Skip to main content

Taekwando vs Darjah 1 sesi 2014

         

Hahahah apa kaitan-nya? Kalau tak paham……tak payahla nak paham ok…baca je la….hehehehe

Ni nak cerita pasal Taekwando plak….martial art yang berasal dari Korea, seni mempertahankan diri yang memang rasanya menjadi perkara wajib untuk ibu bapa hantar anak-anak belajar….bila cerita pasal Taekwando teringat plak masa nak register sekolah Kakak untuk masuk darjah 1 sesi 2014….konon nak hantar sekolah dekat dengan rumah di Sek Seksyen 9…tak perasan pulak yang sekolah tu actually Sekolah Berprestasi Tinggi….so untuk kemasukan penempatan di situ Kakak kena ambil ujian saringan  ok!! Kalau tak lulus kena hantar ke sekolah yang berhampiran!!Aduss kecut perut Mama di buatnya…stress pun ada…hah ni la trend zaman sekarang ..…mak bapak stress…kalau dulu takde maknanya nak stress…pindah sana pindah sini ok jek…maklumla anak polis…pindah sekolah sokmo kita!! Tak stress pun nengok mak bapak masa tuh…relek jek…

 Saringan Pemilihan Penempatan Murid Tahun 1/2014


Bukan itu sahaja, kita diminta untuk mengisi boring dengan beberapa soalan cepu emas….nampak tak soalan no. 4 tu? Sumbangan / komitment ibupaba / penjaga terhadap mencemerlangkan SBT…..jawap jangan tak jawap ok!!


Nampak tak kriteria pemilihan khas murid 20% ke SBT?
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 7 tahun pada tahun 2014
  3. Tinggal di luar kawasan Seksyen 9
  4. Boleh Membaca teks ringkas dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  5. Berketrampilan dan mepunyai potensi dalam sukan / ICT dan lain-lain
  6. Fasih berbahasa Melayu dan boleh berkomunikasi asas dalam bahasa Inggeris
  7. Boleh bermain alatan muzik secara asas / berpotensi dalam bidang sukan / pidato / bercerita / hafaz al-Quran atau bidang lain yang boleh dipertimbangkan
  8. Lain-lain

 Haih untuk siapa-siapa yang ada anak berumur dari 4 tahun – 6 tahun yang berhajat nak masukkan anak ke sekolah berprestasi tinggi boleh bersiap sedia dengan criteria tersebut jadi 20% dah dapat full mark dah!! Tak gitu…..hah ni la nak kaitkan ….relate kan balik dengan Taekwando tadi tuh….maybe  ini salah satu point yang boleh dimasukkan (criteria tuh) selain untuk membina jati diri anak-anak sekarang…tak pun hantar jek gi kelas muzik Yamaha…ala macam-macam la kelas Kumon la...

List calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan untuk penempatan Sek Seksyen 9….nama Kakak 1st sekali untuk kumpulan satu…..over ok sebab masa tu Mama dia register 2 tahun sebelum…amik ko!! Yela pengalaman pertama nak register anak masuk darjah satu…..over lagi ok!! Whatever la…


Lepas dapat surat...first sekali ajar tulis nama penuh...hehehhe lepas tu apa-apa je la ek...at least basic membaca pun kena boleh gak....

anak Mama gigih kena paksa ngan Mama dia reading....huhuhuhu

Kakak sebelum masuk ujian saringan…file yang Kakak pegang tu actually kosong jek…ade surat beranak…takde sijil tambahan pun…eheheheh tapi gaya mesti ada…confident ok!! Org bawak file agaknya berlambak2 sijil diorg…sijil belajar Kumon la…sijil Yamaha Muzik la…. Memang psycho masa tu ok…macam-macam Mama ko pikir…rasa kalau interview masa first keje pun tak rasa macam nie….padahal baru nak masukkan anak darjah 1 jek…bukan sekolah berasrama penuh pun….adussssss!! stressed Mama masa tu…
Mata sembab coz pagi-pagi dah kena bangun...weekend manala nak bangun awal kanzzz!!

