Assalamualaikum semua! Semoga hari-hari anda dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat dan berharga setiap hari dan semoga kita sentiasa dirahmati dan dipermudahkanNya. Apa aktiviti hujung minggu anda? Ada yang nak bershopping ke? or ada jemputan kahwin? hah ni nak share lagi pengalaman akak lari lagi ya. Hah tak cukup dengan 5km dan 10km...kali ni dah tambah jarak dengan mencuba 21km pula atau dengan nama penuhnya Half Marathon katanya.... Larian kali ni selepas Raya, lebih kerap! Dalam bulan August sahaja 3 minggu berturut kami berlari sempena preparation untuk 21km. AXA Heart in Action Run 2015 10km untuk AXA Heart in Action Run yang diadakan di Setia Alam. Route baru yang agak mendatar dan permandangan yang agak terhad kerana dikelilingi dengan taman perumahan dan jalan-jalan yang masih lagi dalam construction. Walaupun akak lari tak laju mana pun, banyak jalan jek pun tapi masa boleh tahan ada improvement ok walaupun nak makan banyak lepas raya haritu... Run Wit
Inginkan resepi mudah yang senang di buat dan sedap di makan? Apa kata kita cuba sesuatu yang baru dengan menggunakan Flexi Pastry. Bagi yang rajin nak buat doh pizza sendiri silakan, tidak ada masalah ya. Tapi bagi yang tidak mahu pening-pening nak menguli doh kita boleh gantikan dengan Flexi Pastry. Flexi Pastry ini agak nipis dan sesuai untuk buat pizza thin crust ya. Kepada yang minat dengan "hand tosted" pizza rasanya Flexi Pastry agak kurang sesuai. Bahan:- Flexi Pastry Pizza Topping Mozarella Cheese Daging cincang Sos Spagetti Cendawan butang Capsicum Cara-cara:- Mulakan dengan masak inti pizza mengikut citarasa masing-masing. Untuk kali ini saya menggunakan daging cincang yang dimasak dengan sos spagetti bersama hirisan cendawan butang. Selepas masak inti, rehatkan pada suhu bilik supaya apabila nak menabur ke atas pastry ianya tidak menyebabkan pastry lembik akibat panas. Tuangkan daging bersos spagetti tadi ke atas pastry mengikut s