Skip to main content

Resepi Mudah Pizza dari Flexi Pastry.


Inginkan resepi mudah yang senang di buat dan sedap di makan? Apa kata kita cuba sesuatu yang baru dengan menggunakan Flexi Pastry. Bagi yang rajin nak buat doh pizza sendiri silakan, tidak ada masalah ya. Tapi bagi yang tidak mahu pening-pening nak menguli doh kita boleh gantikan dengan Flexi Pastry. Flexi Pastry ini agak nipis dan sesuai untuk buat pizza thin crust ya. Kepada yang minat dengan "hand tosted" pizza rasanya Flexi Pastry agak kurang sesuai. 

Bahan:-
  1. Flexi Pastry
  2. Pizza Topping
  3. Mozarella Cheese
  4. Daging cincang
  5. Sos Spagetti
  6. Cendawan butang
  7. Capsicum

 Cara-cara:-

Mulakan dengan masak inti pizza mengikut citarasa masing-masing. Untuk kali ini saya menggunakan daging cincang yang dimasak dengan sos spagetti bersama hirisan cendawan butang.

Selepas masak inti, rehatkan pada suhu bilik supaya apabila nak menabur ke atas pastry ianya tidak menyebabkan pastry lembik akibat panas.

Tuangkan daging bersos spagetti tadi ke atas pastry mengikut sukatan masing-masing. Kemudian taburkan capsicum serta Mozarella cheese dan Pizza Topping. Ok sudah siap untuk di bakar pada suhu 180 - 220 darjah selama 20-30minit.




 Ikut cara masing-masing nak menghias atau menabur bahan ke atas pastry.

 Hasil dari bahan-bahan yang telah di masak.

 Setelah di bakar, boleh potong mengikut size kesukaan anda


Selamat Mencuba!!!

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tan...

INDONESIA: BANDUNG SHOPPING

Bila sebut Bandung…of coz le teringat pasal shopping….bila sebut pasal shopping plak of coz le orang pompuan je yang over excited skit..hehehhe trip kali nie memang khas untuk kitrg bershopping..xgi explore mana2 pun..yela 2010 dah pi..amik pakej Jakarta-Puncak-Bandung…. Memandangkan ni trip shopping..jadi 3 hari 2 malam rasanya cukup sangat dah…kang pegi lama2 cam nak bukak kedai baju la plak kat umah…sat gi hubby pening pale sapa yang susah?? So macam biasa untuk jimat..kita cari pakej yang murah dan berbaloi….erm Bandung ni kalau nak travel sendiri bole tapi untuk mereka2 yang sangat pakar dan berani la ye…bagi kami amik pakej je senang…cuci tangan n kaki je..siap duit utk shopping je…ngeee….;) Actually I pergi kali ni dengan sister in law..berdua je ok….nasib baik member sekelas MBA kenalkan dengan member dia yang ade buat travel agency…kebetulan plak dia ade kenalan ngan travel agency kat Bandung…jadi kenal atas atas..dapat le pakej yang murah untuk ke Bandung free ...

Great Time with Mamee Chef!!

*48 hours sticky post* *please scroll down for new entry* Wah hujung minggu dah dekat!! Tup tap tup tap cuti sekolah pun nak habis dah. Biasanya bila weekend la baru nak plan masak special untuk family… ye la as a working mother mana sempatnya nak masak beriya masa weekdays…heheheh alasan ok!! So nak masak apa tu? Apa kata kita buat something yang simple, easy and sedap dimakan ok!! Hah bila cerita pasal simple & easy of course ler nak yang “Lain Daripada Yang Lain” Hehehehe….something senang di masak tapi meletops!! Kakak & Adik ni kalau dapat makan mee segera, dia punya excited memang semacam…kalau boleh nak hari-hari ok!! Bukan tu jer…Adik ni pula dia punya favorite ialah Tom Yam… bila datang mood dia nak makan sure request nak suh buatkan Tom Yam….so tak payah tunggu hujung minggu dan2 tu jugak Mama ko buat!! Mama mana boleh tangguh2 nie kang kempunan plak Adik cayang buchuk Mama tu hah!! Kakak pula senang, memang tak cerewet makan… so kali ni apa kata kita buat ...