham City Café….tapi kitrg tetap tak berani la nak order lebih-lebih….korang try ler google lebih skit pasal café tu….adakah benar halal or tidak….

Rick’s Café Americain


Sebaik lepas makan…kitrg gerak ke area yang berdekatan iaitu Wild West Falls….ala-ala Bandar Cowboys giteww….kat sinila ada Wild West Falls Adventure Ride….nampak memang ngeri giler ok…tapi sebab cik Adik kita masih bawah umur so tak dapatla nak merasa…hehhehe tangkap gambo je la ekk!!!


Wild West Falls Adventure Ride

hehehe Amir & Sara selamat mendarat ok!! lencun ko!!!
Antara Thrill Rides yang akak tak naik ialah…heheheh:-
  1. Arkham Asylum Coaster
  2. Green Lantern Coaster
  3. Superman Escape
  4. Batwing Spaceshot
  5. Scooby-Doo Spooky Coaster and
  6. Wild West Falls Adventure Ride
Ni la dia Arkham Asylum Coaster......pusing memang tak hengat...bak kata Amir tobat takmo naik dah ni...ehehhehe
Posing lagi....

Green Lantern Coaster - rasa yang ni tak sempat nak naik sbb beratur panjang...

Batwing Spaceshot!!! cayalah Kakak lepas naik ni....enjoy!!!! kalah Mama kau....

Rasanya keluasan Movieworld nie tak berapa nak besar berbanding Seaworld….sebab pusing-pusing jek dah abih…so kitrg gerak semula ke Parade Route tadi….hah sama macam kat USS la…bila dah petang-petang baru la banyak movie character keluar….tapi nak amik gambo ada setengah tu kena bayar ok!!

Cat woman!!


Mangsa buli Edward Scissor Hand.....


Bunny




Super Heroes!!!
Charlie & The Chocolate Factory

Kakak posing


Hah tempat yang best untuk budak-budak ialah di Kids WB! Fun Zone….kat sini la Kakak & Adik excited nak masuk….






ok not bad dia punya Road Runner Rollercoaster……..walaupun sekejap ada gak part selekoh ngeri….tapi Adik relek jek siap boleh repeat lagi….


Layan gambar je la dalam Kids WB....



Adik suka naik nie....
Adik happy ok!!!!





Finally....

"That's All Folks!!!"



Lebih kurang jam 5:30ptg kitrg gerak balik...naik bus TX2 semula dari Movieworld ke Surfers Paradise......adiosss!!!!


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tanpa cagaran di mana kemudahan yang ditawarkan oleh pihak

Plaza GM Klang

Cuti hujung minggu kalau tak keluar rumah sure tak sah...paling tidak Giant, Tesco, Jusco tak pun jalan pusing tasik Shah Alam....tu jek  la aktiviti hujung minggu...tapi kali nie terasa nak explore jauh sikit...tu dia kat Bukit Tinggi, Klang....Plaza GM. Kalau sebelum ni ada gak la pi Plaza GM kat Chowkit..yang parkingnya kereta kena naik lift...gila ok!! first time ever bawak kereta masuk naik lift....apa yang bezanya dengan Plaza GM Klang nie? Hah ianya lebih besar dan baru...selesa lah kalau nak bawak budak-budak. Actually Plaza GM Klang ni dulunya satu tingkat jer... Plaza GM yang baru ni terletak berhampiran sahaja dengan yang lama tu...lebih besar dan mempunyai parking yang banyak. Kalau pergi Klang menggunakan KESAS Highway sangat mudah, dari jauh lagi dah nampak Plaza GM ni...terletak dekat je dengan Jusco Bukit Tinggi tu.... Ruang kedai dalam Plaza GM ni agak teratur dan setiap tingkat dilengkapi dengan kemudahan lift, escalator dan juga toilet.  Setiap

Plants vs Zombies

Pernah dengar or pernah main game ni? heheheh ni memang favorite game kita ok!!...kalau berasaskan Zombie memang kita suka!! cakap jek filem zombie semuanya memang kita layan, The Walking Dead? Warm Bodies? I Am Legend?, Resident Evil 1 - Resident Evil 6? last but not least Zombie Kampung Pisang walaupun tak se-ngeri citer omputeh tetap kita layan gak....;) Apa yang bestnya game nie? erm nama pun game kan...for sure la mengasah bakat kita dalam mengatur strategy macam mana nak protect dari zombie tu masuk rumah menggunakan plants...hehheeh bila dah start memang takleh nak berhenti ok!....kalau dulu lepas pantang memang layan game nie jek...  Season kali ni baru dapat Silver, nampak tak sunflower belah kiri tuh? hah last round masa pantang dah dapat Gold dah...ni baru nak repeat balik hehehehe tetiba ntah kenapa 3 hari lepas tangan ni gatai ter"click" kat game nie masa nak buat pembersihan laptop nie..hah jadinya terus la  TER "addicted" plak....tak p