Musim-musim cuti sekolah ni moh ler kita ke Kidzania untuk memeriahkan lagi suasana, baru ler wujudnya daya saing yang sihat....contohnya bila dah ramai-ramai masa ni lah nak menguji tahap kesabaran anak kita dalam menunggu giliran semasa beratur, belajar merancang strategi nak pergi mana dahulu, mengurus kewangan dengan bijak dan mendorong minat mereka untuk berusaha ke arah kerjaya yang diminati. Memang ada yang menyarankan pergi semasa bukan cuti sekolah supaya anak-anak kita ni lebih berpeluang bermain di dalam Kidzania sepenuhnya. Yes betul tu, apa-apapun yang paling penting ialah kita bijak mengatur yang terbaik untuk anak kita dan mereka mendapat faedah yang maksimum dari apa yang kita berikan. Rombongan Cik Kiah ke Kidzania!! Masa cuti sekolah jugalah biasanya kita akan berkumpul adik beradik dan anak saudarakan? Dan pada masa itu juga lah baru nak fikirkan apa aktiviti keluarga yang boleh dilakukan. Kebiasaannya acara jalan-jalan cari makan memang dah tentu menjadi pe...
You can never learn less, you can only learn more. - R. Buckminster Fuller