Skip to main content

KOREA: PART 6 SEOUL CITY TOUR


Last day tour di Korea…esok pagi2 dah nak kena balik dah….so kitrg just gunakan perkhidmatan Mr Jae (owner Ines Inn) sahaja utk dapatkan Airport Taxi (maklumla berat beg dah bertambah..takan nak angkut turun bukit, naik tangga plak kan…heheheh mau tak sampai airport nanti!!)……just bgtau pukul berapa taxi tu kena sampai depan Ines Inn…then bayar KRW90,000 utk satu taxi dekat driver tu…nanti dekat toll ke Incheon airport tu kena bayar another KRW7,000….so total divide by 3 cuma lebih kurang KRW33,000 seorang ok….

Hari ke-enam ni la baru kitrg nak jalan santai sambil shopping souvenir utk bawak balik M’sia….so kena keluar awal pagi ok..nanti tak cukup masa plak..hehehehehe

Memandangkan ade 2 lagi palaces yang kitorg tak pi…..so hari ni la baru ade masa… Gyeongbokgung Palace and Deoksugung Palace yang terletak betul2 di tengah2 Seoul city tu…dekat dgn bus yang kitrg nak ambil iaitu Seoul City Tour bus…so pagi2 sblum jam 8am lagi kitrg dah sampai..over kan!! Palace plak bukak kul 9am..so ade sejam la kitrg menapak di sekitar situ…

 palace lum bukak lagi ok!!

posing la dulu <bergambar depan Deoksugung Palace>

 Deoksugung Palace ni agak kecil berbanding yang lain…so kitrg pk xmasuk pun takpe…dalam kepala kitrg anggapla design palace kat dlm tu sama mcm other palaces..eheheheh…so kitrg pun jalan ke Gyeongbokgung Palace…which is the biggest among the palaces..Seoul’s oldest royal palace..…ni kitrg anggap mcm HQ dia la…so wajib pegi n wajib tengok “Changing of guard ceremony”…



 <gambar di sekitar Gyeongbokgung Palaces>


 <“Changing of guard ceremony”>





Walaupun dikerumuni…namun guard ni tetap tabah berdiri tanpa bergerak seinci pun…ehehehehe




Ok selesai shj menyaksikan ceremony tu..kitrg pun bergerak ke tempat utk naik bus Seoul City Tour…saat yang dinanti2 kan…shopping!!...antara yang bagusnya City Circulation course nie…bus akan lalu di 26 station..so senang bagi pelancong untuk turun di mana-mana stesen dan boleh ambil next bas (30 minit selang antara bas) untuk bergerak ke perhentian seterusnya…..jadi cepat skit pergerakan kitorg instead of naik MRT yang kena turun naik tangga…haih mintak selisih lagi ok….

Bole refer laman web nie utk City Circulation course :

So kitorg plan nak pi Nandaemun Market, Myeongdong, Namsangol Korean Town and Dondaemun Market…..

First kitorg turun di Nandaemun Market..mission utk membeli brooch and souvenir….so turun2 saje dari bus kitrg kena lintas utk  ke sana…nampak tak bangunan Lottecard tu? 


Ermm bangunan ni la yg jadi pedoman kitorg utk balik semula ke bus stop tadi…





<macam nie la keadaan di Nandaemun market…agak padat dengan kedai2 dan tidak kurang juga dengan manusia yang datang….pergh macam mana nak balik nie? Bole sesat ok kalau mata xcekap…

kebanyakan info I dapat dari website nie “all about South Korea”..sangat2 informative.. TQ kepada mereka yang member banyak info and tips2…http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=644742

So Brooch murah dekat sinià Bangunan name e- Lengdang, level 2 - area Namdaemun Gate 5 ….bole refer sini http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=625476&extra=page%3D1&page=68  --> tengok post #1687 ... agak2 kalau sesat, bleh mintak tolong diorang tunjukkan bangunan nih

Gambar pintu masuk e-Lengdang:

Seperti biasa..kitorg menggunakan skill tawar menawar yang ade..walaupun ahjumma yg jual tu xbape nak reti ckp English..tapi dengan ade nya calculator kami bole berkomunikasi dgn baik utk menawar..ehehehehe.. berjaya ok membawa pulang brooch2 pilihan hati dengan harga yang sangat2 memuaskan!!..kitorg budget mesti KRW5,000 ke bawah…so dapatla dlm range KRW3,000 – KRW4,000 mengikut size and design batu…pening ahjumma yang jual tu hehehehe…

Sebelum balik..sempat kitorg beli souvenir i.e fridge magnet, keychain and selendang….so far semua target dah dibeli…so ok la tu kan…

Next to Myeongdong…kitorg turun dari bus betul2 depan Uniqlo


Myeong-dong adalah salah satu tempat yang paling sibuk di Seoul dan ianya antara destinasi membeli-belah utama di Korea. Menurut website visitkorea, lebih daripada 1 juta pembeli melalui kawasan ini setiap hari. Patutla…see

<dipenuhi dengan lautan manusia dengan pelbagai fesyen and trend…dan yang paling best skali berjalan sambil berlatar belakangkan lagu “oppa gangnam style!!”… rata2 pasang lagu tu…>





Di Myeongdong nie bukan utk shopping ok utk menikmati satu lagi Korean cuisine..kalau kat M’sia kita panggil nasi goreng heheheh so kira ni nasi goreng ala Korea la pulak… di mana? Yoogane…ada berani??