“Buat elok-elok ek Kakak….All the Best!!” tu jek yang Mama termampu cakap…(doa je la)


Kakak in action…..Mama yang kecut perut kat luar nie…


Actually pada hari yang sama Kakak baru nak grading Taekwando for white belt…sian Kakak lepas ujian saringan terus bergegas ke REAL Kids untuk grading Taekwando plak……..



Nasib baik Papa ko tak hanta kelas Kumon or kelas muzik kalau tidak sure ko pun tension pesal la kena pi sana sini!! Budak2 zaman sekarang pun dah pandai tension tau…so how to manage your kid’s stress? Kitrg tak hanta kelas sana sini pun cuma bawak gi holiday sana sini jek…ekekekeke!!!……ni pun kebetulan jer di REAL Kids fullday class ada jadual termasuk kelas Taekwando….kalau idak memang Kakak takde masuk apa2 pun….hah balik lepas ujian saringan and grading Taekwando…Kakak terus demam…stress le teww tak cukup rehat….sian anak Mama….heheheh

Now….dah Yellow belt…Alhamdulillah lepas grading untuk Yellow 2….





Comel jek tengok boboi-boboi kat keliling Kakak tu!! semangat!!!

Adik anje ngan Kakak!!

Peace!!!



Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tanpa cagaran di mana kemudahan yang ditawarkan oleh pihak

Plaza GM Klang

Cuti hujung minggu kalau tak keluar rumah sure tak sah...paling tidak Giant, Tesco, Jusco tak pun jalan pusing tasik Shah Alam....tu jek  la aktiviti hujung minggu...tapi kali nie terasa nak explore jauh sikit...tu dia kat Bukit Tinggi, Klang....Plaza GM. Kalau sebelum ni ada gak la pi Plaza GM kat Chowkit..yang parkingnya kereta kena naik lift...gila ok!! first time ever bawak kereta masuk naik lift....apa yang bezanya dengan Plaza GM Klang nie? Hah ianya lebih besar dan baru...selesa lah kalau nak bawak budak-budak. Actually Plaza GM Klang ni dulunya satu tingkat jer... Plaza GM yang baru ni terletak berhampiran sahaja dengan yang lama tu...lebih besar dan mempunyai parking yang banyak. Kalau pergi Klang menggunakan KESAS Highway sangat mudah, dari jauh lagi dah nampak Plaza GM ni...terletak dekat je dengan Jusco Bukit Tinggi tu.... Ruang kedai dalam Plaza GM ni agak teratur dan setiap tingkat dilengkapi dengan kemudahan lift, escalator dan juga toilet.  Setiap

Plants vs Zombies

Pernah dengar or pernah main game ni? heheheh ni memang favorite game kita ok!!...kalau berasaskan Zombie memang kita suka!! cakap jek filem zombie semuanya memang kita layan, The Walking Dead? Warm Bodies? I Am Legend?, Resident Evil 1 - Resident Evil 6? last but not least Zombie Kampung Pisang walaupun tak se-ngeri citer omputeh tetap kita layan gak....;) Apa yang bestnya game nie? erm nama pun game kan...for sure la mengasah bakat kita dalam mengatur strategy macam mana nak protect dari zombie tu masuk rumah menggunakan plants...hehheeh bila dah start memang takleh nak berhenti ok!....kalau dulu lepas pantang memang layan game nie jek...  Season kali ni baru dapat Silver, nampak tak sunflower belah kiri tuh? hah last round masa pantang dah dapat Gold dah...ni baru nak repeat balik hehehehe tetiba ntah kenapa 3 hari lepas tangan ni gatai ter"click" kat game nie masa nak buat pembersihan laptop nie..hah jadinya terus la  TER "addicted" plak....tak p