Skip to main content

Embunpena?

MBA Class

Ini cerita 2011, masa zaman-zaman sambung belajar. Bila cerita tentang sambung belajar teringatlah pula masa mula-mula 1st semester buat MBA, almaklumlah dah lama meninggalkan zaman uni rasa macam tak percaya la pulak. Komitmen? Pergh jangan di tanya, sebagai staff,  isteri dan Mama kepada 2 orang anak yang masih kecil sudah tentulah sangat mencabar. Bibik? Mana ada beb, kitalah bibik kitalah semuanya (walaupun pernah ambil bibik untuk 1yr plus jek…lepas tu ku hantar pulang sebab tak tahan!! hehehehe). 
Tapi Alhamdulillah berkat sokongan dan galakan daripada hubby berjayalah jugak menghabiskan MBA.  Walaupun disebaliknya tertonggang terbalik kita nak menyiapkan assignment yang berlambak tu. Cakap sahaja, tak cukup tidur? Ya…. Tak keluar makan masa lunch kat office? Ya…..tak pergi melancong? Ya…semuanya terpaksa dikorbankan demi masa untuk MBA.


Apa kena mengena dengan MBA dan Embunpena (EP)? Actually di sinilah titik permulaan EP bermula……2nd semester kalau tak silap untuk subject MIS, salah satu assignmentnya ialah setiap pelajar mesti ada blog. Hah Blog? Macam pernah dengar jek…macam tak reti nak buat jek…so for the sake of tak nak dapat markah kosong terpaksa la buat ye…..macam mana boleh dapat nama EP? Hah sampai kering idea nak memikirkannya.



Exam time!!!

Tapi memandangkan slot buat assignment selalunya waktu sepertiga malam sampailah suboh, so bila fikir-fikir pagi buta teringat embun, bila banyak buat assignment macam banyak menulislah pulak = bila digabungkan jadilah Embunpena…eheheheh poyos kanz….hahahahah apa-apapun inilah hasilnya…..walaupun pelan-pelan kayuh nak update itu ini…di sinilah tempatnya untuk sharing information dan juga tips-tips yang tak seberapa tu….hope uols dapatlah sedikit sebanyak info yang dicari naaaaa….


Group assignment. ..

Masing-masing happy jek lepas presentation
-
-
-
Adiosss!!!!


Comments

  1. Replies
    1. Hehehehe kenal masa kat Mamee trip kanz.. amboi sakan dpt hamper!! Nad yg glamor of coz ler kenal

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tan...

INDONESIA: BANDUNG SHOPPING

Bila sebut Bandung…of coz le teringat pasal shopping….bila sebut pasal shopping plak of coz le orang pompuan je yang over excited skit..hehehhe trip kali nie memang khas untuk kitrg bershopping..xgi explore mana2 pun..yela 2010 dah pi..amik pakej Jakarta-Puncak-Bandung…. Memandangkan ni trip shopping..jadi 3 hari 2 malam rasanya cukup sangat dah…kang pegi lama2 cam nak bukak kedai baju la plak kat umah…sat gi hubby pening pale sapa yang susah?? So macam biasa untuk jimat..kita cari pakej yang murah dan berbaloi….erm Bandung ni kalau nak travel sendiri bole tapi untuk mereka2 yang sangat pakar dan berani la ye…bagi kami amik pakej je senang…cuci tangan n kaki je..siap duit utk shopping je…ngeee….;) Actually I pergi kali ni dengan sister in law..berdua je ok….nasib baik member sekelas MBA kenalkan dengan member dia yang ade buat travel agency…kebetulan plak dia ade kenalan ngan travel agency kat Bandung…jadi kenal atas atas..dapat le pakej yang murah untuk ke Bandung free ...

Plaza GM Klang

Cuti hujung minggu kalau tak keluar rumah sure tak sah...paling tidak Giant, Tesco, Jusco tak pun jalan pusing tasik Shah Alam....tu jek  la aktiviti hujung minggu...tapi kali nie terasa nak explore jauh sikit...tu dia kat Bukit Tinggi, Klang....Plaza GM. Kalau sebelum ni ada gak la pi Plaza GM kat Chowkit..yang parkingnya kereta kena naik lift...gila ok!! first time ever bawak kereta masuk naik lift....apa yang bezanya dengan Plaza GM Klang nie? Hah ianya lebih besar dan baru...selesa lah kalau nak bawak budak-budak. Actually Plaza GM Klang ni dulunya satu tingkat jer... Plaza GM yang baru ni terletak berhampiran sahaja dengan yang lama tu...lebih besar dan mempunyai parking yang banyak. Kalau pergi Klang menggunakan KESAS Highway sangat mudah, dari jauh lagi dah nampak Plaza GM ni...terletak dekat je dengan Jusco Bukit Tinggi tu.... Ruang kedai dalam Plaza GM ni agak teratur dan setiap tingkat dilengkapi dengan kemudahan lift, escalator dan juga toilet.  ...