Hah macam mana nak pi? Ni source for uols yang I dapat from website mentioned before….
Direction: Myeondong Station exit #7 ... jalan straight sikit sampai main road myeongdong tu... nampak Migliore kat belah kiri.. jalan sampai junction yg ade Nature Republic besar kat belah kiri...

 <nampak tak.. Nature Republic …i snap pic utk visualize>

then turn right .. jalan straight sampai first junction belah kiri... masuk junction belah kiri tu...jalan sket, nanti nampak kedai ni kat belah kiri... signboard kaler kuning + orange ... ade gambar ayam kat signboard tu...ada tulisan Yoogane tak?..hah kalau ade dah sampai….

Menu nya.. cholpan poggembab (nasi goreng) / ingredient: nasi putih,seafood,sedikit sayur, kochujang,kimchi, bijan, minyak bijan, butter untuk menggoreng…dapat side dish: buchim (tepung gandum+kimchi) and Harganya cuma KRW 5,000 won perhead...murahkan??



<before jadi cholpan poggembab>

 <ade org yang tolong masak depan kita ok!!>



<tadaa…dah siap>

 <sedia utk di makan nyum nyum…>

Perut pun dah kenyang…balik semula ke bus stop tadi and turun di next target station Namsangol Korean Town…kat sini actually bole sewa Hanbok and bergambar...mengikut sumber harga nya cuma KRW3,000 shj….





<gambar sekitar Namsangol Hanok village>

tapi nasib tak menyebelahi kitorg…ade “private wedding event” la plak…so kitrg tak dibenarkan masuk…so naikla bus balik utk ke next destinasi iaitu Dondaemun Market…


<gambar dlm bus yang sempat I snap>






Di Dondaemun Market ni…kitrg sempat beli kain cotton Korea..tapi tak banyak pilihan pun…nak cari Korean Silk bunga2 yang bole buat baju kurung tapi tak jumpa…bila tanya2 yang ade cuma Korean Silk utk buat Hanbok sahaja…..dekat tingkat bawah Dondaemun Shopping centre..kitorg sempat beli set sudu & chopstick Korea…sudu dia memang unik..panjang giteww..senang nak suap anak makan nanti!! Heheheheh

Dari Dondaemun station kitrg balik terus ke Itaewon..tak naik bus dah coz malas nak patah balik….then sambung shopping di Itaewon street plak…top up yang mana lum beli lagi..hehehhehe malam packing then esoknya sebaik lepas subuh Airport taxi sampai….oh no!! dah abis dah...eheheheh….hopefully sapa2 yang plan nak pi Korea tu leh refer info skit2 dari blog nie ek…..


<gambo kat Incheon Airport>

Comments

  1. ala dh last day ker? sonok bace, rase macam berada kt sana jer. xsbar nk rasa sendiri. oh yeah!

    ReplyDelete
  2. yezzzaaaa....!! tu pun xcover semua..ade byk tempat lg yg belum explore....nak kena pi lagi nih!!! jom Korea....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tanpa cagaran di mana kemudahan yang ditawarkan oleh pihak

Plaza GM Klang

Cuti hujung minggu kalau tak keluar rumah sure tak sah...paling tidak Giant, Tesco, Jusco tak pun jalan pusing tasik Shah Alam....tu jek  la aktiviti hujung minggu...tapi kali nie terasa nak explore jauh sikit...tu dia kat Bukit Tinggi, Klang....Plaza GM. Kalau sebelum ni ada gak la pi Plaza GM kat Chowkit..yang parkingnya kereta kena naik lift...gila ok!! first time ever bawak kereta masuk naik lift....apa yang bezanya dengan Plaza GM Klang nie? Hah ianya lebih besar dan baru...selesa lah kalau nak bawak budak-budak. Actually Plaza GM Klang ni dulunya satu tingkat jer... Plaza GM yang baru ni terletak berhampiran sahaja dengan yang lama tu...lebih besar dan mempunyai parking yang banyak. Kalau pergi Klang menggunakan KESAS Highway sangat mudah, dari jauh lagi dah nampak Plaza GM ni...terletak dekat je dengan Jusco Bukit Tinggi tu.... Ruang kedai dalam Plaza GM ni agak teratur dan setiap tingkat dilengkapi dengan kemudahan lift, escalator dan juga toilet.  Setiap

Plants vs Zombies

Pernah dengar or pernah main game ni? heheheh ni memang favorite game kita ok!!...kalau berasaskan Zombie memang kita suka!! cakap jek filem zombie semuanya memang kita layan, The Walking Dead? Warm Bodies? I Am Legend?, Resident Evil 1 - Resident Evil 6? last but not least Zombie Kampung Pisang walaupun tak se-ngeri citer omputeh tetap kita layan gak....;) Apa yang bestnya game nie? erm nama pun game kan...for sure la mengasah bakat kita dalam mengatur strategy macam mana nak protect dari zombie tu masuk rumah menggunakan plants...hehheeh bila dah start memang takleh nak berhenti ok!....kalau dulu lepas pantang memang layan game nie jek...  Season kali ni baru dapat Silver, nampak tak sunflower belah kiri tuh? hah last round masa pantang dah dapat Gold dah...ni baru nak repeat balik hehehehe tetiba ntah kenapa 3 hari lepas tangan ni gatai ter"click" kat game nie masa nak buat pembersihan laptop nie..hah jadinya terus la  TER "addicted" plak....tak p