Skip to main content

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam


Pejam celik, pejam celik seminggu sudah cuti sekolah. Apakah aktiviti anak anda semasa cuti sekolah yang panjang ini? Melancong? Shopping? Menghadiri program-program cuti sekolah atau duduk di rumah sahaja?

Bagi yang kekeringan idea tidak tahu nak pergi mana tu, apa kata kita bawa anak-anak ke perpustakaan. Hah sekarang punya perpustakaan dah tak sama macam zaman kita dulu-dulu. Perpustakaan sekarang lebih canggih dan  menarik. Bagi yang tinggal di area Shah Alam bolehlah pergi ke Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam yang terletak di Seksyen 13. 

Terdapat beberapa bahagian di dalam perpustakaan ini iaitu:
  1. Bahagian Kanak-Kanak - Zon Kreatif Tingkat G
  2. Bahagian Remaja - Zon Remaja Tingkat 1
  3. Bahagian Dewasa - Zon Dewasa Tingkat 2-3
  4. Bahagian Rujukan - Rujukan Tingkat 4



Apa yang menarik sekali apabila kita membawa kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun. Bukan apa, selain dari menanam minat suka membaca dari kecil, anak-anak juga dapat meluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman yang ada dengan berada di tempat-tampat awam begini. Contohnya mendisplinkan diri dengan membaca buku dengan senyap dan juga bertanggungjawap dengan buku yang dibaca supaya meletakkan kembali di tempat asalnya.  


Untuk menarik minat anak-anak kecil, terdapat "Reading Tree" yang membolehkan anak-anak kita lebih bersemangat untuk membaca buku di alam fantasi yang berkonsepkan taman. Keadaan lebih santai dan tidak terlalu serius untuk membaca.





Bagi ibu bapa yang datang menemani anak-anak di sini, disediakan ruang parking kereta yang agak luas dan selesa. Bukan itu sahaja terdapat juga bilik solat yang selesa bagi mereka yang berada di situ seharian.




Jadi apa lagi? Jangan lupa singgah bawa anak-anak ke perpustakaan ya!!



Comments

Popular posts from this blog

INDONESIA: BANDUNG SHOPPING

Bila sebut Bandung…of coz le teringat pasal shopping….bila sebut pasal shopping plak of coz le orang pompuan je yang over excited skit..hehehhe trip kali nie memang khas untuk kitrg bershopping..xgi explore mana2 pun..yela 2010 dah pi..amik pakej Jakarta-Puncak-Bandung…. Memandangkan ni trip shopping..jadi 3 hari 2 malam rasanya cukup sangat dah…kang pegi lama2 cam nak bukak kedai baju la plak kat umah…sat gi hubby pening pale sapa yang susah?? So macam biasa untuk jimat..kita cari pakej yang murah dan berbaloi….erm Bandung ni kalau nak travel sendiri bole tapi untuk mereka2 yang sangat pakar dan berani la ye…bagi kami amik pakej je senang…cuci tangan n kaki je..siap duit utk shopping je…ngeee….;) Actually I pergi kali ni dengan sister in law..berdua je ok….nasib baik member sekelas MBA kenalkan dengan member dia yang ade buat travel agency…kebetulan plak dia ade kenalan ngan travel agency kat Bandung…jadi kenal atas atas..dapat le pakej yang murah untuk ke Bandung free ...

Running Lagi

Assalamualaikum semua! Semoga hari-hari anda dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat dan berharga setiap hari dan semoga kita sentiasa dirahmati dan dipermudahkanNya. Apa aktiviti hujung minggu anda? Ada yang nak bershopping ke? or ada jemputan kahwin? hah ni nak share lagi pengalaman akak lari lagi ya. Hah tak cukup dengan 5km dan 10km...kali ni dah tambah jarak dengan mencuba 21km pula atau dengan nama penuhnya Half Marathon katanya.... Larian kali ni selepas Raya, lebih kerap! Dalam bulan August sahaja 3 minggu berturut kami berlari sempena preparation untuk 21km. AXA Heart in Action Run 2015 10km untuk AXA Heart in Action Run yang diadakan di Setia Alam. Route baru yang agak mendatar dan permandangan yang agak terhad kerana dikelilingi dengan taman perumahan dan jalan-jalan yang masih lagi dalam construction. Walaupun akak lari tak laju mana pun, banyak jalan jek pun tapi masa boleh tahan ada improvement ok walaupun nak makan banyak lepas raya haritu... Run Wit...

KOREA: PART 1

Tepat jam 7:30am (17 Sept 2012) lagi kitrg dah berada di LCCT utk memulakan perjalanan yg mendebarkan…heheheh yela semuanya arrange sendiri dari ticket flight, tempat penginapan sehinggalah urusan perjalanan (public transport) dan perbelanjaan mengikut itinery berdasarkan bacaan dari blog2 yang ade….kononnya backpackers la ni…tapi awal2 lagi dah kantoi bwk beg over limit…dah kena top up tambah kg masa nak check in…..bukan ape tau..kitrg bawak bekal utk seminggu punya bekalan...nak jimat banyak punya pasal!!!….. Alhamdulillah tepat jam 4:20pm waktu di Korea, kami selamat mendarat di Incheon Airport…terus on network handphone cari SK Telecom utk hubungi keluarga terdekat sambil mengupdate yg kitrg dah selamat sampai…….kini bermulala hari pertama kami di Seoul yg agak huru hara sedikit sbb baru first time sampai tanpa tourist guide lagi tau…….first thing kitrg cari AREX sbb nak naik train and interchange MRT di Gongdeok station…. Utk naik MRT kitrg beli T-Money and siap top-up ad...