Tahun ini
merupakan tahun Running bagi akak. Melalui rekod untuk tahun-tahun lepas, tahun
ini memang focus lebih dengan running. Nak kata dah kenapa tu tak tahula
awatnya. Mungkin dah berjangkit dengan orang-orang yang suka running tu
agaknya. Bukan untuk menunjuk tapi untuk berkongsi pengalaman. Memang pada
mulanya agak susah untuk membiasakan diri untuk berjogging ni. Setakat lari
1.8km tu, bukan setakat nafas tersemput-semput, sakit macam-macam pun ada,
lutut, peha, buku lali, perut, sakit bahagian rusuk semuanya ada. Tang nafas
pun memang tercungap-cungap manjang, tak pernahnya nak maintain, heran akak
macam mana orang lain jogging relaks sahaja siap boleh borak-borak lagi.
Kompius kejap. Nak kata baca article pasal running, sudah! Beli majalah running
marathon bagai pun sudah. Apa-apapun jogging tetap jogging, masuk running tetap
masuk running. As at now 10 Running Event akak dah masuk tapi bukan jauh pun
setakat 3km, 5km, 10km, 12km dan yang paling 15km (officially kata 15km tapi
jarak sebenarnya 16km ok!).
MPIB Run 2015
Pengalaman
menghabiskan larian sejauh 12km yang bermula di Padang Merbok memang tidak
dapat diluahkan dengan kata-kata. Segala bukit-bukit penyeksaan dan bukit-bukit
penyesalan telah ku lalui, memang nak tercabut kepala lutut ni, dengan
kurangnya latihan running memang kenalah sangatlah kan, sakit betis dan peha 2-3 hari tuh. Kata
Beginner, macam ni la rasanya, tapi memandangkan dah terkena penyakit
berjangkit gila running ni, so redha ya.
RHB Half
Marathon 2015
Namanya Half Marathon, tapi keberanian untuk lari 21km (half marathon) masih belum ada lagi, masih belum cukup latihan lagi. Kali ini pengalaman berlari di Bukit Jalil pula. Route agak ok, bukit tetap ada tapi tidaklah terseksa jiwa raga nak mendakinya macam di Padang Merbok tu. Kalau sebelum ni mulanya lari 9min per km tapi sekarang sudah improve sedikit, rekod tercatat 8:02min per km. Ok not bad at least ada improvement. Bukan nak catat rekod terbaik pun, cuma nak tahu rekod peribadi sejauh mana kemampuan akak ni berlari, run for fun katanya.
Kali ini nak menimba pengalaman berlari di sekitar Shah Alam. Malaysia Woman Marathon antara running yang paling best sekali. Happening giler dan route untuk 10km agak ok. Rekod pun dah bertambah baik, 7:38min per km. Happy sangat.
EMPTA Charity
Run 2015
Punyalah nak penuhkan quota running, main register sahaja apa yang ada. Untuk EMPTA Charity Run ni, crowd agak kurang sedikit, tak happening langsung. Tapi apa-apa pun lari tetap lari dan larian kali ini sekali lagi di Padang Merbok. Daki lah lagi ya bukit-bukit penyeksaan dan bukit-bukit penyesalan tu.
Possible Run
2015
For a third week in a row, kami berlari lagi untuk 10km. Tempat yang sama di Padang Merbok. Tak banyak pengalaman yang boleh di sharekan sebab biasalah, kalau Padang Merbok memang akan ada bukit-bukit penyeksaan.
Unisel Fund Run
2015
Untuk bulan April memang tak banyak running event so larian kami terhenti setakat ini sahaja, Cuma ada satu yang menarik perhatian kami iaitu Unisel Fund Run 2015. Tengok macam ok tapi kali ini kami decide nak bawak anak-anak lari sekali. Bukan apa sebab event ni cuma di Shah Alam sahaja, so tak perlu nak bangun awal bersiap untuk running. Dan bila nak bawak budak-budak mestilah kena register paling dekat – 5km.
Setelah berehat
hampir sebulan, baru ada satu lagi running event. Milo Breakfast Run ni memang
hot! Memang semua orang ternanti-nanti, maklumlah kalau sebelum ni Milo sponsor
untuk running event but now Milo sendiri yang buat Running event, sure lah
meletops ok…sambil lari sambil minum Milo…siapa taknak kan.
Event Milo
Breakfast Run ni memang happening giler dan kami register satu team as family
untuk 3km. Cukuplah kan sebab nak spare perut nak minum Milo free
banyak-banyak. Tak sama rasa Milo van ngan Milo yang biasa-biasa kita buat kat
rumah tu tau…kalau tak percaya cuba try!
Perjuangan
diteruskan lagi dengan melibatkan diri dalam Great Eastern Colour My Heart Run
2015 pula. 12km bermula di Dataran Merdeka. Ok not bad, walaupun terpaksa
mendaki bukit-bukit penyeksaan tu lagi. Hah nak tahu macam mana rupanya bukit
tuh?
TM Fan Run 2015
Cabaran
diteruskan lagi dengan menambahkan jarak larian ke 15km. Kali ini route di
Putrajaya pulak. Oklah tu kan, 3km-5km sudah. 10km-12km pun dah cuba beberapa
kali so ini kali nak cuba jauh sikit. T-shirt memang best, memang semua orang
tahu kalau lari TM Fan Run memang akan dapat t-shirt rimau ni. Pengalaman 10km
pertama memang best sebab bila jumpa board 5km to go jek rasa masih belum penat
lagi.
Tapi…hah ada
tapinya ni…bila badan dah terbiasa dengan larian 10km-12km…. bila masuk sahaja
3km terakhir perghhh hanya tuhan sahaja yang tahu. Larian dah tak macam larian
dah…memang walking sahajalah ya…dah macam zombie dalam The Walking Dead pun
ada…gila wei..matahari dah semakin naik, panas gila ok! Udahla Putrajaya jalan
raya jek memanjang, no pokok-pokok ni macam di Padang Merbok. Hah amik kau
barulah teringat dekat bukit-bukit penyesalan tu…walaupun terseksa nak mendaki
at least ada pokok-pokok hijau lagi…sejuk gak.
Rupa-rupanya, TM
Fan Run untuk 15km ni hanyalah official di atas kertas sahaja…jarak sebenarnya
adalah 16km ok! Wah dari nak lari 15km terus terlari 16km..terseksa jiwa raga
tu blum kira lagi tuh…patutla masa lari tu macam ada perasaan apasal la tak
sampai-sampai lagi…rasa dah jauh beno dah berjalan..heheheh bukan berlari ya…
Green Warrior Run 2015
Kali ini nak tukar route plak, nak cuba larian di Bukit Cahaya Shah Alam pulak. Nama pun Bukit Cahaya…memang berbukit-bukit jugakla. Tapi pengalaman baru ni agak menarik sebab pada hari kejadian kami terpaksa berlari dalam hujan. Cuaca hujan pulak ya. Penat tu takde la sangat cuma memandangkan dah lama tak buat consistent training agak terseksa jugak la nak menghabiskan larian.
Apa-apa pun running ni memang pengalaman yang menyeronokkan di samping sihat. Bak kata pepatah dari Gertud Pfister from the University of Copenhagen – “Fit, Fun and Forever Young” cewaaahhhh. Nantikan entry larian seterusnya untuk musim lepas raya pula ya….tunggu.
Comments
Post a Comment