Skip to main content

Posts

Adik & Mama Kreatif!

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan August... raya pun dah habis dah! Banyak ke rumah terbuka yang uols pergi tu? Cerita pasal bulan August ni, jangan lupa dapatkan majalah Pa&Ma Edisi Khas Ogos 2015 ni tau! Sebab apa? hah cik Adik Aqila kita dan akak ada dalam tu! heheheh excited akak ok! orang masuk majalah akak pun nak masuk majalah gak katanya...tak jadi cover depan..masuk belah-belah dalam pun tak apa asalkan masuk majalah heheheheh.  Pengalaman pertama masuk ujibakat di Karangkraf. Masa ni agak over sedikit, memandangkan Karangkraf dekat sahaja dengan rumah, makanya pagi-pagi lagi akak dah terpacak depan Karangkraft nak beratur ambil nombor. Nanti kalau lewat kena beratur panjang pula.  Ujibakat Photoshoot! Selepas ujibakat, memang tak budget akan dipanggil untuk photoshoot sebab yang datang semasa ujibakat tu memang sangat ramai dan semuanya comel-comel belaka...memang hebat gila anak-anak yang datang...hah bukan setakat anak-anak ...

Menu wajib Hari Raya!

*sponsored post* *please scroll down for new entry* Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah hampir sebulan kita berpuasa dan kini tinggal malam-malam terakhir Ramadhan. Semoga kita dapat manfaat dan segala amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini diberkati dan dirahmatiNya. Bila sebut Ramadhan akan berakhir mestila Syawal pula akan menjelma dan bila sebut Syawal mestilah nak cerita pasal Raya. Hah bila sebut pasal Raya mestilah nak cerita pasal menu Raya kan! Teringat lagi masa zaman kecil-kecil dahulu, menu wajib Hari Raya kami mestilah Ketupat, Rendang dan juga Lontong. Menu ni memang wajib mak masak untuk kami sekeluarga. Tapi sekarang bila akak dah berkahwin, terpaksala ikut menu sebelah hubby pula. Kalau orang Johor, Menu Raya mestila Ketupat bersama Sambal Goreng Jawa, Kari Ayam dan Sambal Kacang. Hah macam mana tu? Nasiblah ada Mamee Chef Lontong! Sangat mudah untuk disediakan dan sedap bila di makan. Bukan itu sahaja Resepi istimewa ini dihasilkan bers...

Apa itu Overdraft?

Rasanya ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu  Overdraft  kan? Mungkin ada yang tahu tetapi tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Atau mungkin juga ada yang tahu tetapi tidak berani untuk mencuba kerana tidak mahu terikat atau terpedaya dengan mana-mana pihak kerana pemahaman tentang  Overdraft  belum cukup meyakinkan diri untuk menggunakannya.  Apa-apa pun, sebenarnya melalui  Overdraft  mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam menguruskan kewangan dengan lebih baik.   Apa itu  Overdraft ?  Overdraft  adalah merupakan satu kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Bank untuk pelanggan sebagai 'standby cash' melalui Akaun Semasa di mana pelanggan hanya perlu membayar faedah (interest) ke atas baki yang digunakan pada setiap bulan dan kiraan faedah (interest)  ini adalah berdasarkan kiraan hari (daily basis) . Terdapat 2 jenis Overdraft iaitu:- Clean Overdraft  - Ovedraft tanpa c...

Running 2015

Tahun ini merupakan tahun Running bagi akak. Melalui rekod untuk tahun-tahun lepas, tahun ini memang focus lebih dengan running. Nak kata dah kenapa tu tak tahula awatnya. Mungkin dah berjangkit dengan orang-orang yang suka running tu agaknya. Bukan untuk menunjuk tapi untuk berkongsi pengalaman. Memang pada mulanya agak susah untuk membiasakan diri untuk berjogging ni. Setakat lari 1.8km tu, bukan setakat nafas tersemput-semput, sakit macam-macam pun ada, lutut, peha, buku lali, perut, sakit bahagian rusuk semuanya ada. Tang nafas pun memang tercungap-cungap manjang, tak pernahnya nak maintain, heran akak macam mana orang lain jogging relaks sahaja siap boleh borak-borak lagi. Kompius kejap. Nak kata baca article pasal running, sudah! Beli majalah running marathon bagai pun sudah. Apa-apapun jogging tetap jogging, masuk running tetap masuk running. As at now 10 Running Event akak dah masuk tapi bukan jauh pun setakat 3km, 5km, 10km, 12km dan yang paling 15km (officially kata 1...

2015

Tahun ini tahun yang agak mencabar bagi akak….. Sebelum pemergian arwah bapa kesayangan, akak kerap juga berulang alik melawat arwah yang sedang sakit tenat. Memang tak sanggup rasanya nak melihat dia menanggung sakit, dan kalau nak ikutkan kata hati mahu sahaja bawa dia ke sini supaya dapat tengok hari-hari. Namun tuhan lebih menyayanginya, arwah telah pergi dan tak mungkin kembali lagi di dunia ini pada bulan Mac yang lalu.  Arwah seorang bapa yang sangat cool, tenang tetapi tegas sepanjang hayatnya. Arwah memang tidak suka menyusahkan anak-anak dia, dan apa yang dia tahu dia cuma mahukan anak-anak dia ingat dia. Itupun sudah cukup memadai baginya, bukan mahu wang ringgit pun. Oh memang rindu serindu rindunya….hanya doa sahaja yang dapat dikirimkan, semoga rohmu tenang di sana…. Al Fatihah. Semoga malam-malam terakhir dibulan Ramadhan ini kita mendapat keberkatan dan segala amalan kita diterima olehNya.

Running

Setelah lama menyepi diri...dan kali ini akak nak bercerita pasal hobby baru plak..."Running"...heehehheheh  erk biar benar...Running ke Jogging? hahahahha Actually akak dah start try running 10km ni since 2012, tapi tidak ler begitu aktif sangat...tu pun sebab En Hubby yang ajak, kalau setakat nak register pastu lari sorang2 mintak maaf la ye...baik akak duk rumah diam2 buat apa yang patut... Mizuno Run 2012 Masa ni nervous sikit sebab tak training pun...dan yang paling best running route untuk Mizuno Run ni tersangatlah menguji tahap kecergasan mental dan fizikal....terseksa jiwa raga nak menghabiskan 10km tu ok!...bentuk muka bumi di UPM ni memang terbaik...rasa nak tercabut lutut pun ada...nak muntah pun ada...gila serik....tapi alhamdulillah dapat habiskan sampai ke garisan penamat.... Bukti ye...walaupun terseksa nak habiskan 10km Pucat nak abihkan....gemuk gila masa ni.... Bersama pembakar semangat...(dalam hati tension tu kena jalan ikut ...